07 February 2009

56th ENTRY

Tiba-tiba tekenangkan kawan-kawan lama. Kawan-kawan masa sekolah dulu, especially kawan-kawan masa bersekolah kat Sekolah Rendah Kebangsaan (1) Batu Empat, Jalan Ipoh, KL class of 1988. Lost contact habis dengan member-member dulu, rindu rasanya nak jumpe mereka semula. Lepas habis darjah 6, aku dah tak contact mereka lagi, since aku berpindah sekolah kat tempat lain. Contact number pon dah entah ke mane ntah aku letak, klu ade pon, nombor mungkin dah bertukar. Dulu nombor telefon masih lagi 6 angka, pastu tukar ke 7 angka, sekarang dah 8 angka. Dulu maner ade internet2 ni, internet ngan komputer pon tak tau ape bende. Handphone, ape benda tuh? Yang kenal masa tu public phone jer, yang booth dia kaler oren tuh, masuk seposen cakap 3 minit.

Member-member kelas masih ramai yang aku boleh ingat nama. Masa tu nama kelas, Kelas 6 K (6 Kenanga), guru kelas Puan Zuraida.

Member-member yang aku ingat lagi;
  1. Saiful (nama lama dia Saiful Rizal pastu tukar ke Saifullah, best friend aku). Cerita yang aku dengar tentang dia, lepas darjah 6, dia masuk sekolah agama berasrama dan dia further study kat UK.
  2. Anazim, best friend aku juga, last i known dia tinggal kat Selayang. Lepas darjah 6, dia masuk sekolah berasrama kat Ipoh, pastu entah macam mana, dia berpindah masuk sekolah aku kat SM Selayang Baru. After form 3, dia masuk MRSM kot.
  3. Eddie Amir, rakan sebelah meja aku, last known tinggal kat Selayang Jaya. Pernah terserempak ngan dia sekali (tak ingat bila, tp dah lama lah) kat Selayang Mall, masa tu dia kerja cashier. Ada Diploma Air Traffic Control, UTM. Masa tu dia tengah cari kerja, cashier tu sementara jer.
  4. Nahrin 'The Werewolf' Nizam dan Ng Ping Leong, dua budak ni duduk depan aku. Tak tahu le aper khabar diaorang ni. Si Nahrin tu dengar khabar nya, ade business sendiri.
  5. Karen Koh Ka Wai ngan ada sorang budak perempuan melayu, nama aku tak ingat, Nor something. Dua2 duduk meja belakang aku.
  6. Siti Mariam, comel jer dia dulu. Sekarang tak tau lah camner rupe dia. Dari cerita yang aku dengar, dia ni pon further study kat UK.
  7. Zainal, aku pernah terserempak dengan dia dulu kat Kotaraya (dah lama dah), dia lah yang cerita pasal kawan-kawan yang berjaya further study kat UK since dia pon kat UK.
  8. Awaluddin, satu sekolah menengah dengan aku, but since kami tak pernah sekelas, maka kami buat urusan masing2.
  9. Hazleen, pernah digossipkan dengan aku oleh Cikgu Seelan!! Aper kabar agaknya Cikgu Seelan? Masih aktif berlumbe rally ker?
  10. Sharis Haiza a.k.a Ceti, last aku tau dia kat Kedah sekarang.
  11. Beberapa nama yang aku boleh sebut, Fazlin Diana, Murni, Norjuliana (awek Saiful), Yusni, Abdal, Azrool, Tahir, Fong Pui Si, Ng Bun Ngi, sorang budak cina yang suka korek hidung dan aku tak ingat lagi saper. It's been 20 years since i left 6K.
Petang ni aku try cari dalam internet, mana lah tau kalau ada. Dan aku jumpa sorang jer, itu pon aku tak sure samada betul atau tak. Nama dah sama, and aku hanya tulis message jer kat dia. Tengok lah sama ada dia balas atau tak.

Kepada sesiapa yang macam-macam tahu jer aper yang aku tulis ni dan accidently terbaca entry ni, sila-silalah tinggalkan message. Just nak kumpulkan semula kawan-kawan lama.

7 comments:

  1. ntah kenapa pg ni aku terasa nak search nama sendiri kat google dan terkejut ada org mentioned nama aku dlml blog!
    aku ni ada masalah nak ingat memori silam so dulu kita ni sekelas ye?

    ReplyDelete
  2. nama ko yg mana satu, at least klu aku tau nama bole gak aku discribe ape2 yang patut...

    ReplyDelete
  3. Ceti in the houz.....

    A'kum. Tiba2 ternampak my name appear in your blog. Apa habaq?

    ReplyDelete
  4. I know & still remember you..... Your full name _af__an bin Afzan. the moment I read your "Gossip" with Hazleen belon, I dah tau, It's you.... my friend, long lost friend......

    ReplyDelete
  5. wsalam ceti... nampaknyer tak sia2 aku wat posting ni, skrg ni dah dapat kumpul 3 org kawan lama...

    anyway... aku igt ko, masakan aku boleh lupe pada ceti kelas 6k.. hahah..

    btw.. klu ko ade facebook, add aku afeezz@yahoo.com

    ReplyDelete
  6. tapi camne ko ingat fullname aku yek?

    ReplyDelete
  7. Anyway aku dah add ko dalam ym aku.

    ReplyDelete