209 : Dua Perkara Berlaku Hari Ini
Hari ini bersamaan 24 Februari 2010 berlaku dua perkara yang agar besar pada diri aku. Satu perkara baik dan satu lagi perkara buruk. Semoga yang baik itu boleh dijadikan teladan dan yang buruk itu dijadikan sempadan dan mohon dijauhkan.
1) Hari Ini Aku Ditimpa Kemalangan
Malang tidak berbau dan malang juga tidak diduga. Hari ini aku ditimpa kemalangan jalan raya. Jangan risau, Allah masih menyayangi aku dan aku dihindarkanNya dari kecederaan, syukur Alhamdulillah. Aku mungkin mengalami lebam di bahagian lutut kiri, masih sakit tetapi lebamnya masih belum kelihatan. Tetapi Cik Yam mengalami kecederaan teruk, pecah lampu signal sebelah kanan, no. plat pecah dan eksoz dah senget. Bunyi pon dah tak macam biasa, mungkin ade kecederaan lain yang aku tak nampak. Kesian Cik Yam, first time kemalangan setelah hampir 10 kami bersama.
Petang itu aku keluar pejabat sedikit lewat, hampir pukul 6.00 petang. Kelewatan adalah disengajakan. Aku membawa Cik Yam secara santai, ala2 makan angin gitu. Tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan. Itulah cara aku memandu sekarang, lebih kepada santai, aku rasa the need for speed dalam diri aku telah tiada, tidak seperti mula2 dulu aku membawa Cik Yam. Aku mengikuti jalan2 yang biasa aku gunakan untuk pulang ke rumah. Tiba di susur keluar ke Jalan Kuching dari DUKE, aku memperlahankan pemanduanku memandangkan keadaan agak sesak di hadapan. Tiba2... ade sesuatu menghentak Cik Yam dengan agak kuat dari belakang menyebabkan aku dan Cik Yam tersentak kehadapan dengan keras, melanggar divider jalan di sebelah kiri. Aku berjaya mengawal Cik Yam dari terus terhumban ke dalam longkang yang agak dalam disebelah kiri jalan itu.
Setelah berjaya mengawal keadaan, aku menoleh ke arah jalan raya, terdapat sebuah motorsikal terbalik dan sorang penunggang yang sedang memungut telefon bimbitnya yang berterabur di atas jalan raya. Aku tak tahu, macam mana aku boleh tenang ketika itu, walaupon aku hanya berdiri tetapi tidak tahu aper yg perlu dilakukan. Seorang pengguna jalan raya lain telah membantu mengalihkan motorsikal yang terbalik itu ke bahu jalan. Aku hanya bertanya kepada penunggung motorsikal bangsa cina yang melanggar aku tu, 'Are you OK?' dan dia memberi respon yang dia takde ape2. Pada masa yang sama, seorang polis trafik yang kebetulan menjaga trafik di kawasan tersebut menghampiri kami. Polis itu bertanya bagaimana kami hendak menyelesaikan masalah itu, jika nak, bole buat report di balai. Kami berdua bersetuju hendak settle benda ni di situ sahaja memandangkan tiada kecederaan teruk dan motorsikal masing2 tiada kerosakan teruk. Polis tu pon sempat berseloroh kepada aku, 'nasib baik ko tak masuk dalam longkang tu'.
Tak tahulah salah siapa dalam hal ini. Rasanya tak perlulah menyalahkan sesiapa atas benda yang telah berlaku. Syukur Alhamdulillah, aku hanya cedera sedikit sahaja. Tapi Cik Yam kene pi hantar bengkel lah nampaknye.
2) Berjumpa Seorang Rakan Blogger
Dalam keadaan yang masih sakit, aku keluar selepas Maghrib untuk berjumpa seorang rakan blogger. Aku dah berjanji, tak elok pulak aku tidak menepatinya. Kami berjumpa di Sogo, kami hanya duduk makan malam dan bercerita mengenai kehidupan masing2. Ini adalah kali pertama kami bersua di alam nyata.
Siapakah blogger yang dimaksudkan? Hanis, Syima, Pijal ngan Mummy Mas kenal beliau, dan aku yakin ramai lagi blogger yang mengenali beliau tapi mungkin mereka tidak pernah bersua muka di alam nyata. Seorang sahabat kita yang jauh, amat jauh, lebih jauh dari AZ pi ke rumah kanda Ummi Humairah menggunakan khidmat pijatnya. Lebih jauh dari si Pijal pergi berjumpa penunggu gunungnya dan lebih jauh dari perjalanan CL pulang ke Makkah. Seorang sahabat di FB yang kita dera seleranya dengan ABC dan ABCDE, satay dan makanan2 hasil gotong royong beramai2 di rumah Hanis tempoh hari.
Sudah dapat agak siapa?
Salam sayang...
23 comments
apizzzzzzzzzzzzz.....abg im balik????????
ReplyDeleteweiiiiiii...takkan abg im balik hantar hadiah (S.D) ke hang.......huhuhuhuhu
ReplyDeleteape2 pon...alhamdulillah hang selamat...& SELAMAT HARI LAHIR...
Salam...
ReplyDeleteAlhamdulillah... hang selamat... Selamat Hari lahir juga...
Wah... jumpa Abg im senyap2 no... tak ajak pun ahli2 GKB.. huhuhu...
