230 : Kuih Flat

Kuih ni dikenali dengan nama Kuih Lapis. Tak tahu pulak kalau ada nama lain untuk kuih ni. Kawan baik aku panggil Kuih Flat, sebab kuih ni berlapis-lapis dan bertingkat-tingkat macam rumah flat. Jadi, aku pon dah terikot-ikot dia panggil kuih ni dengan nama Kuih Flat.

Pagi ni aku ke kantin untuk membeli sarapan pagi. Semua sarapan kat sini sudah membosankan, asik-asik benda yang sama jer, mee goreng, bihun goreng, kueteow goreng, meggi goreng, nasi lemak. Adus, loya dah tekak nak makan bende yang sama jer hari2. Salah satu kedai ade menjual kuih-muih termasuklah kuih flat. Dah lama rasanya aku tak merasa kuih flat, nak dijadikan cerita, aku ambillah sepotong. Balik ke opis, aku pon bersarapan.

Kecewa rasa hati bila kuih flat ni tak sesedap kuih-kuih flat lain yg pernah aku rasa sebelum ini. Rasanya hambar, mungkin resepinya telah tidak setradisional kuihnya. Mungkin telah di moden kan. Maka, rasa asli kuih flat ini telah tiada. Kuih flat tradisional hanya ada 2 kaler, merah dan putih. Tapi sekarang, kuih flat moden telah ade pelbagai jenis kaler, hijau, kuning, ungu (sekadar menyebut beberapa kaler) dan rasanya pon pelbagai mengikut citarasa pembuatnya.

Kuih Flat takkan menjadi kuih febret aku, tapi sekali sekala teringin jugak nak merasa kuih flat yang sedap.


~Salam Sayang~

You Might Also Like

7 comments

  1. Salam Afeezz,
    Betul tu.. susah nak dpt original kuih lapis la nie...

    ReplyDelete
  2. Salam Afeez,

    orang macam afeez pun terasa loya bila ambil menu yang sama, coba afeez bayangkan dengan az ni, pelbagai menu tetapi sangat terhad yang boleh di makan.

    bukan loya lagi dah x boleh nak cakap.

    ReplyDelete
  3. wsalam tikah : mmg susah la, rasanya tak lama lagi pupus lah kuih lapis ni

    wsalam ayahanda zain : tak dapek den nak menolong nye...

    ReplyDelete
  4. huhuhhu..sesekali layan la mee kari..sedap tau...

    ReplyDelete
  5. mana mau cari mee kari kawan.... sini takde jual lah

    ReplyDelete
  6. err cuba cari kuih apartment lak.. mungkin lagi sedap dari kuih flat

    ReplyDelete
  7. che pit : kuih apartment ngan kuih condo nnt aku suruh chef wan cipta resepinya...

    ReplyDelete