226 : Perjuangan Telah Selesai
Perjuangan telah selesai. Semalam berakhirnya perjuangan kami di gelanggang bola tampar tahun ini. Menentang Zon 5, kami mengalami kekalahan kali ketiga berturut2 dengan 25-10, 25-13.
Telah menjadi tradisi dalam Zon 6 yang tidak mempunyai semangat kesukanan. Bila pengadil memanggil pemain, Zon 6 cume ada 4 orang pemain sahaja. Pengadil hampir2 memberikan kemenangan percuma kepada pasukan lawan bila 2 orang lagi pemain tiba. Jadi, semalam Zon 6 hanya bermain dengan 6 orang pemain sahaja, tiada pemain simpanan. Walau bagaimanapun, kami tidak bermain sebaik hari sebelumnya. Tatkala permainan hanya tinggal 2 mata untuk ditamatkan, seorang pemain kami telah mengalami kecederaan. Permainan terhenti seketika. Beliau tidak dapat meneruskan permainan. Akhirnya, pengurus pasukan terpaksa masuk semata2 untuk menghabiskan permainan.
~Salam Sayang~
12 comments
salam anakanda
ReplyDeleteTak pe anakanda...SEMANGAT masih adakan?
jumpa lagi..
Salam Afeezz,
ReplyDeletePahit getir hidup...
dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi,
demi kejayaan
Terdidik sejak mula,
tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah,
tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah
Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"
Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba...
I wish u d best of luck for next Bola Jaring..caiyokkk BIL!
tahniah dan selamat berjuang..
ReplyDeleteala cian zon kau.. apasal le lesu2 player zon aku.. meh lah aku tukar keje kat um, masuk zon ko..
ReplyDeletewsalam mama ju : saya jer yg bersemangat, pemain laen lesu jer, camner nak menang macam tuh?
ReplyDeletewsalam syima : next week bermula lah sesi training bola jaring lelaki...
salam sahrom : tahniah ker?? kami kalah tau... ucapkan takziah.. hahah
ReplyDeletesalam pijal : jom2... masuk HEP atau kolej2 kediaman...
Salam Afezzz
ReplyDeleteHemmm kalah yer..tak per...lenkali ada can bole menang kut....hehehhe
alamak bro..typing error la..sebenornya nk ucap takziah tp terucap tahniah..sori erk...
ReplyDeletewsalam kak shami : tahun depan cube lagi....
ReplyDeletesalam sahrom : ucapan tahniah ko tu macam nak memerli jer... hahaha
salam dik afeezz..
ReplyDeletealahai cian kalah ler pulak .tak per nnti akak masak n jamu lempeng .
Salam Afezz,
ReplyDeleteTak pa, thn depan masih ada... :)
wsalam kak ummi : klu dpt makan lempeng akak sebelum game, sure team sy lebih cergas dan mantap... mesti menang punya.. hahah
ReplyDeletewsalam tikah : nampaknya kene cube lagi thn depan...