217 : Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) - Part 2
Hari ni aku menduduki satu lagi keperluan PTK untuk Tahap Kecekapan 2. Hari ni aku menduduki komponen Perbincangan Berkumpulan. Pertama kali aku dan kakitangan lain menduduki komponen ni. Untuk PTK format yang lama, tak ada komponen ni. So, kami tak dapat nak jangka macam mana komponen ni akan dijalankan.
Aku diletakkan dalam Kumpulan 1 dan aku telah menduduki komponen ni pada pukul 11.oo pagi tadi bertempat di Universiti Malaya, Kompleks Kampus Kota. Dalam kumpulan aku ade 9 orang kesemuanya. Kami diberikan 1 kes study dan kami dikehendaki menjawab beberapa persoalan berdasarkan kes study yang diberikan. Alhamdulillah, bagi aku, kes study yang diberikan agak senang dan perbincangan kami telah berjalan dengan lancar selama 50 minit. Semua ahli kumpulan nampaknya galak memberikan pandangan masing2 mengenai persoalan2 yang diajukan. Tak ada apa2 yang perlu diserahkan selepas perbincangan itu. Cukup masa, semua bole balik... hahahha
Tak tau lah pencapaian aku macam mana. Sebab pemberian markah berpandukan kepada kebolehan diri kite dalam menyertai perbincangan itu dan kebolehan kita memberi pandangan tentang kes study yang diberikan. Aku dah buat aper yang aku boleh dan ape yang aku rasakan penting. Takde lah aku nak merepek bende lain. Ape2 pon, InsyaAllah....
Next, ada lagi satu tugasan individu yang terpaksa dibuat. Soalan akan diedarkan pada bulan April nanti. So, wish me luck...
~Salam Sayang~
5 comments
Salam Afeezz,
ReplyDeleteGood Luck... semoga hang lulus dalam exam PTK yang dah dihadapi n akan tempuhi nnti...
salam afeez
ReplyDeletewahh serius afeez study tu..kalah nk amik SPM dulu...goood luck and all the best afeez leh buat punyer..
wsalam atikah : thanks... ameennnn.....
ReplyDeletewsalam kak mas : kene le study kak mas, klu dapat aras 4, bole naek gaji... itu yang penting... hahaha
Salam Afeezz,
ReplyDeleteSmg berjaya.
Setiap usaha yang gigih pastinya akan membuahkan kejayaan yang cemerlang.
Smg dapat kenaikan gaji hihi nnti bleh belanja kami hihi
wsalam syima : insyaAllah... aminnn... belanja? tunggu lulus aras 4 pastu dapat kelulusan untuk kenaikan gaji dulu... ok?
ReplyDelete