256 : Sehari Di Port Dickson
Semalam aku menghabiskan masa di Port Dickson. Sekadar mengisi masa lapang yang sangat terluang di rumah pada hari sabtu itu. Dah lama sungguh rasanya tidak ke pantai (Pantai Dalam selalulah) sehinggakan aku terlupa bila kali terakhir aku berada dan bermandian di pantai. Perjanjian dibuat dan kami bertolak dari Selayang ke Port Dickson lebih kurang jam 10.00 pagi. Perjalanan santai dan kami tiba di tempat yang dituju lebih kurang pukul 12.30 tengahari.
Memula kami lepak di pantai berhampiran Ilham Resort. Cantik gak pantai di bahagian ini, luas saujana mata memandang dan tidak ramai orang di sini. Kami hanya lepak2 sambil baring2 menghirup udara pantai, sampai ade yang terlelap lah masa tuh. Nak mandi tapi air tengah surut dan airnya nun jauh ke tengah. Tambahan pula matahari tengah terik, takut plak hangus terbakar kami nnt.
Disebabkan itu, kami bertukar program. Kami menuju ke Telok Kemang. Di sini happening sikit dengan gerai2 jualan, gerai2 makan, ade pertandingan karaoke lagi dan bole menjamu mata. Kami pekena ABC dulu sambil lepak2 memerhatikan orang yang lalu lalang. Angin agak kuat menyebabkan terik matahari tidak terasa. Keadaan air di sini mmg best lah untuk mandi manda. Air surut tidak terasa kerana air dia hanya beberapa meter jer dari tembok pantai itu.
Selepas tu, kami mencari port lepak yang paling best untuk aktiviti mandi manda. Setelah memilih port yang paling best, kami pon terjun ke dalam laut dan berendam sepuas2nya. Masa terasa begitu lambat di sini. Kami mengambil keputusan untuk naik memandangkan air telah mula pasang dan mereka yang lepak2 berkelah di tepi pantai terpaksa beredar mencari tempat lain kerana air laut telah hampir ke tembok pantai itu. Jam telah menunjukkan jam 4.30 petang dan kami membuat keputusan, cukuplah berendam untuk kali ini. Jari jemari telah mula kecut. Sib baek cahaya matahari tidak begitu terik dan kami dapat mengelakkan diri dari rentung terbakar. Kami pon bersiap untuk pulang.
Sebelum pulang, kami lepak2 di sebuah gerai, pekena pisang goreng ngan teh, menghirup udara pantai sekali lagi sambil menjamu mata. Seperti yang aku tulis tadi, masa bergerak begitu lambat di sini. Rasa macam dah lama dok kat kedai tu, tapi jam baru menunjukkan pukul 6.00 petang.
11 comments
salam
ReplyDeleteabg afeez
bestnya dapat gi pantai.. kami?? siapakah itu?? hehehe
moga bahagia abg.. hehehe
salam azie : thanks, kami mmg bahagia
ReplyDeletealhamdulillah
ReplyDeletesemoga bahagia milik kalian hingga akhir hayat.. insyaallah
salam afeezz,
ReplyDeletelor awat pi sehari?
pi laa berhari2 di Port Dickson tuh hihi
sy pun lama gak tak pi piknik ke pantai..
azie : insyaAllah...
ReplyDeletewsalam syima : cukup le tu pi sehari, bajet bermalam takde ler. lg pon bukan jauh sgt pon KL-PD tuh. Jom syima, kite wat bbq kat PD...
salam..ada singgah muzium tentera darat tak???
ReplyDeletewsalam sahrom : takde... pi mandi manda jer
ReplyDeletewah..ngan bakal ke? hihih
ReplyDeletethis week aku akan ke PD. tapi taktau lagi stay mana
bakal aper nyer madey... aku pi ngan jantan-jantan ler.. ok tu madey, kat saner banyak chelet and hotel.. sepanjang pantai dia...
ReplyDeleteSalam dek afezz..
ReplyDeleteCuti2 jalan2 tgok laut..puji2 kebesaran Allah best tu....lapang rasa fikiran..hehehh..
wsalam kak shami : tenang rasa fikiran, jauh dr hiruk pikok kota dan keserabutan kerja...
ReplyDelete