Selamat Datang

Selamat datang ke laman blog saya. Tiada apa yang menarik di sini. Saya hanya menulis mengenai saya. Saya hanya menulis mengenai persekitaran saya. Saya hanya menulis tentang kehidupan saya. Jika anda minat cerita-cerita politik, maaf, saya tidak suka kepada politik dan saya tidak akan menulis mengenai politik. Jika anda peminat dunia hiburan, maaf, saya tidak suka dunia hiburan dan gosip-gosip artis dan saya tidak akan menulis mengenai dunia hiburan dan gosip-gosip artis. Apa yang saya tulis adalah mengikut kehendak akal dan hati dan tangan saya sahaja. Jika anda berminat, sila teruskan membaca posting-posting di dalam blog ini, jika tidak, anda bolehlah melayari laman-lama blog lain yang bersepah di alam siber ini.

Sekian, terima kasih.

23 November 2014

716 : Ambil Iktibar Atas Apa Yang Telah Berlaku (Episod 4)

Dua Jumaat lepas aku menerima pesanan ringkas melalui Whatapps dari anak buah aku yang tinggal di rumah, 'Pakcik ~~~ rumah masuk air. Hujan lebat. Habis banjir'. Terkejut jugak aku pada mulanya. Seumur hidup aku tinggal di rumah itu, tidak sekali pon pernah berlaku kejadian banjir walau selebat mana pon hujan. Aku terus bertanya lagi untuk mendapatkan kisah sebenar mengenai kejadian itu. Tepat pukul 5.00 petang hari itu, aku bergegas pulang ke rumah. Malangnya aku terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas disebabkan jalan yang ditutup akibat pokok tumbang. Aku berpatah balik dan terpaksa mencari jalan alternatif lain untuk sampai ke rumah secepat mungkin. Aku sampai di rumah kira-kira pukul 7.00 malam, lewat 1 jam dari biasa.

Damage analysis melalui pemerhatian aku lakukan. Keseluruhan rumah dimasuki air kecuali bilik belakang dan bilik aku yang terletak di ruang hadapan rumah. Disebabkan rumah aku diliputi dengan lebih kurang 75% karpet, maka semua karpet dan permaidani telah basah dan menakung air. Tiada ape yang dapat kami lakukan melainkan cuba mengeringkan air-air yang bertakung di dalam rumah. 

Punca kejadian dikenalpasti. Disebabkan lokasi rumah aku agak rendah di kawasan itu, hujan yang extra lebat petang itu telah menyebabkan longkang-longkang kawasan sekitar itu tidak dapat menampung kuantiti air yang banyak. Masalah longkang tersumbat juga boleh menyumbang kepada kejadian ini. Disebabkan ini, air yang banyak itu juga cuba mencari alternatif lain untuk mengalir dan ia telah mengalir dari belakang rumah dan terus masuk ke rumah melalui dua pintu tanpa disedari. Apabila disedari, ia sudah pon terlewat. 

Keesokan harinya, kami berkumpul adik-beradik bergotong-royong membersihkan rumah. Karpet di bahagian ruang tamu terpaksa dibuang. Isnin lepas kami telah memanggil perkhidmatan pembersihan untuk membersihkan karpet di dalam rumah dan tiga helai permaidani. Walaupon telah dibersihkan, tiga helai permaidani itu masih berbau kurang enak.

Gambar-gambar pada hari kejadian dan sehari selepasnya.


#SalamSayang


02 November 2014

715 : Butuh Lebih Sering Liburan (Episod 5)


Alhamdulillah.. kebutuhan aku untuk berlibur dapat juga dipenuhi, walau pon tak seberapa. Yang penting dapat merehatkan diri dan minda dari tugas-tugas harian yang kadang-kadang amat membebankan. 

#SalamSayang

25 October 2014

714 : Butuh Lebih Sering Liburan (Episod 4)

Tahun ni tak dapat bercuti ke mana-mana tempat yang best. Hasrat untuk berlibur ke Vietnam atau Cambodia masih lagi terpendam yang entah bila akan dapat terlaksana. Kini satu lagi tempat yang telah masuk ke dalam senarai hati aku sebagai tempat yang ingin aku lawati, Surabaya dan Gunung Bromo di Indonesia. InsyaAllah, tahun depan, tak pon tahun berikutnya.. Hehehe...

