216 : Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)

Dua minggu lepas aku menerima satu surat dari Bahagian Sumber Manusia, surat untuk menduduki Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). Tapi, PTK tahun ni sangat berbeza dari tahun2 sebelumnya, kerana UM telah memperkenalkan format baru peperiksaan PTK ni. So, banyak kerje sikit lah untuk lulus peperiksaan ni. Klu ikutkan format dahulu, aku cume perlu menduduki 2 kertas peperiksaan bertulis saja untuk bahagian Umum dan bahagian Khusus masing2. Tapi untuk tahun ni, aku akan menjalani satu peperiksaan bertulis, satu tugasan individu dan satu perbincangan berkumpulan untuk komponen generik. Kemudian aku ada lagi satu tugasan individu dan satu penilaian dari Ketua Jabatan untuk komponen fungsional.

Payah sikit lah tahun ni. Tapi, to this date, aku dah pon menduduki peperiksaan bertulis pada 9 Mac lepas. 25 soalan dijawab dalam masa 30 minit, bentuk soalan, fill in the blank. Banyak soalan pasal Nilai2 Murni, Etika Perkhidmatan Awam dan Tonggak 12 yang mana aku tak baca pon bahagian yang membosankan ni.. hahaha. Tapi semua soalan aku jawab, samada kene atau tak kene jer. Kemudian aku sudah pon menghantar tugasan individu pada 11 Mac lepas. Tiga soalan jawab satu dan aku telah memilih soalan berkenaan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Untuk perbincangan berkumpulan akan diadakan minggu depan....

Oklah, aku amik PTK ni pon just untuk naik tangga gaji. Klu lulus, alhamdulillah, klu tidak mencapai aras IV, kita repeat tahun hadapan....



Meja aku yang dahulunya kemas, penuh dengan
fail dan nota untuk menyiapkan tugasan individu..

~Salam Sayang~

You Might Also Like

11 comments

  1. haaa aku tahu

    ko sengaja menyelerakkan meja ko kan kan kan.. konon2 ko rajin nak siapkan tugasan ko..

    pandai ko berlakon, ngeh ngeh ngeh

    ReplyDelete
  2. Salam Afeezz,

    Dalam dok siapkan tugasan sempat lagi hang buka FB ya... hehehe

    ReplyDelete
  3. Salam dekk afezz

    Dah lama akak tak der hadapi peperiksaan..hehehh tapi kalu ader seronok jugak kan...hehhe macam masa belajar pulak...rasanya

    Tapi sekarang dah jadi isteri dan mak orang ni ader gaklah sikit tak der tekanan peperiksaan hehhe
    Hadiri...kuliah agama dan amalan tertentu yg perlu dititik beratkan buat tambah baik diri, memimpin anak2 dan juga bekalan sebelum kembali kepadaNYa...

    ReplyDelete
  4. salam pijal : wah3 ko... tu mmg aku nyer references ler... bukan maen2 punya, maklumlah, lagi 2 hari nak hantar masa tuh

    wsalam tikah : FB itu wajib. Tak kire le walaupon tahap kesibukan setinggi langit, FB tetap akan aku layan...

    wsalam kak shami : dah tua2 macam ni nak baru amik exam, macam malas jer nak study... klu soklan objektif, bole gak maen tembak...

    ReplyDelete
  5. salam afeeez


    copppp,cooop studyy ker layan FB????...jommm tuisyen dgn cm...

    ReplyDelete
  6. Afeezz..insyaALlah Afeezz lulus cemerlang. Abg dah sampai Paris earlier this morning (Paris time). Esok2 nanti bz nak siapkan 2 lagi tugasan....ngeri memikirkannya...hahaha.

    Afeezz, sincere thanks for ur kind help thruout my stay in KL. May Allah bless u and ur family. Salam buat semua ye....huhuhu, sedih ni, tak dpt makan2 lagi, nanti kita plan lain nooo.

    ReplyDelete
  7. Salam Afeez,

    semoga anakanda lulus dengan aras 4. Nanti boleh az tumpang belanja makan

    ReplyDelete
  8. wsalam CM : FB tu sambil2. kadang2 tensi2 wat keje ke tensi2 wat assignment, FB jer lah penenang jiwa...

    wsalam abg imran : alhamdulillah selamat smpi, ade masa di masa akan datang, kite leh rancang2 aktiviti makan2 yg laen plak...

    wsalam ayahanda zain : ameennnnn.....

    ReplyDelete
  9. salam afeez,

    tunggu juga ucapan takziah daripada afeez...............

    ReplyDelete
  10. salam anakanda

    Moga berjaya dgn cemerlangnya...lulus nanti bolehlah sebarkan! Mana tau ramai yg nak belanja!

    ReplyDelete
  11. wsalam ayahanda zain : AZ, klu cerita2 sedih maca tuh, sy akan lebih selesa untuk berdiam diri.

    wsalam mama ju : hahaha... org pertama yg kene belanda saya adalah mama.. ada berani mama? haha

    ReplyDelete