Salam apizz,
ReplyDeleteperghh.. mujurlah dinda selamat sejahtera.. Alhamdullilah.. kadang2 bila kita berhati-hati.. orang lain plak yang cuai.. sian kat cik yam yang cedera parah itu.. nampak nyer seminggu nie cik yam amik mc lah ek.. dapatlah peluang cik siti nur p jenjalan..
SELAMAT HARI LAHIR.. semoga hidup mu diberkati, dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki.. opsss, tidak lupa juga.. semoga beroleh jodoh dengan gadis yang solehah.. ahikss
25/2 - Happy besday bro
ReplyDeleteerr arini p keje pakai SD CK ker?
huwaaaa abg im x aci.. aku nak gak SD dari Paris..
Err,
ReplyDeleteatikah.. tulah pasal.. Presdiden GKB pun x tau cerita,, mamat tu senyap2 buat pertemuan 4 mata, huwaaa
salam cik hanis : surprise!!!!!! ye2 abg imran kite balik.. mari2 kite pow beliau... terima kasih hanis ucapan selamat tuh, takde present ker?
ReplyDeletewsalam cik tikah : terima kasih tikah. jgn risau tikah, abg im akan buat opeh house untuk ktie nnt... hahahah
wsalam kanda noor : macam tu lah kak noor, kite berhati2, org laen yg cuai.. ape2 pon, bersyukur semuanya selamat. cik yam mmg kene masuk bengkel, minggu depan lah baru nak hantar... terima kasih kak noor, ucapan selamat tuh...InsyaAllah...
ReplyDeletesalam en. che pit : hahahah.... hari ni pakai SD lama, simpan dulu SD baru tuh... kemudian pakai... seksi woo... auww... kaler merah lagi
salam
ReplyDeletecm taknak teka sapa balik,cm cuma nk teka afeez dpt hadiah aper??? jeles ni!!!
salam,
ReplyDeleteapeez,
SELAMAT HARI LAHIR.
smoga cepat bertemu jodoh. hehehe.
salam afezz
ReplyDeleteabg im balikkkkk
afeez jumpa abg immmmmm
wsalam mummy : teka3... byk gak dpt hadiah ni... tu tak termasuk yg paling spesial.... hahaha...
ReplyDeletewsalam kanda S : terima kasih... insyaAllah
wsalam kanda My Life : a'ah.. abg imran balik, semalam sy pi jumpe dia kat Sogo....
Salam Afezzz
ReplyDeleteAlhamdulilah: dirimu selamat dek kalo jatuh longkang bolelah si dia pi melawat hehehhe.
Cik Yam: Sian aar diusia lanjut dirimu tercedera....kena masuk wad pula...hermmmm
CT Nur: Sib baik cik yam yang kena..kalau cik CT yg kena...macam mana aar rupa tuannya..ngeh..ngeh..ngeh
Salam..afezz
ReplyDeleteHappy besdey tu you..heheh selama hari lahir, moga berjaya dalam apa jua urusan mu...baik didunia dan diakhirat...
Ohhh korang pergi gathering kat sogo arrr...
salam kanda shami2 : alhamdulillah sy takde apa2 dan cik yam cedera ringan jer. mintak dijauhkan dari segala kecelakaan... amin...
ReplyDeleteterima kasih atas ucapan selamat tu.. sy amin kan jer semua doa kawan2. gathering aper kat sogo kak?? kami berdua jer..
ehemmm ehemmmm...."teka3... byk gak dpt hadiah ni... tu tak termasuk yg paling spesial.... hahaha..."...ehemmm ehemmmm....cheq tauuuuuuuuu.....wakakakaka
ReplyDeletewow hanis... ehem3... aper yg spesial tuh?? ehem3
ReplyDeletesalam afeezz ...
ReplyDeletesemoga lebam tu akan lega cepat ...
td staff Irna call akak , jd akak ambil peluang tanya , betul ke IP ( adik hjh Raihanah ) balik sini .
tepat sekali ..
apa2 pun , berehat ler . esok cuti kan
wsalam kanda ummi : rasanya lebam tu tak terbit kot, sebab sepatut nya skrg ni dah nampak kehitaman. tp yg takde pon, rasanya lebam tak jadi kot.. hahah
ReplyDeletekak... confirm abg imran tu dah balik malaysia, semalam sy pi jumpa dia... but he is back for good lah... dia kene balik gak ke paris semula bulan 3 nnt
Salam..
ReplyDeleteSemoga lebih berhati-hati next time sbb dalam kita berhati-hati jua, musibah itu datang jua cuma samada ianya ringan ataupun menyulitkan. Alhamdulillaah, sy puji sikap awak mghadapi ujian itu. Syukur awak selamat..
Abg Imran bagi hadiah apa? TUT ke? hikhik wow dating bdua je eks dgn Abg Imran eks? ish ish ish..
wsalam cik syima : macam tu lah hakikatnya... terima sajelah, mungkin ini ujianNya...
ReplyDeletenak yau ker? abg im bag 'SD' ler... hahhaha
Afeezz....lawak lawak saya baca n3 ni. Betullah tu. Nanti kita jumpa ramai2...bila ye...koranglah tentukan. Am here in INTAN Bukit Kiara. Kalau free singgahlah ye :-)
ReplyDeleteAfeezz, lebam dah ok ke? Cik Yam apamcm? Ok take care.
salam abe imran : lawak plak dia... cis...
ReplyDeletecik yam masih kat umah lagi, tak hantar lagi ke spital, nak berubat secara kampung dulu.. hahah