1058 : Jodoh Tidak Berpanjangan, Berpisah Jua Akhirnya (Episod 2)

Assalamualaikum...

Dalam bulan Oktober 2026 ini, dua perpisahan yang tidak dapat dielakkan telah berlaku pada aku. Pertama dulu dan telah aku ceritakan mengenai motorsikal kesayangan aku yang telah aku jual kepada kakak aku. Kedua, satu-satunya kereta aku juga telah bertukar tangan walaupon masih tidak bertukar hak milik. Kereta itu juga telah bertukar tangan kepada kakak aku juga. Kali ini bukan aku jual tetapi hanya memberikan kepada kakak aku untuk digunakan memandangkan aku juga sudah tidak boleh memandu kereta.

Abang WoTonG di Kuala Kemaman, Terengganu

Kereta itu dari jenis Honda City telah aku beli pada Disember 2009. Keadaannya masih lagi elok walaupon sudah tua. Banyak kenangan manis dah pahit sepanjang kami bersama. Seluruh negeri di Semenanjung Malaysia telah dijejaki dan pernah juga dipandu sehingga ke Krabi, Thailand. 

Abang WoTonG di Kuala Kangsar, Perak

Abang WoTonG di Bukit Fraser

Sejak aku membeli motorsikal Yamaha LC 135 aku pada Julai 2023, aku sudah jarang menggunakan kereta aku itu yang aku beri nama Abang WoTonG. Dan Abang WoTonG terus ditinggalkan semasa aku jatuh sakit sehingga ia tidak dapat dihidupkan lagi. Niat di hati memang ingin memberi kepada ahli keluarga lain yang mahu menggunakannya tetapi sehingga ke sudah tiada siapa yang sudi. Sedih juga melihat keadaannya sehingga ada juga terlintas di hati untuk menjualnya sahaja.

Abang WoTonG atas feri Pulau Pinang

Abang WoTonG di Pantai Merdeka, Kedah

Tiba-tiba pada suatu hari, kakak aku menghantar pesanan ringkas bertanyakan tentang kereta itu dan memohon kebenaran untuk menggunakannya. Aku bersetuju dan memaklumkan keadaan kereta itu di mana ia perlu diperbaiki dan bersetuju untuk berkongsi jumlah pembayarannya. Pada 4 Oktober 2026 percubaan untuk 'jump start' enjinnya berjaya, bermakna enjinnya masih baik cuma baterinya yang sudah kong. 

Abang WoTonG di Jeli, Kelantan

Keesokkann harinya kakak dan suaminya datang mengambil kereta itu dan dibawa untuk ditukar baterinya dan terus dibawa ke bengkel untuk pemeriksaan seterusnya. Dan sekarang ia telah mendapat tuan yang baru untuk memberikan khidmatnya selagi diperlukan. 

Gambar terakhir Abang WoTonG semasa percubaan 'jump-start'

You Might Also Like

10 comments

  1. Salam dari Bumi Portugal..la ingatkan berpisah dengan siapa..rasa sakit tau berpisah..apa kan daya kan , tak apa nak ambil yang lebih kuat 4 roda tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam bumi Portugal. Tiada niat di hati untuk ambil yang baru. Cukup la ia satu dan selamanya.

      Delete
  2. Takpelah... rezeki kakak ni... tak banyak yg nak di buat tu... nampak macam hanya bateri dan servis basic je tu... kereta nampak elok dijaga....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah masih ok keadaanya, sume perlu diperbaiki sedikit demi sedikit. Daripada tersadai sekurang2nya ada juga orang mengguna dan menjaga

      Delete
  3. Banyak juga jasa 'Abang WoTonG' ni ya, sampai ke Krabi pun sampai! Takpe, sekurang-kurangnya kereta ni dapat tuan baru dari kalangan ahli keluarga sendiri, jadi senang nak nampak khidmatnya bersambung lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak jasanya dari Johor sampai paling jauh ke Krabi. Kakak saya tu pon banyak tolong saya, jadi saya bagi je dia guna sekurang2nya dapat balas jasa baiknya

      Delete
  4. mujurlah kakak masih sudi mengambil alih penjagaan kereta H tu. Semoga ia gembira dgn tuan baharunya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoag dia dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik dari tuan lamanya

      Delete
  5. Afeezz, kalau masih service loan kereta baiklah ditukar hakmilik. Mmg kita sayang adik beradik kita, tapi ammi dah pernah kena bila kita tolong ahli keluarga tapi in the end kita sendiri susah sebab guna nama kita.

    ReplyDelete