30 July 2009

Posting No. 128 : Hari - Hari Ku Tanpa Tenet

Hari tanpa tenet macam tak bermakna.
Terasa kosong, tak tau nak buat aper.
Kalau tenet down, rasa marah, rasa macam nak gila.
Walau pon sebenarnya bukan nak buat apa.

Hari ni hampir sepanjang hari server down kat opis. Sebenarnya sejak semalam dah mula, tapi semalam dah dekat2 nak balik, so takde le terasa sangat. Aku call bahagian yang bertanggungjawab, Pusat Teknologi Maklumat, sekadar bertanya, manalah tau klu2 jabatan aku jer yg kene. Tapi, dia kata mmg ada masalah dengan DNS Server (what ever that mean, aku bukannya tau). Rasa tensi jer bile keje. Selalunya, aku akan online Facebook. Sambil2 buat kerja aku layan Facebook. Sekadar nak mengurangkan kesesakan di kepala. Kadang2 aku akan bertandang ke 'rumah' kawan2 kat alam maya ni.

Tapi bila tenet dah takde, tak tau nak buat aper walaupon kerja berlambak atas meja. Takde tempat nak melepaskan tekanan di kepala. Klik Internet Explorer, kecewa bila lihat 'Internet Explorer cannot display the webpage' saje.


Love...

27 July 2009

Posting No. 127 : Dari KL ke KB ke CH ke KL dan ke KL Semula

Catatan Perjalanan

Seperti yang telah dimaklumkan di dalam entry sebelum ini, saya telah bercuti di Kelantan pada 24 hingga 27 Julai 2009. Buat pertama kalinya saya telah menaiki penerbangan domestik. Sekejap jer dah sampai, 50 minit jer dari KL ke KB. Tak dan nak boring2 dalam flight. Flight semua on schedule, takde delay. Aku bertolak dari KL lebih kurang 6.30 petang dan sampai di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu lebih kurang pukul 7.30 malam. Member aku awal2 lagi dah tunggu kat sane, aku masih kat KLIA, dia dah call dia kata dia dah tunggu aku di Kota Bharu.


Malaysia Airlines flight 1402 approching runway at
Sultan Ismail Petra Airport, Kota Bharu

Memula kawan aku ni telah bawak aku makan malam di sebuah gerai, nama gerai tu Mee Kampung Pek. Dia kata agak glemer gak lah gerai tu kat area tersebut. Menu kami pada malam itu adalah Mee Kuah, yang pada pandangan dan rasa aku macam Mee Bandung jer. Dimaklumkan pada aku, org Klate panggil mee tu mee kuah. Boleh tahan jugak mee kuah tu, walaupon kuah dia tak sepekat mee bandung laen yang pernah aku makan.

Aku tiba di destinasi aku kira2 dalam pukul 10 malam, tak igt plak apa nama kampung kawan aku ni, dan aku pon tak le pulak nak bertanya (ape ler aku ni.. ). Memang ke dalam giler, bagi aku, itu boleh dikelaskan sebagai dalam hutan, walau pon rumah nyer agak moden. Malam tu, kami just berbual kosong sampai tak sedar jam dah hampir pukul 2 pagi.

25 Julai 2009

Betul kata kawan aku madeyz, orang Klate sarapan pagi makan nasi, so pagi tu aku bersarapan nasi berlaukkan ayam goreng dan kari. Makan je lah, sebab itu jer yang ada, takkan aku nak demand nasi lemak plak. Pagi tu aku meneman kawan aku ni pergi tukar tayar kereta dia. Dah botak giler, berani dia bawak kete dia tu balik kampung dengan tayar botak macam tu. Then kami ngan aweks kawan aku tu pi makan kat satu kedai, kedai makan Nasi Ulam. Tak igtlah pulak nama kedai tu, tp dekat ngan pintu gerbang dalam gambar entry aku sebelum ni. Mmg femes kedai ni, ramai pelanggan yang dtg masa kami makan kat sane. Ni adalah antara lauk pauk yang telah kami ambil tengahari itu.


(1) Ikan Patin masak aper tah (2) Budu


(3) Ulam-ulaman (4) Licin semuanya


(5) Permandangan selepas makan (6) Aku dan Wazi

Baru aku tau nasi ulam tu macam mana. Dia nasi biasa jer, tapi dimakan dengan pelbagai jenis ulam-ulaman seperti pucuk ubi, pucuk paku, daun ketereh, timun dan pelbagai jenis daun lagi, di mana aku tidaklah makan sangat daun2 itu.

Kemudian, kawan aku ni telah membawa aku ke Pantai Cahaya Bulan (PCB). Panas giler petang tu, berpeluh giler aku. Rasanya macam dah kurus jer. Tak buat aper pon kat sini, just aku ade beli 2 helai baju batik yang sangatlah murah berbanding dengan kat KL saner.


