Posting No. 120 : Apalah Nasibku, Hari Ini Aku Dituduh Lagi

Beginilah nasib, diriku yang malang... oh tuhan. Tak pernah bersenang lenang...

Hari ni aku dituduh lagi, aper lah malang nasib aku. Dituduh oleh orang yang sama. Tak guna punya boss. Hari ni dia tuduh aku dah hilangkan satu borang penilaian kakitangan walaupon aku tak pernah tengok pon borang tu. Dan aku tak ingat pon aku dapat borang tu. Dia kata dia ade letak atas meja aku. Kalau dia dah letak atas meja aku, aku tau le borang tu penting dan aku mesti buat dan2 tu jugak. Aku ni bukan nyer bodoh sangat nak sorok2 borang tu. What for?? Aku dah lama buat keje ni berbanding ko. Borang tu mesti ade dengan dia pastu dia letak entah mana, pastu nak selamatkan diri dia, dia kata dia dah bagi aku. Sial betul kap lam ya nga ni.

Pastu, untuk menunjukkan bahawa dia seorang boss yang prihatin, dia sendiri pergi ke Bahagian Sumber Manusia mintak borang yang baru. Konon2 dia tak bersalah lah tu, dasar kap lam ya nga. Semua orang pon dah tau perangai ko. Dah... pasni aku malas nak buat baek kat kap lam ya nga sekor ni. Mampus le ko masuk neraka. Kalau lagi sekali dia tuduh aku, takde nye aku nak berdiam diri, ade yg silap2 aku tengking ko depan org ramai.

Ni ade cerita lain plak. Ade la pulak sorang staf yang sengal, tiba2 dia bising pasal ade satu surat edaran pasal kuasa melulus borang urusan keluar pejabat. Aku dah tau yang dia bising pasal ni pagi2 sebelum aku datang kerja, ade sorang staf laen yg bagi tau aku. Tiba2 petang tadi dia bising lagi, kali ni dia bertekak ngan boss kap lam ya nga aku tuh. Dia marah2 sebab dia tak dimaklumkan pasal surat edaran tuh. Pastu si boss kap lam ya nga ni sesedap rasa tunjuk2 aku plak, nak selamatkan diri dia lagi. Aku dengan lancang terus berkata, 'saya dah letak dalam fail edaran, sila baca!!', dan aku terus keluar dari opis. Pastu staf yang sengal tadi bising2 lagi kata dia sibuk sampai tak sempat baca edaran. Itu ko punye pasal, ko nyer masalah jangan ko nak menyusahkan orang lain pulak. Aku ade dengar gak yang dia cakap kat boss kap la ya nga tu, dia suruh si boss tu bgtau dia kalau ade aper2 bende penting. Hallooo.... ko tu saper, sedar lah diri sikit. Yang demand lebih2 kat boss tu wat per....

Isk... masalah betul orang kat opis aku ni. Bengang betul aku. Nasib baiklah hari ni mood aku baik dan aku cool jer menghadapi segala masalah. Klu aku bad mood hari ni, siap lah.... aku ni bad temper gak, ramai org cakap aku bad temper, tp aku rasa aku tak.... haha..


Luahan hati...

You Might Also Like

3 comments

  1. salam kembar nama ku.. cian kat ko.. hmm tapi nak buat mcm ne, dah keje dgn org.. nak tak nak, kena le sabar n terima dgn redha walaupun hati sebenarnya panas je kan.. sabar piz sabar..

    ReplyDelete
  2. mmg byk dah bersabar ni, byk betul pahala aku since keje kat sini, dpt cover dose2 aku yg sudah.. hahah

    tp kap lam ya nga tu keje tak professional langsung... cam hampeh...

    ReplyDelete
  3. sabar jg apiz kena buat cam tu kan..klu aku, tah le apa aku dah buat..haha..tapi, org kata sabar itu separuh dr iman..nampaknya apiz ni penyabar orgnya..teruskan sikap penyabar ini..tapi jgn jer sampai kena pijak kepala dah la..

    ReplyDelete