257 : Keputusan Penilaian Tahap Kecekapan
Isnin lepas aku dapat sepucuk surat dari Bahagian Sumber Manusia Universiti Malaya. Dah tau dah aper isi kandungan surat tu. Berdebar2 hati nak membukanya. Di dalamnya ade keputusan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang telah aku ambil pada awal bulan Mac dan awal bulan April yang lepas. Hajat di hati nak dapat Aras IV, rupanya tak kesampaian, cume dapat Aras III saje. Ade dua komponen kompetensi, Komponen Generik dapat A, Komponen Fungsional dapat B, jadi keputusan keseluruah dapat Aras III. Sob3....
Dapat Aras III, tak dapat le nak pohon kenaikan tangga gaji tahun ni. Itu yang paling penting. Kene cuba lagi nampaknya. Tapi, yang kami tak puas hati, kami hanya diberi peluang hanya sekali lagi sahaja untuk menduduki penilaian ini untuk mendapatkan Aras IV. Sekiranya masih tidak mendapat Aras IV, maka tertutuplah peluang kami untuk menikmati faedah2 yang boleh diberikan sekiranya kami mendapat Aras IV. Duduklah kami ditakuk sekarang sampai pencen atau mampos yang mana datang dahulu.
9 comments
salam
ReplyDeleteabg afeez
masih tak ada rezeki lagi.. tak apa.. cuba lagi.. insyaalah ada rezeki nnati... harus kuat ye
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletelega sikit ko
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteTahniah..
Itulah hasil dari usaha yg awak lakukan..
Kalau aritu KASIK RAJIN lebey lagi mesti bleh dapat Aras IV..hihi
salam anakanda
ReplyDeleteMacammana syima kata tahniah pulak....cuba lagi insyallah ...mama tgk muka tu ada rezeki lagi....
Jangan nangis....
Salam Adek afezzz..
ReplyDeleteApa yang dapat tu...alhamdulillah...dari situ ko tau apa tindakan ko akan buat..kan plan strategy baru utk dapat apa yg ko nak dekk.....jgan putus asa...
Apa2 hal dalam hidup kita try to be struggle and you will get what you want....heheh cakap omputih hari ni...yakin pada diri kita dekkk....maju kedepan..berani bertindak untuk miliki apa jua impian ......penuhi semua query list yg berputar dalam minda kita..
syim...ni idea QS kan hahahha bole diguna pakai...nih...
wsalam azie : kali pertama cube untuk TK2 ni. Masa TK1 dulu pon 2 kali cube baru dpt Aras IV. InsyaAllah, abg akan cube lagi...
ReplyDeletemadey : lega.... atleast satu komponen dah lepas, lagi satu jer kene cube lagi
wsalam syima : betul lah syima, ari tu kurang berusaha. klu rajin sket mesti dah berjaya. Actually, dpt aras III tu bukan tak berjaya, cume faedah2nya kurang klu nak dibandingkan klu dpt Aras IV
ReplyDeletewsalam mama ju : insyaAllah, klu ade peluang, memang akan cube lagi. Usaha tangga kejayaan...
wsalam kak shami : setuju bebenor dengan pendapat akak tu. kite dah tau kene usaha lebih kat maner pulak kan. memang tak putus asa pon, akan cube lagi sehingga berjaya. thanks untuk kata2 semangat akak tuh...
ReplyDelete