Permandangan di sekitar Pantai Cahaya Bulan (PCB)

Kami sampai rumah lebih kurang pukul 8.00 malam. Lepas Isya' kami keluar semula. Tujuan utama nak ke Wakaf Che Yeh. Sebelum tu kami telah pergi sekali lagi ke gerai Mee Kampung Pek untuk dinner. Kami telah order Mee Goreng Basah untuk dinner kami malam ni. Aku pelik sebab kedai ni dia hidang pakai satu pinggan besar dan customer kene cedok sendiri masuk pinggan masing2. Kawan aku ni bagitau, ni mmg style kedai ni. Klu order bende yang sama, dia akan letak dalam pinggan yang besar, pastu pandai2 lah cedok sendiri.

After dinner tu dalam lebih kurang pukul 10.00 malam, kami pegi ke Wakaf Che Yeh. Aku tak beli aper pon, tetapi membeli untuk orang laen. Ade ke kirim ngan aku tudung bawal, aku ni ikan bawal pon tak kenal yg maner satu, inikan pulak tudung yang dipakai si ikan bawal tu. Kawan aku ni pon lebih kurang aku gak, tak tau ape2 pasal tudung bawal ni. Lepas survey2 ape yg patut berpandukan papan2 tanda yg ada, kami berjaya mendapatkan 8 helai tudung bawal di sebuah kedai, 6 untuk aku dan 2 lagi kawan aku punye. Kami sampai rumah dalam pukul 1 pagi, dan terus tido.


26 Julai 2009

Pagi ni kami sarapan nasi, kari ayam, telur masin dan ikan goreng. Sungguh tidak boleh lagi tekak aku menerima sarapan seberat ni. Digagahkan jugak habiskan nasi dalam pinggan aku tuh, tp tak berjaya gak. Terpaksa mintak maap ngan mak kawan aku tuh.. takut dia kecik ati plak kan..

Pagi ni kawan aku membawa ku pi mandi sungai kat satu tempat yang dinamakan Jeram Mengaji, dalam 15 minit naik motor dari rumah kawan aku ni. Kenapa nama dia Jeram Mengaji? Kawan aku cakap, tempat tu menjadi lokasi budak2 kampung ponteng sekolah, so tempat tu dah jadi macam sekolah buat mereka, sebab tu le name tempat tu Jeram Mengaji. Tak tau le betul ke atau kawan aku ni kelentong jer Tapi masa kami di sana, mmg ade budak2 yang ponteng sekolah, lepak kat kawasan tu. Anyway, jeram ni kecik jer, air terjun dia kat bahagian atas, kami mandi di bawah jer. Pergh... sejuk... smpi kecut tel*r. Hahah...


Permandangan Jeram Mengaji


pergh... sejuk!! sejuk!!..


Aku ngan Wazi, atas motor dalam perjalanan balik lepas mandi kat jeram


Permandangan sepanjang perjalanan ke Jeram Mengaji

Dalam pukul 1.00 petang kami berangkat pulang. Kami meninggalkan kampung kawan aku tu dan menuju ke Cameron Highland. Actually kawan aku ni bekerja di Cameron Highland, jadi cikgu kat sekolah orang asli. Mengikutkan perancangan awal, hari Isnin aku akan naik bas balik ke KL, tapi memandangkan kawan aku ni kene attend mesyuarat pada hari isnin kat Kuala Lipis, dia akan bawak aku pergi Kuala Lipis dan kami akan terus balik ke KL lepas dia habis mesyuarat tuh.

Kami sampai di Cameron Highland lebih kurang pukul 6.00 petang. Sempat jugaklah kawan aku ni bawak aku pusing2 Cameron. Malam plak kami dinner kat sebuah kedai makan di Habu, then pergi berjumpa dengan beberapa orang kawan kepada kawan aku ni. Dalam pukul 1.oo pagi gak kiteorg smpi kat umah.



Permandangan ladang teh di Cameron Highland

27 Julai 2009

Seawal 4.45 pagi kawan aku tu dah gerak aku. Kiteorg kene pergi ke Kuala Lipis sebab kawan aku tu kene menghadiri mesyuarat. Kami keluar dari Cameron Highland dalam pukul 5.15 pagi menuju ke Gua Musang dan akan terus ke Kuala Lipis. Kami tiba di Kuala Lipis betul2 pukul 9.00 pagi. Jauh gak Kuala Lipis ni dr Gua Musang, aku igtkan dekat jer.

Dalam pukul 12.00 tengahari, kawan aku tu habis meeting dan kami terus balik menuju KL. Berenti di Raub untuk makan tengahari dan berenti lagi sekali di Bentong untuk solat dan berehat sekejap. Kawan aku hantar aku sampai rumah dan aku terpaksa hantar dia balik ke rumah abang dia di Kampung Dato' Harun memandangkan kawan aku ni fail jalan2 area KL ni.

