229 : Dari Rembau Ke Sunway

Semalam aku menerima jemputan ke kenduri seorang sahabat di Rembau, Negeri Sembilan. Kenduri sempena sahabat aku ni akan pergi menunaikan umrah di Tanah Suci. Perjalanan kami seramai 5 orang dalam sebuah kereta bermula di Shah Alam pada pukul lebih kurang 12.00 tengahari. Perjalanan kami dihiburkan dengan dendangan lagu2 Indonesia, seperti Wali Band dan Hetty Koes Endang dan lagu2 Latin yang tidak difahami maksud lagunya. Diselang-seli pula dengan sesi karaoke oleh tuan driver dan hilai ketawa penumpang2 belakang.

Lebih kurang pukul 2.oo petang, kami tiba ditempat yang dituju tanpa sebarang kesesatan walaupon tanpa menggunakan GPS. Ketibaan kami disamut oleh tuan rumah sendiri. Terlalu banyak juadah yang disediakan sampai tak termakan kami adanya. Dari Masak Lomak Cili Api Udang dan Rebung, Sambal Sotong, Gulai Labu, Ayam Goreng, Ikan Masin hanya sebahagian darinya. Ditambah lagi dengan Laksa, Bubur Kacang dan pelbagai jenis kuih muih dan kek. Agak2nya kene dok sana sampai malam klu nak merasa semua juadah yang dihidangkan itu. Tidak cukup dengan itu, kami dipersembahkan pula dengan demo memasak kek cawan oleh seorang ahli keluarga tuan rumah. Pukul 4.30 petang kami meminta diri dari tuan rumah dan kami telah dibekalkan dengan lauk pauk tadi untuk perjalanan pulang kami.

Perjalanan kami diteruskan ke kawasan Cheras untuk menghantar seorang sahabat kami pulang tetapi dalam masa yang sama kami membuat pakatan dengan seorang sahabat yang lain pula untuk bertemu sekadar bertanya khabar. Kami bertemu di sebuah restoran di kawasan tersebut. Sabahat itu juga baru pulang dari mengerjakan umrah. Seronok mendengar cerita beliau. Tp, honestly aku belum bersedia untuk pergi. Mengenangkan diri yang masih belum tinggi ilmu2 di dada. InsyaAllah satu hari nnt akan ku ke sana jua.

Selepas Maghrib kami meneruskan perjalanan kami ke Sunway Pyramid. Tujuan utama, ada seseorang tu nak mencari vacuum cleaner, tapi akhirnya kami telah membeli tiket wayang midnight pulak, cerita Clash Of The Titans. Takde vacuum cleaner yang berkenan di hati beliau nampaknya. Sambil menunggu waktu siaran wayang kami, kami sekadar berjalan2 dan snap2 gambar. Yang menjadi model, adalah kami anak2 teruna sunti ni. Memang ade cita2 nak menjadi model SD, tapi cita2 tidak dapat dicipta, hahaha....

Singgah di McD sekadar mengalas perut. Pukul 11.30 kami mula masuk ke dalam panggung. Cerita Clash Of The Titans, bagi aku biasa saja, tak mencapai tahap best bagi aku. Apa2 pon terima kasih diucapkan kepada sahabat di Rembau kerana sudi menjemput kami. Jangan serik jemput lagi. Kepada sahabat di Cheras, terima kasih kerana belanja kami minum dan makan rojak mamak malam itu dan terima kasih juga kepada abang yang belanja tiket wayang semalam. Tak lupa juga kepada kakak2 yang ada belanja apa2 semalam. Rasanya aku yang tak kuar duit pun semalam... hahaha.... habis lah, next time turn aku plak....

Aku sampai di rumah semalam pada pukul 2.30 pagi...


~Salam Sayang~

You Might Also Like

12 comments

  1. Salam anakand afeez
    wah berjalan sakan kamu yer. apo namo kampong kek ghombau tu. nampak stesen ketoapi tu.


    apa-apa pun hv a nice trip

    ReplyDelete
  2. salam....


    amboooii bahagia yer jd org bujang..uwaaaa,sob,sob...terasa aku tak puas bujang,,tapi mohon dijauhi untuk menjadi bujang semula...hehhe

    ReplyDelete
  3. wsalam ayahanda zain : tak igt plak apo namo kampong tu. tapi bukan dokek stesen keretopi tuh..

    wsalam cm : syok kan hidup membujang ni.. hehehe... harus jeles CM kan....

    ReplyDelete
  4. salam anakanda

    Wah, wah, wah....sidia ikut sama ke?

    ReplyDelete
  5. haha aku pun sampai rumah kul 2,30 semalam.. haa sedar pun ko je tak kuar duit.. pas ni turn ko.. siap sedia lah hehe..

    waa hebat tul tuan driver karaoke dlm kete.. lagu hetty koes endang lagi tu.. marbeles lah

    ReplyDelete
  6. hahaha.... pijal, mulai skrg aku akan cube membzkan diri dengan pelbagai aktiviti... hahaha...

    betul2, tuan driver tu sgt hebat, tu belum aku cerita bagaimana beliau menari lagi semasa memandu

    ReplyDelete
  7. wah..pi rembau tue..mesti seronok kan..kire untung la tak sesat kan

    ReplyDelete
  8. well.... kami ni lebih hebat dari GPS.. hahaha

    ReplyDelete
  9. salam perkenalan...jemput juga ke teratak amy ye...

    ReplyDelete
  10. salam amy : terima kasih kerana sudi menziarahi teratak hamba yang tak seberapa ni...

    ReplyDelete
  11. Salam Afeezz,
    Tido paling best dlm itu panggung.... hahaha

    ReplyDelete