94th ENTRY
Lupa nak khabaq semalam. Kolej kesayangan aku sekarang telah dikenali sebagai Kolej Cendana dan penghuninya semua perempuan, tiada lagi Halaman Bank atau Kolej Halban. Ditukar selepas 1 atau 2 tahun selepas aku meninggalkan ITM Perlis. Tiada lagi aktiviti skodeng Kolej Teja dari bilik 224 yang boleh dilakukan. Tiada lagi aktiviti kacau2 pelajar siswi yang lalu lalang di kawasan Kolej Teja itu. Tiada lagi aktiviti gelak2 pada pelajar ROTU yang kene marah dek ketua mereka. Entah siapa agaknya penghuni Bilik 224 sekarang ni? Rindu... rindu... aku rindukan semua itu.
Ini kami panggil Mushroom. Tak tau lah kenapa name dia Mushroon, sejak aku masuk, namenye telah terpahat sebagai Mushroom. Kat sini lah kami menunggu bas untuk ke pekan, kat sini jugak lah kami menunggu teksi kalau bas tak masuk ke ITM itu. Kat sini jugaklah aku selalu menggunakan telefon awam untuk berbual dengan mak dan ayah aku setiap Sabtu, kadang2 Ahad atau bila2 aku terasa aku memerlukan mereka. Kat sini jugaklah aku ngan kawan2 aku pernah ditegur oleh Pak Guard sebab tak pakai tai pada hari Isnin. Kat sini juga aku pernah makan malam dalam gelap bila dewan makan dipindahkan ke situ kerana direnovasi. Di sini jugaklah aku pernah bersembahyang Jumaat dalam kehangatan bila tempat ini dijadikan PI (Pusat Islam) sementara kerana PI direnovasi. Kat sini jugaklah aku pernah menjual kad hari raya pada bulan puasa untuk menambahkan duit tabung kelas walaupun hasilnya tak seberapa. Kat sini jugak aku pernah bermain bola serta melepak di kedai dobi dan kedai gunting rambut milik kawan aku. Tidak dilupa, kat sini jugaklah aku dan roomy aku pernah mengambil dua bijik kerusi yang telah dibuang oleh pihak ITM dan dibawa balik ke bilik kami. Banyak betul kenangan kat tempat ni.
Ini Perpustakaan Datuk Jaafar Hassan, perpustakaan utama ITM Perlis. Aku selalu lepak sini dengan classmates aku kalau ade gap antara kelas sementara menunggu kelas berikutnya. Kami ade tempat kegemaran kami dan setiap kali kami ke sini, kami akan beramai2 duduk di situ. Tapi bukan buat ape pon, berbual kosong dan hanya membelek2 buku yang tak berkaitan. Kalau dalam bulan puasa, kami suka belek buku2 masakan sambil terliur2 tengok makanan yang sedap2. Kalau musim peperiksaan, aku lebih gemar study kat library tanpa gangguan kawan2. Tak lah jauh library dari kolej kediaman aku, dalam 5-10 minit berjalan kaki. Satu kenangan yang tak dapat aku lupekan pasal library, ada satu ketika aku tertinggal semua nota dan buku dalam library kerana aku leka main komputer dalam computer lab. Lagi best, hari tu Sabtu, esok Ahad library tutup dan Isnin aku ade exam. Cuak giler sekejap masa tu bile tengok pintu library dah kunci. Nasib baik ade geng menangis masa tu. Entah macam mana, terlintas di kepala kami nak try tengok pintu belakang library tu. Nasib baek ade staf yang masih belum balik, dan dia kasi masuk untuk kami amik barang2 kami. Terima kasih kepada staf tu... klu tak.. sure kantoi aku paper tuh...
Tersenyum sendiri....
0 comments