Seronoklah dapat jalan2 jauh macam ni, bukan satu tempat jer yg aku pergi. Dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu ke Cameron Highland ke Kuala Lipis dan balik ke Kuala Lumpur semua. Jauh perjalanan luas pengalaman.

Kepada kawan aku tu, Wazi, terima kasih banyak2... next time aku dtg Telanok plak...


Salam Sayang...

23 July 2009

Posting No. 126 : Cuti-Cuti Malaysia - Klate 2009

Cuti-Cuti Malaysia : Kelantan Darul Naim, 24-26 Julai 2009

Esok aku akan bercuti di Kelantan. Sekadar memenuhi jemputan seorang rakan yang dah beberapa kali mengajak aku ke Klate. Memandangkan aku merancang nak bercuti rehat pada bulan ni, aku pon setujulah untuk ke Klate, daripada bercuti di rumah, ade baiknya aku pi berjalan2. Dan ntah kenapa agaknya, dah buang tebiat, aku akan naik flight pegi sana, hahah. Actually malas nak naek bas, perjalanan dengan bas mesti lama giler, tak sanggup aku nak duduk dalam bas lama2, bole naek kematu bontot aku nnt. Aku akan naek MAS (ape barang naek Air Asia). Flight aku esok petang pukul 6.25 petang dan dijangka sampai Kota Bharu pukul 7.20 malam. Dan aku dijangka sampai KL semula pada 27 Julai 2009. Oleh yang demikian kawan2, aku takleh lah nak mengarut kat blog2 kalian semua selama beberapa hari.


Salam sayang dari Klate...

22 July 2009

Posting No. 125 : Ciri-Ciri Orang Yang Dilahirkan Dalam Bulan Februari - Sambungan

Sambung balik penulisan semalam yg separuh jalan sebab aku penat nak berfikir lagi. Ok, ciri-ciri seterusnya untuk mereka yang dilahirkan di dalam bulan februari adalah, suka berkawan tapi kurang pamerkannya, sgt berani dan suka memberontak, bercita2 tinggi dan suka berangan, ada harapan untuk merealisasikan impiannya. Suka berkawan, aku memang suka berkawan, aku tak boleh hidup tanpa kawan, aku hargai kawan2 aku dan aku boleh menerima sesiapa sahaja menjadi kawan aku, tetapi kurang mempamerkannya... camner tu. Mungkin aku tak terkinja2 memaksa seseorang menjadi kawan aku? Itu kah maksudnya? Apa2 pon, klu orang tu nak jadi kawan aku, aku terima dia seadanya, takde le plak aku nak menunjukkan bahawa aku terlalu excited berkawan ngan dia. Biase2 jer cukuplah. Sangat berani dan suka memberontak, aku ni takde le berani sampai peringkat berani mati, itu mati sia2 namenye. Aku berani ade batasannya, takde le sampai nak membahayakan diri sendiri mahupon diri orang lain. Dan aku gak takde le berani sangat sampai menyusahkan orang lain. Kite berani bertempat lah. Suka memberontak!! Apasal february person ni asik suka memberontak jer?? Maner ade, aku cool jer, klu org kate tak boleh, maka aku tak buat, klu buat pon secara senyap2 jer. Memberontak sampai mengamuk tu takde ler, tak pernah pon. Bercita2 tinggi dan suka berangan, yg ni betul.. aku suka sgt berangan bende2 yg ntahape2ntah, takyah le cite lebih2 bab ni, kelak memalukan aku jer.. hahaha. Ada harapan untuk merealisasikan impiannya - insyaAllah.....

Next, pemerhatian yg tajam, suka hiburan dan sukan, suka benda yg bersifat seni, sgt romantic pd dalaman tapi tidak pd luaran. Pemerhatian yang tajam, macam mana tu? Adakah pemerhatian aku begitu tajam sehingga aper yg tak kena pada seseorang aku akan dapat lihat, macam, seluar tak zip, butang baju tertanggal, bulu hidung terkeluar?? Kalau macam tu, aku guilty as charged.. hahaha. Suka hiburan dan sukan, yes.. aku suka hiburan dan sukan tapi aku takde le fanatik smpi semua nama artis dan ahli sukan aku tau, semua lagu aku hapal, semua keputusan bola EPL aku tau. Hanya suka2 sahaja. Suka benda yang bersifat seni. Masa kecik2 dulu aku suka melukis, tapi bile dah besar ni, hilang skill plak melukis ni. Tapi aku takde le minat sgt seni smpi nak bukak galeri seni sendiri. Sangat romantik pada dalaman tapi tidak pada luaran. Hahaha... ntah lah, aku tak rasa pon aku ni romantik, dan pernah gak sorang kawan aku cakap yg aku ni tak romantik (ade le cerita lain disebalik kata2 beliau itu). Perlu ke romantik2 ni, takyah la nak romantik2 ni, romen je terus... hahahha

