255 : Di Suatu Malam Yang Sepi Dan Dingin
Semalam, tatkala aku bersama seorang rakan sedang melepak2 sambil digamit dingin angin sepoi2 bahasa Putrajaya, kami telah dikejutkan dengan bunyi hon panjang, diikuti dengan bunyi seretan brek dan satu dentuman. Kami menoleh ke arah gabungan bunyi berkenaan, yang kami lihat sebuah kenderaan jenis MPV telah terseret ke sisi, tumbang dan seterusnya terbalik. Satu kemalangan telah berlaku di antara sebuah Toyota Innova dengan sebuah Proton Persona.
Beberapa orang pekerja yang sedang memotong pokok berhampiran kawasan kejadian bergegas ke arah kenderaan yang berbalik itu. Kami juga turut bergerak ke tempat kejadian tetapi agak khuatir untuk menghampiri kenderaan itu. Seorang wanita pertengahan usia keluar dari kenderaan yang terbalik itu. Terkejut dengan apa yang berlaku, wanita itu hanya mampu menangis dan menggigil. Kemudian, pekerja2 pemotong pokok itu mengeluarkan pula seorang lelaki, pasti suami kepada wanita itu. Lelaki itu kelihatan tenang, tp di hatinya, tak tahulah macam mana. Pemandu Proton Persona itu hanya terduduk kebingungan.
Seorang lelaki membuat panggilan kecemasan, dan ambulans datang dalam 10 minit kemudian diikuti dengan pihak polis. Alhamdulillah, tiada kecederaan serius berlaku, cuma trauma dikedua2 pihak.
Dari pandangan aku, Proton Persona itu yang telah melanggar Toyota Innova yang berada di jalan utama. Tetapi beberapa faktor boleh diambil kira dalam membuat andaian ini. Pertama, lampu isyarat di persimpangan tersebut tidak berfungi, atau mmg sengaja tidak difungsikan kerana, jika anda berada di kawasan Putrajaya pada waktu malam, kebanyakkan lampu isyaratnya hanya berwarna kuning. Kedua, kawasan persimpangan yang terlalu besar sehingga sukar untuk memerhatikan kenderaan yang datang dari arah lain. Bagi aku, persimpangan di persiaran ini memang mengerikan. Ketiga, mungkin kedua2 kenderaan dipandu dengan laju sehingga gagal untuk mengelakkan kemalangan dari berlaku.
Apa yang dah terjadi janganlah diperkatakan lagi. Tak perlulah mencari salah sesiapa. Bagi aku, aku amat takut akan kemalangan jalan raya, takut segala2nya, kematian, kecederaan dan kerosakkan kenderaan. Aku sentiasa berdoa agar mereka yang aku sayang dijauhkan dari kecelakaan ini, InsyaAllah.
13 comments
salam
ReplyDeleteabg afeez pun hati2 drive kete tu
tghari td ada remaja bengong langgar lampu merah. sy rasa nak langgar je motor tu. malangnya kereta sy ni baru lagi. kalau sy bawa lori saya hentam sampai mati je mamat tu...
ReplyDeletewsalam azie : insyaAllah, abg sentiasa akan berhati2, takut pada kemalangan jalan raya ni
ReplyDeletedaddy : masa otw balik semalam pon ade satu kereta tu tiba2 membelok nyaris melanggar satu moto, alhamdulillah tak berlaku kemalangan. klu tak sure mamat moto tu akan cedera parah...
salam afeez,
ReplyDeletewaduh, afeez ada bakat menulis. Afeez teruskan menulis ya,az suka membaca tulisan afeez begini
wsalam AZ : leh jadi reporter tak?
ReplyDeletehang ada talent menulis novel la..pernah tulis novel ke?? klu ada, aku antara org yang pertama nak membelinya..tak pun cube hantar karya hang kat ruangan cerpen BH ke?? syabas atas tulisan diatas....
ReplyDeletesalam afeezz,
ReplyDeletewow macam baca cerpen le pullok.
betul ke nie? ke u copy paste dari telenovela hihihi [gurau je]
yup! ada bakat menulis..teruskan ramai peminat nampaknya tuh hihihi
psst: sahrom, kali nie tulisan si afeezz nie mcm ppuan ke tak? ooppss tetiba teringat komen si sahrom yg dolu2 tue..
sahrom : tak pernah coba plak utk menulis novel, no idea lah. penulis ni perlukan idea kreatif, aku ni kurang idea kreatif lah (malas berfikir sebenarnya.. hahah), sekadar menulis aper yg aku alami jer
ReplyDeletewsalam syima : erm... ramai plak yg mengomen gaya penulisan sy, igtkan nak komen pasal kemalangan tersebut. apa2 pon terima kasih pandangan kalian, sgt2 menghargainya. psssttt syima, cheq tulis cam pompuan ker? tak koser mak...
Salam,tumpang lalu.
ReplyDeleteSaya pun tertarik dengan dua perkara dlm hal ni. Pertama sudah tentu pasal kemalangan tu. Sungguh mengerikan bila tgk innova yg terbalik. Kedua, sy mcm yg lain suka juga cara penulisan cik afeez. kalau saya x tgk pada penulis, sy pun ingt penulis adalah perempuan. mgkin ayatnya tersusun cantik. lebih2 lagi pada perkataan "Terkejut dengan apa yang berlaku,"..(mcm kita dgr buletin utama plak ye) hehehe...
jgn marah ye cik afeez. apa pun, ia adalah penulisan yang baik dan memberi informasi kat kita semua..
Daddy zuki: Nampak benar marah dengan sikap pemandu yang tak ikut peraturan kan? saya pun pernah terfikir nk je langgar org2 yg tak berhati perut di jln raya ni. tp sbb kita ni bkn KARTUN. kalo kartun, bleh la da langgar, pastu kenderaan kita tak apa2...betul tak..so kita gaklah yg kena bersabor...huhuhu
ReplyDeletewsalam adlin : wah3... nampaknya ramai betul peminat saya. mmg bole wat novel ni, belum ape2 dah berjaya mengumpul peminat. ape2 pn, thanks for the comment
ReplyDeleteapiz : kekadang kita hati-hati memandu pon..org sebat juga keta kita.
ReplyDeletekalau bleh elakkan..kita elak la. aku pon takut dalam bab2 kemalangan. sampai aku fobia sampai skang..takut nak bawak motor. biarlah aku ade lesen menyelam dan lain2 pon..tapi aku takkan amik lesen motor..
madey : betul tu, kadang2 kemalangan tu bukan kesalahan kite pon, tp bile dah terjadi, kite tak bole buat aper dah, terima je lah. aku pon sejak eksiden moto bulan 2 hari tu, macam phobia nak bawak moto. hari tu 2 hari bawak moto, hati berdebar2 gile. pastu moto tu pancit, terus tak bawak dah.. hahha
ReplyDelete