Posting No. 115 : Akhirnya Aku Dituduh..

Hari ni aku dilempar dengan tuduhan. Ntah apa lah yang aku kata smpi dia tiba2 menuding jari kepada aku, mempersalahkan aku. Aku tak ingat apa yang aku dah bagitahu, oleh itu aku tak boleh nak cakap apa2. Dah dia bertanya kepada aku, jadi aku beritahulah mengikut apa yang aku tahu. Dan dia sepatutnya menyemak dahulu apa2 yang patut untuk mendapatkan kepastian. Sebaliknya, dia menerima bulat2 kata aku dan bila benda tu dah salah, dia bulat2 salahkan aku.

Aku tak suka pada kontroversi, jadi pagi tadi aku diamkan jer. Tak nak aku membela diri aku di depan dia. Biarlah dia ingat dia yang betul, dia sorang jer yang betul. Bagi aku bende ni small matter, tak sampai ke mana pon masalahnya, so yang dia nak bising sangat apasal? Saja jer nak menyebarkan kesalahan aku dan mewar-warkan kepada dunia yang dia yang discover kesalahan aku.

Perlukan aku berkata yang aku 'tak tahu' setiap kali dia bertanya, untuk menyelamatkan diri sendiri dari dilemparkan tuduhan seperti ini lagi? Kalau inilah yang aku lakukan, kelak ia boleh menjatuhkan kredibiliti aku sebagai seorang yang berjawatan di opis aku. So far, mmg akulah tempat rujuk oleh teman2 sepejabat, termasuklah pegawai2 di sini. Mereka beranggapan aku tahu segalanya dan mereka enggan menerima sekiranya aku berkata 'tidak' atau 'tak tau'. Susah jadi 'professor serba tahu' ni hatta perkara sekecil2 'macam mana nak save document' pon nak tanya aku.

Aku kecewa, bila ade pihak yang mengetahui perkara itu salah hanya berdiam diri untuk kepentingan peribadi. Biarlah aku tanggung semuanya.


Aku Kecewa...

You Might Also Like

3 comments

  1. hehehe dahle nama sama dgn aku, perangai pun lebih kurang.. sama lah dgn aku, tak suka kontroversi.. so better diam dari terus menyemarakkan lagi keadaan.. tapi diam kita bukan diam kerana salah, diam kita diam sebagai org yg mampu berfikiran waras dan guna otak yg waras utk buat judgement, ada setuju?

    ReplyDelete
  2. afisazlie : yeszza... aku setuju sangat dengan ko, mmg org yang bernama afiz ni mempunyai akal fikiran yang waras dan berfikiran panjang dan bertindak mengikut fikiran bukan perasaan. btw... pagi semalam mood aku sgt baek, tu yg aku diamkan jer, klu mood tgh down.. siap lah.. mau aku melenting semalam...

    Ann : kesian i kan, wat baek pon kene. sob..sob..son..

    ReplyDelete