Ok... the last three, berkecenderungan pd benda yg tahyul, agak mudah dan boleh jadi terlalu boros, belajar utk pamer emosi. Berkecenderungan pada benda yang tahyul... isk.. tak2, tak cenderung pon. Bende2 macam ni boleh jatuh syirik, baik hindarkan. Agak mudah dan boleh menjadi terlalu boros. Yang ni betul, aku mmg suka shopping (wow), selalunya aku tak kisah pasal harga, klu pi beli barang2 dapur, selalunya aku maen angkat jer, tak tgk pon harga. Klu beli barang macam baju ke aper ker, aku mmg cerewet sikit. Makan.. aku tak kesah. Last but not least, belajar untuk pamer emosi... erm.. ye ker.. ntah lah... no komen

Nah.. itulah ulasan aku mengenai sifat2 orang bulan Februari. Banyak nampaknyer yg tak kena pada aku, ade yang kene sipi2, ade yang kene tepat kat batang idung aku. Terpulanglah pada diri sendiri nak terima atau tak. Nak percaya... tepuk dada tanya iman..

p/s : Terima kasih pada pijal kerana share bende ni dengan kami.


Love...

21 July 2009

Posting No. 124 : Ciri-Ciri Orang Yang Dilahirkan Dalam Bulan Febuari

Berikut adalah ciri-ciri orang yang dilahirkan dalam bulan Feburari. Aku dilahirkan pada 25 Febuari beberapa tahun yang lepas, oleh yang demikian, layaklah aku membuat ulasan ciri-ciri berikut yang khabarnya telah dikaji dan diselidik oleh Dr. Fadzilah Kamsah. Tak diceritakan pulak bagaimana methodologi kajian yang dilakukan oleh beliau, dan tak diceritakan juga berapa ramai sampel populasi yang diambil untuk membuat kesimpulan kepada kajian beliau. Walau bagaimana pun kita terima sajalah penemuan beliau kerana beliau memang mempunyai kepakaran dalam bidang ini. Percaya atau tidak, terletak pada budi bicara anda.

  • Berfikiran abstrak
  • Suka benda yg reality dan abstrak
  • Intelligent, bijak dan genius
  • Berpersonaliti yg mudah berubah
  • Mudah menawan org lain
  • Agak pemalu, pendiam dan rendah diri
  • Jujur dan setia pada segalanya
  • Keras hati utk capai matlamat
  • Tidak suka dikongkong
  • Mudah memberontak apabila dikongkong
  • Suka kegiatan lasak
  • Emosi mudah terluka dan sgt sensitive
  • Mudah mempamerkan marahnya
  • Tidak suka benda yg remeh temeh
  • Suka berkawan tapi kurang pamerkannya
  • Sgt berani dan suka memberontak
  • Bercita2 tinggi dan suka berangan
  • Ada harapan untuk merealisasikan impiannya
  • Pemerhatian yg tajam
  • Suka hiburan dan sukan
  • Suka benda yg bersifat seni
  • Sgt romantic pd dalaman tapi tidak pd luaran
  • Berkecenderungan pd benda yg tahyul
  • Agak mudah dan boleh jadi terlalu boros
  • Belajar utk pamer emosi

Macam mana aku nak mulakan? Tiba2 tak reti plak nak menyusun kata2. Mula2 kita mulakan dengan keupayaan akal pikiran dan otak. Berfikiran abstrak, suka benda yg reality dan abstrak, intelligent, bijak dan genius. Sebenarnya aku tak tau aper bendenya abstrak tu. Yang aku tau kalau lukisan abstrak, lukisan yang ntahape2ntah tapi mempunyai maksud yang tersembunyi. Hanya orang2 yang berfikiran abstrak saja yang memahaminya. Oleh kerana aku tidak pandai untuk memberikan intepretasi kepada sesebuah lukisan abstrak, maka fikiran aku tidaklah seabstrak yang dikatakan. Aku tak pernah mengatakkan bahawa aku ni bijak dan genius, tapi aku akan menggunakan akal fikiran yang dikurniakan untuk berfikir, untuk melakukan sesuatu, untuk membuat keputusan, dalam apa jua aktiviti yang aku lakukan setiap hari. Ade jugak yang mengatakan aku pandai (bukan nak eksyen, tp benar), tapi bagi aku, semua orang adalah pandai, kepandaian itu terletak pada usaha diri sendiri untuk membentuk kepandaian fikiran mereka. Klu ada orang yang dilahirkan pandai dan ade orang yang dilahirkan bodoh, maka Allah telah berlaku tidak adil kepada manusia. Setiap kejadian Allah ade hikmah disebaliknya yang masih belum terungkai oleh manusia.