Tahun ini cuma bercuti-cuti Malaysia sahaja. Dimulain dengan aktiviti berkhemah di Sungai Chiling, Kuala Kubu Baru pada akhir bulan Jun lepas, diikuti pula dengan aktiviti berkhemah sekali lagi di Sungai Lepoh, daerah Hulu Langat pada akhir bulan Ogos dan kemudian program Kenduri Kahwin cum jalan-jalan ke Kedah pada bulan September lepas. Masih tidak cukup rasanya KPI percutian aku pada tahun ini. Hehehe...

InsyaAllah jika tiada aral melintang di mana-mana, akan bercuti di Pulau Pinang pada bulan November nanti. Untuk tahun depan pula, telah dirancang percutian ke Pulau Langkawi pula.


#SalamSayang

17 October 2014

713 : Lawatan Ke Klinik Pergigian

Dah lama rasanya tak cabut gigi. Seingat-ingat aku, last cabut gigi masa sekolah rendah, darjah enam. Lepas tu, tak pernah pergi klinik gigi untuk cabut gigi. Kalau ada pon, untuk tampal dan buat scaling sahaja. 

Nak dijadikan cerita, masa bulan puasa lepas, punya lah pulun makan karipap masa berbuka puasa, aku tergigit bahagian keras pada karipap itu dan membuatkan tampalan gigi aku tercabut. Melihatkan tak berapa serius, dan tak rasa sakit, aku menangguhkan langkah kaki aku ke klinik gigi. 

Setelah beberapa lama, kerosakan pada gigi aku tu menjadi bertambah serius walaupon tidak aku merasa sakit. Gigi itu telah bergoyang, yang aku agak, ia telah patah pada bahagian akarnya. Nak tak nak, semalam aku gagahi juga ke klinik gigi. Melihat keadaan gigi aku itu, doktor gigi mengesahkan bahawa gigi itu telah rosak dan menyebabkan ia patah di bahagian dalam. Hanya gusi saja yang memegang gigi itu. Gigi itu tidak dapat diselamatkan lagi kerana aku tidak mendapatkan rawatan awal. Doktor kemudiannya menerangkan prosedur yang akan dilakukan. Beliau akan melakukan pembedahan disebelah kiri dan kanan serta depan gigi tersebut. Dari situ beliau akan cuba mencabutnya, jika gagal beliau akan membedah lebih dalam lagi. Bla.. bla.. bla.. (panjang lagi penerangannya). Macam kompleks jer prosedur yang akan dijalankan itu. Aku siap tanya lagi, "sakit tak doktor?"

Mendengarkan penjelasan itu, aku merasa sedikit cuak dan serah diri saja kepada kepakaran doktor itu. Lebih mencuakkan aku bila doktor tu suruh aku membaca bismillah dan bersalawat tiga kali. Gusi aku dibius. Sakit terasa semasa beliau mencucuk bius itu. Dalam 5 minit kemudian, bila mulut aku terasa kebas, doktor itu memulakan prosedurnya. Aku dapat rasa beliau, cungkil sebelah kiri, kemudian kanan kemudian ntah aper yang beliau buat lagi. Kemudian beliau suruh aku berkumur dan meletakkan gauze di dalam mulut aku. "OK.. dah siap", jelas doktor itu. Aku terkejut, "aiik... dah siap ke?" Doktor itu kemudian menunjukkan aku gigi yang telah dicabutnya itu. Katanya, takda masalah dalam prosedur mencabut itu, pasal tu lah cepat jer.

Sebelum pulang, aku diberi MC selama 2 hari, semalam dan hari ini. Tapi rugilah, sebab semalam aku dah bekerja setengah hari. Kalau tau, aku datang hari rabu. Hehehe ...

#SalamSayang

12 October 2014

712 : Untuk Jamuan Mata Sahaja (Episod Dua)


Untuk jamuan mata sahaja. Jemput makan semua. Bismillah...

  1. Nyonya Fried Noodles - Food Court Mid Valley
  2. Chicken Bulgogi (bukan nama sebenar) - Dubu Dubu Restaurant
  3. Grilled Chicken With Cheese - Bandar Baru Selayang (nama kedai tak tau)
  4. Choc Galore Waffle - Waffles Stop, Alamanda
  5. Prawn Curry Noodles - Rasa Utara Restaurant
  6. Cheesy Special Chicken Burger - Bandar Baru Selayang (nama kedai tak tau)
  7. ABC Special - Kedai Ali Manap, Pantai Merdeka, Kedah
  8. Tuna Cheese Toast - Old Town White Coffee Restaurant


#SalamSayang