Posting No. 106 : It's Over

Hari selasa lepas turn opis aku kene audit. Aku tak prepare ape2 pon untuk audit kali ni. Sebenarnya dan malas nak pikir pasal benda ni dan bos aku plak semuanya dia serahkan pada aku suruh uruskan, dan aku buatlah aper yg aku fikirkan wajar. Ni bukan nya kali pertama kene audit, dah banyak kali, so.. semua orang yg terlibat buat tugas masing2 macam tahun2 lepas. Dan setiap kali audit, aku adalah antara orang penting yang akan turut bersama diaudit, aku yang akan ke hulu ke hilir memenuhi permintaan para auditor. Aku dah bosan buat kerja ni. Aku dah letih. Kali ni punya audit semua aku buat sorang2. Boss nampaknyer terlepas since dia kene bagi taklimat somewhere dekat Perdanasiswa. Nak tak nak, aku sebagai pegawai tertinggi pada masa tu terpaksa melakukannya sendirian. Nasiblah ada yang hendak membantu.

Aku rasa audit kali ni tak berapa teruk dan auditor nampaknya boleh bertolak ansur. Apa yang diaorg mintak aku dapat present, tapi ada jugak yang aku tak dapat. Yang tak dapat tu, aku terus terang jer kata 'tak ada' since aku malas nak belek fail2 lama. Tak kesah lah berapa NC dia nak bagi, terima jer dengan hati yang terbuka. Aku tak pedulik, pasal racangan tindakan pembetulan nnt aku jugak yang akan buat.

Aku ade tanya auditor, macam mana penemuan diaorg? Yang diberitahu, 'dari bahagian saya tiada apa2', tapi auditor jangan percaya, depan kita dia kata tak ada, bila hari penutup nnt tengok jer berapa dia akan bagi. Mulut jer manis mereka ni, tapi kencing lebih. Mmg dah kene dah sejak dulu, kata takda... tengok2 dapat 3 NC. Ade satu tahun tu, bende yg aku buat betul pon dia bagi NC, mmg tak puas hati betul aku masa tu. Aku komplen kat ketua auditor, dia simply cakap 'ala... terima je lah...', macam sial betul, rasa macam aku nak sumbat sup kaki dalam mulut ketua auditor tu.

Apa2 pon falsafah aku disebalik audit ni, 'bukan nak mencari salah sesiapa cuma hendak membetulkan kesalahan kita'. Tapi kalau semua orang mempunyai falsafah macam ni, tak jadi masalah, ni tidak ade orang berpendapat kalau dapat NC tu macam dunia dah nak kiamat. Buruk benar kalau dapat NC tu, sampai satu minggu kene bebel pasal bende yang sama, and this i refering to my ex-boss.

Aku just nak tunggu keputusan audit ni, tak tahu lah bila akan keluar. Tarikh akhir audit dalaman kali ni 5 Julai. After that, sekiranya, but i'm sure mesti ade NC, aku akan panggil mesyuarat jawatankuasa kualiti opis aku dan aku akan bincangkan rancangan tindakan pembetulan dan langkah pembetulan yang akan dilakukan. Tahun aku tak nak buat sorang2 lagi macam tahun2 lepas. Bodoh betul aku. Aku akan mintak pendapat semua AJK, let them do the thinking, let then share my load. Macam aku dah luahkan pada auditor tempoh hari, dia kata yang aku tak perlu buat benda ni sorang2, AJK dah ada, just share the burden, aku tak perlu tanggung sorang2. Thanks to the auditor for the advice. Dan lepas mesyuarat tu, aku akan lepaskan jawatan aku yg aku dah pegang selama 7 tahun. Lantik pulak orang lain, biar orang lain tahu jugak pasal kualiti ni.


You Might Also Like

2 comments

  1. hehehe watpe sumabt sup kaki, sumbat kaki je terus.. kalau sup kaki dah teruk nak kena buat sup lak nanti, haha.. sabar che afeezz..

    ReplyDelete
  2. haha... sup kaki aku simple jer, takde rempah2, just kaki jer.. pure punye, siap ade bau2 stokin lagi...

    ReplyDelete