Mari kita lihat yang berikutnya, berpersonaliti yg mudah berubah, mudah menawan org lain, agak pemalu, pendiam dan rendah diri, jujur dan setia pada segalanya. Apa yang dimaksudkan dengan berpersonaliti yang mudah berubah? Adakah seseorang itu boleh berubah2 perwatakkannya, sekejap jadi org itu dan kemudian menjadi orang laen plak, siang jadi lelaki malam jadi perempuan? Uish... aku tidak begitu. Aku adalah aku, buat aper nak jadi orang laen. Personaliti aku tetap macam ni walau ke mana aku pergi. Mudah menawan orang lain, wow... alangkah indahnya kalau ini adalah benar. Kalaulah benar, masakan aku masih membujang sehingga sekarang? Sila jawab.... hahah.. Pemalu, pendiam dan rendah diri... this is sooo true... i ni pemalu you... Jujur dan setia, wah.. berat ni, masih belum berpunya... no komen.. hahah..

Ok.. next, keras hati utk capai matlamat, tidak suka dikongkong, mudah memberontak apabila dikongkong. Keras hati untuk mencapai matlamat, erm... aku ni berangan je lebih, pastu hangat2 tahi ayam dan cepat bosan, bile matlamat macam dah nak gagal untuk dicapai, aku akan quit sebelum ia menjadi lebih buruk dan memeranakan diri sendiri. Tidak suka dikongkong dan akan memberontak bila dikongkong. Tell me my friends, sape yg suka dikongkong??


Berikutnya, suka kegiatan lasak, emosi mudah terluka dan sgt sensitive, mudah mempamerkan marahnya, tidak suka benda yg remeh temeh. Suka kegiatan yang lasak, aku mmg suka akan aktiviti yang lasak, cuma aku takde peluang untuk experience semua tu. Setakat hiking, jungle tracking, abseiling, flying foxing, kayaking tu pernah le aku buat, but i want more than that. Emosi mudah terluka dan sangat sensitif, erm... ye ker? Macam tak jer. Setakat tersentuh hati tu ada lah, tapi mostly klu aku tersentuh hati aku diamkan jer, tenangkan diri, tenteramkan jiwa. Lama kelamaan benda tu akan pergi jua. Mudah mempamerkan marahnya, ramai orang especially officemate aku kata, aku panas baran, tapi aku rasa tak. Aku tak nafikan yang aku pernah marah2 kat opis, tapi itu biasa lah, klu takde sebab, takkan aku nak marah2. Tapi, selalunya, kalu aku marah, aku lebih suka berdiam diri. Kawal kemarahan itu, buat sesuatu yang boleh menenangkan jiwa. Bila dah cool, aku akan menjadi seperti sedia kala. Tidak suka benda yang remeh temeh, argh... bende ni menyusahkan jer. Kalau kat opis, semua bende ni merupakan kerenah birokrasi yang menyusahkan keadaan jer. Takyah pikir bende2 ni semua.

bersambung.... (dah penat)



Love...

20 July 2009

Posting No. 123 : Road Block Oleh Pak Guard

Hari ni aku pi kerje macam biasa. Aku lalu ikut Damansara Gate. Masuk2 jer gate tu aku nampak ade 3 orang pak guard sedang bertugas. Wow.. ramainya pak guard pagi ni, mesti ade ape2 ni. Selalunya sorang jer yg bertugas kat pintu masuk tuh. Macam biasa ler, aku masuk jer tanpa menengur ker mengangkat tangan ke senyum ke pada pak guard tersebut.

Sampai kat simpang masuk ke Palapes, aku nampak pak guard wat road-block plak. Isk3... mesti nak check sticker ni. Hampeh... Pak guard tu tahan aku. "Sticker dah ambil ke belom?", tanya pak guard india tu, orang lama, takde pon kekasaran dan tutur bahasanya. "Saya dah amik, tapi tak tampal lagi", jawab aku, memang aku dah amik pon, ade dekat atas meja di opis. Asik terlupe jer nak menampal nyer. "OK, nanti tampal, klu esok takde, kami tak kasi masuk", tegur pak guard tu. "OK2... time kasih", jawab aku ringkas seraya memecut kapcai aku ke opis.

Khabarnya kat KL Gate ngan PJ Gate sampai jem ke luar pasal pak guard wat road-block check sticker. Ade gak lah yg dtg lambat ke opis pagi ni. Sib baek damansara tak jem langsung. Masa aku kene tahan cume ade 1 kereta ngan 1 moto jer.

Tahun lepas pon aku kene tegor gak, sticker dah amik tp tak tampal. Masa tu takde le wat2 road-block ni, just pak guard tegor aku kat pintu masuk jer.


Haha...

18 July 2009

Posting No. 122 : New Divide By Linkin Park




Mari berhibur. Kali ni aku persembahkan sebuah lagu berjudul New Divide yang dinyanyikan oleh kumpulan Linkin Park. Lagu ni adalah Original Soundtrack untuk filem Transformers 2 : Revenge of The Fallen yang mana aku telah tonton sebanyak 2 kali pada awal bulan ini.


