100th ENTRY

Macam hampeh trip pegi Kedah dan Perlis tempoh hari. Kalau aku tau lah macam ni jadinya, malas aku nak follow. Buat penat badan jer.

Tujuan utama adalah nak pergi wedding salah sorang opismate kat Kuala Nerang, Kedah. Last2 agenda nak pergi ke majlis perkahwinan tu terkensel macam tu jer disebabkan drive bas yang macam sial tak mahu masuk ker rumah pengantin disebabkan jalan kecil. Pada pandangan kami yang jahil dalam membawa bas ni, boleh jer bas nak lalu. Jalan tu memang le kecil, satu kenderaan jer boleh lalu, macam biasa lah, kalau berselisih, sama2lah ke tepi. Tepi2 jalan tu bukan nya ade gaung ke sungai ke, sampai bas tak boleh nak lalu. Disuruhnya kami berjalan kami hampir 1/2 batu di dalam panas matahari tegak atas kepala, dengan anak2 dan orang tua lagi.

Pagi tu kami dah pon melepak kat rumah pengantin perempuan, dijamunya kami macam2 dari mee goreng hinggalah ke buah durian. Memang kenyang dah makan pagi tu kat umah pengantin pompuan. Tapi kami masih nak ke majlis kenduri kat rumah pengantin lelaki, kami nak tengok kawan kami tu bersanding, kami nak gak makan nasi orang kawin. Kalau setakat datang dari jauh pastu lepak2 jer kat rumah orang buat aper?

Pastu aku ade gak dengar cerita, tak tau lah benar ke tak, yang si driver bas ni bagi kata dua, samada nak ke majlis kenduri kawen tu atau ke Padang Besar. Kalau nak ke kenduri, tak payah ke Padang Besar, kalau nak ke Padang Besar, tak payah pegi kenduri. WTF!! Dan aku terus cakap yang tujuan kita ni untuk pergi kenduri kawen, kalau tak dapat pegi ke Padang Besar pon takpe. Lagi pon member ni pon dah siap bayar duit bas ngan duit tol semata2 nak kite datang ke majlis dia. Then drive bas tu siap marah2 bile dah pukul 1 pon, kiteorang masih tak bertolak ke rumah pengantin lelaki.

Kecewa betul aku masa tu, kalau aku ler, nak jer aku turun dari bas dan jalan kaki jer ke majlis tu sebagai tanda protes aku pada driver bas sial tuh. Tapi apakan daya, aku sorang jer yg nak jalan kaki masa, yang lain nampaknya tak sependapat dengan aku. Tak guna kalau aku sorang jer yang protes. Then ade sorang kawan aku yang naek kereta pergi ke majlis tu cakap, kat dalam tu ade sebuah bas lain yg bawak rombongan lain ke majlis tuh.

Bas driver yang sorang ni memang dah terkenal dengan sikap kesialan nyer. Semua mesti ikut cakap dia, ikut kepala dia. Takleh nak tolak ansur sikit. Tak guna lah title 'Haji' depan nama dia tu kalau perangai macam ni. Bile aku cakap yang kita nak ke rumah pengantin perempuan dulu pon dia dah nak marah2, membebel bende yg aku tak paham. Rasa macam nak terajang jer dia masa tuh. Tak boleh ke cakap elok2? Dah tua pon takkan orang nak tegor, sendiri mau tau ler.

Aku sure yg kawan kami tu mesti kecewa yang kiteorg tak dtg ke majlis dia. Klu aku jadi dia, nak jer aku mintak balik duit bas ngan duit tol yang aku dah bayar tuh.


Yang marah,

You Might Also Like

0 comments