Linkin Park merupakan band favorite aku. Aku suke band ni sejak album mereka Hybrid Theory dengan lagu2 seperti In The End dan One Step Closer. Aku siap beli cd original lagi. Belillah yang original. Pastu album seterusnya yang berjudul Reanimation, aku suka gak lagu2 dalam albun ni, tapi sayangnya aku tak beli plak cd dia. Then keluar plak album Meteora dan lagu favorite aku dalam album ni Somewhere I Belong, beli cd ori gak. Walaupon mahal, tapi aku beli gak, peminat lah katekan. Tapi album berikutnya iaitu Minutes To Midnight, bagi aku tak berapa best, tak tau lah kenapa, tak berapa layan plak lagu2 dia dalam album ni, walaupon ade lagu yang meletup dari album ni, What I've Done.

Setakat tu jer album mereka yang aku ada. Tak sure plak klu ade album lain lepas tu, since aku pon dah tak seghairah dulu mengikuti perkembangan mereka.


Joe Hahn, Mike Shinoda, Dave Farrel, Chester Bennington, Brad Delson, Rob Bourdon


Love...

16 July 2009

Posting No. 121 : When There Is No One Around To Talk With

Jika anda berasa bosan dan tiada siapa yang hendak diajak berbual... klik

Nescaya anda tidak berasa bosan lagi. Hahaha...


Love...

15 July 2009

Posting No. 120 : Apalah Nasibku, Hari Ini Aku Dituduh Lagi

Beginilah nasib, diriku yang malang... oh tuhan. Tak pernah bersenang lenang...

Hari ni aku dituduh lagi, aper lah malang nasib aku. Dituduh oleh orang yang sama. Tak guna punya boss. Hari ni dia tuduh aku dah hilangkan satu borang penilaian kakitangan walaupon aku tak pernah tengok pon borang tu. Dan aku tak ingat pon aku dapat borang tu. Dia kata dia ade letak atas meja aku. Kalau dia dah letak atas meja aku, aku tau le borang tu penting dan aku mesti buat dan2 tu jugak. Aku ni bukan nyer bodoh sangat nak sorok2 borang tu. What for?? Aku dah lama buat keje ni berbanding ko. Borang tu mesti ade dengan dia pastu dia letak entah mana, pastu nak selamatkan diri dia, dia kata dia dah bagi aku. Sial betul kap lam ya nga ni.

Pastu, untuk menunjukkan bahawa dia seorang boss yang prihatin, dia sendiri pergi ke Bahagian Sumber Manusia mintak borang yang baru. Konon2 dia tak bersalah lah tu, dasar kap lam ya nga. Semua orang pon dah tau perangai ko. Dah... pasni aku malas nak buat baek kat kap lam ya nga sekor ni. Mampus le ko masuk neraka. Kalau lagi sekali dia tuduh aku, takde nye aku nak berdiam diri, ade yg silap2 aku tengking ko depan org ramai.

Ni ade cerita lain plak. Ade la pulak sorang staf yang sengal, tiba2 dia bising pasal ade satu surat edaran pasal kuasa melulus borang urusan keluar pejabat. Aku dah tau yang dia bising pasal ni pagi2 sebelum aku datang kerja, ade sorang staf laen yg bagi tau aku. Tiba2 petang tadi dia bising lagi, kali ni dia bertekak ngan boss kap lam ya nga aku tuh. Dia marah2 sebab dia tak dimaklumkan pasal surat edaran tuh. Pastu si boss kap lam ya nga ni sesedap rasa tunjuk2 aku plak, nak selamatkan diri dia lagi. Aku dengan lancang terus berkata, 'saya dah letak dalam fail edaran, sila baca!!', dan aku terus keluar dari opis. Pastu staf yang sengal tadi bising2 lagi kata dia sibuk sampai tak sempat baca edaran. Itu ko punye pasal, ko nyer masalah jangan ko nak menyusahkan orang lain pulak. Aku ade dengar gak yang dia cakap kat boss kap la ya nga tu, dia suruh si boss tu bgtau dia kalau ade aper2 bende penting. Hallooo.... ko tu saper, sedar lah diri sikit. Yang demand lebih2 kat boss tu wat per....

Isk... masalah betul orang kat opis aku ni. Bengang betul aku. Nasib baiklah hari ni mood aku baik dan aku cool jer menghadapi segala masalah. Klu aku bad mood hari ni, siap lah.... aku ni bad temper gak, ramai org cakap aku bad temper, tp aku rasa aku tak.... haha..


Luahan hati...

13 July 2009

Posting No. 119 : Happy First Anniversary

**Happy 1st Anniversary**

Esok, 14 Julai 2009 merupakan ulang tahun blog aku yang pertama. Tak terasa pon, setahun sudah masa berlalu. Tak sedar pon diri ini semakin dimamah waktu. Pada awalnya, tujuan aku membuka blog ini hanya untuk mengisi masa terluang, untuk menemani diri yang kebosanan. Lama kelamaan aku mula menulis apa yang aku lalui setiap hari. Apa yang berlaku pada aku dan sekeliling aku. Setiap hari aku mencari isi untuk dituliskan, setiap hari aku mencari fakta untuk diterbitkan, setiap hari aku mencari gambar untuk ditatapkan, setiap hari aku mencari lagu untuk menghiburkan. Untuk siapakah semua ini? Hanya untuk aku. Kerana aku menulis untuk diri sendiri.

Terima kasih kepada teman2 yang sudi berkunjung ke blog aku yang tak seberapa ini. Kunjungan anda semua membuat aku bahagia.


Salam sayang...

Posting No. 118 : Deep Scaling

Hari ni aku cuti. Cuti daripada datang opis, takyah keje, syok nyer dok rumah. Aku akan bercuti selama 2 hari, hari ini dan esok. Dah lama rasanya aku tak amik cuti, setakat ni, termasuk hari ni dan esok, baru empat hari aku apply annual leave. Ade banyak lagi baki cuti yang perlu dihabiskan.

Pagi tadi aku pergi ke dentist, nak wat rawatan gigi dan apa2 yang patut. Dah lama tak pi dentist, pi pon klu gigi sakit jer, klu tak jgn harap nak pi. Kenapa lah orang takut nak pi jumpe dentist berbanding jumpe doktor? Tak paham aku, hahah...

Tujuan utama aku pi nak tampal gigi ngan nak wat scaling dan klu bole nak buat whitening. Check punya check doktor tu kata, gigi yg aku cakap berlubang tu sebenarnye bukan lubang, tapi kaviti yang dah bermastautin kat situ sekian lama. Lor.. aku igtkan lubang. Pastu doktor tu kata aku kene buat deep scaling instead of scaling biasa jer pasal gusi aku dah bengkak. Dia pon cerita lah pasal scaling2 ni yg mostly aku tak paham pon aper yg dia cakap tuh. Pastu dia cakap le yg kos dia dalam rm800 - rm900. Pergh... mahal nyer, tp aku takde la tunjuk yg aku ni surprise. Tp yang aku suka kat doktor ni dia mesti cakap, 'kita ade alternative laen'. Pastu dia cerita lah pasal alternatif laen tu, ade yang rm300 ade yang rm180. Tp yang rm180 tu tanpa bius, mak oii... mau terkencing aku nnt menahan sakit. Aku pon setujulah yang rm300 tu. Mmg tak rasa ape2 pon cume sakit sikit masa nak inject bius jer. Sampai sekarang mulut aku kebas, terasa tebal jer bibir aku, dah rasa macam bibir nigger plak.

Aku tak sempat nak tanya doktor tu pasal whitening, pasal aku cakap pon dan macam org cacat, org cacat pon tak cakap macam ni... hahha. Next time lah maybe, lagipon aku ade appointment hari ahad nnt...


Muahs...

11 July 2009

Posting No. 117 : Jom Makan!!..

The appertizer



The Main Course

The Dessert

Masa kamera aku masih ok (sekarang dan rosak), aku suka amik gambar2 makanan. Sebelum makan, mesti amik gambar makanan dan gambar orang yang sedang makan tu. Ramai yang marah klu aku amik gambar mereka tengah makan. Sekarang kamera kesayangan aku tu dah rosak. Penah hantar satu kedai kat Selayang Mall, tapi dia taknak buat, dia suruh aku tampal salotape. Bodoh nyer cina, klu aku nak pakai salotape tu, takde le aku hantar kat kedai ko. Aper2 pon, hari selasa depan nak cube tanya kedai kat Mid Valley, tempat aku beli kamera tu. Klu dia taknak buat jugak, nampak nyer terpaksa aku beli kamera baru.


Love,

10 July 2009

Posting No. 116 : Once Upon A Time In May 1985

Ni gambar aku masa darjah 3. Bersekolah di SRK (1) Batu Empat Jalan Ipoh. Guru kelas masa tu Cikgu Ghazali Katun, tinggi lampai orangnya, apa khabar agaknya Cikgu Ghazali. Pengenalan kepada kawan2 aku yang lain, yang pompuan dari depan - Siti Mariam, Fazlin, Linda, Hazleen dan Marliza. Yang lelaki, dari depan - Yusmirizal, Saiful, Abdal, Anazim dan yg paling cute di belakang sekali ada aku. Yang terasing dari group tu aku rasa nama dia Hanif. Usah ditanya siapakan pelajar lelaki yang sedang menuruni tangga di luar sana, aku tak kenal.

Disebabkan posting aku yang bertajuk 56th ENTRY pada bulan Febuari 2009, aku dapat 3 respon dari kawan2 lama aku di sekolah yang sama. Start dari situ, aku telah memulakan satu group dekat facebook (atas desakan si Zainal) dalam usaha kami untuk mengumpul seberapa ramai kawan2 sekolah rendah especially budak2 kelas 6 Kenanga. So far, kami telah berjaya mengumpul seramai 14 orang kawan2 lama. Seronok bila dapat kumpulkan balik kawan2, macam cerita ada tapi yang best bila bercakap pasal zaman budak2 dulu. Banyak memori lama yang dapat dikongsi bersama. Seronok rasanya...

Thank to Zainal pasal dia lah yang banyak menjemput kawan2 lama join group. Thanks to Abdal pasal uploadkan gambar di atas. Thanks to all friends pasal join group kami yang tak seberapa ni. Niat kami nak menjalinkan kembali hubungan yang telah lama terputus. 21 tahun, satu jangka masa yang sangat panjang.


Salam Sayang...


*** Gambar diambil dari 4th Miles Alumni : The SRK (1) Batu Empat Old Students Facebook Group

08 July 2009

Posting No. 115 : Akhirnya Aku Dituduh..

Hari ni aku dilempar dengan tuduhan. Ntah apa lah yang aku kata smpi dia tiba2 menuding jari kepada aku, mempersalahkan aku. Aku tak ingat apa yang aku dah bagitahu, oleh itu aku tak boleh nak cakap apa2. Dah dia bertanya kepada aku, jadi aku beritahulah mengikut apa yang aku tahu. Dan dia sepatutnya menyemak dahulu apa2 yang patut untuk mendapatkan kepastian. Sebaliknya, dia menerima bulat2 kata aku dan bila benda tu dah salah, dia bulat2 salahkan aku.

Aku tak suka pada kontroversi, jadi pagi tadi aku diamkan jer. Tak nak aku membela diri aku di depan dia. Biarlah dia ingat dia yang betul, dia sorang jer yang betul. Bagi aku bende ni small matter, tak sampai ke mana pon masalahnya, so yang dia nak bising sangat apasal? Saja jer nak menyebarkan kesalahan aku dan mewar-warkan kepada dunia yang dia yang discover kesalahan aku.

Perlukan aku berkata yang aku 'tak tahu' setiap kali dia bertanya, untuk menyelamatkan diri sendiri dari dilemparkan tuduhan seperti ini lagi? Kalau inilah yang aku lakukan, kelak ia boleh menjatuhkan kredibiliti aku sebagai seorang yang berjawatan di opis aku. So far, mmg akulah tempat rujuk oleh teman2 sepejabat, termasuklah pegawai2 di sini. Mereka beranggapan aku tahu segalanya dan mereka enggan menerima sekiranya aku berkata 'tidak' atau 'tak tau'. Susah jadi 'professor serba tahu' ni hatta perkara sekecil2 'macam mana nak save document' pon nak tanya aku.

Aku kecewa, bila ade pihak yang mengetahui perkara itu salah hanya berdiam diri untuk kepentingan peribadi. Biarlah aku tanggung semuanya.


Aku Kecewa...

07 July 2009

Posting No. 114 : Aku Dah Cakap Dah

Mari kite rujuk kembali posting aku yang bernombor 106 bulan lepas. Memang betul aper yang aku katakan, maklumkan aku bercakap melalui 7 tahun pengalaman aku melakukan kerja2 ni. Auditor ni memang kencing kuat, cakap tak bole pakai, lidah bercabang, mulut manis tapi.... tak tau aper aku nak maki lagi. Depan kite bukan main baik berbicara, tapi belakang kite, nah.. amik ko!!

Semalam boss aku pegi majlis penutupan audit, masa ni lah dia akan present tentang penemuan audit mereka. Balik2 jer si boss ni bagitau aku yang kita telah menerima lebih kurang 5-6 NC (ketakakuran). I am not surprised, sebab aku dah menjangkakan perkara ni. Tapi yang aku tak jangka adalah jumlah NC tu, aku bajet2 dapat le 2 atau 3, tengok2 dapat 5-6. Ni yg aku cakap auditor ni tak boleh percaya, kencing tak basuh dan sebagainya. Aku masih ingat yang aku tanya auditor tu tentang penemuan dia masa dia mengaudit tempat aku dan dia cakap dari bahagian dia tak ade ape2. Tengok2 dapat 5-6 NC dan semuanya adalah sumbangan auditor perempuan ni yang cakap tak ada ape2 tu. What the fuck.. berterus terang je lah, cakap jer ler 'saya rasa ada beberapa bahagian yang tidak mematuhi keperluan standard', susah ke nak cakap camtu. Itu pon aku nak ajar, biar aku je lah jadi auditor klu camtu.

Stop!!! Tak mo cakap ape2 dah....


Sincerely Yours,