1058 : Jodoh Tidak Berpanjangan, Berpisah Jua Akhirnya (Episod 2)
Assalamualaikum...
Dalam bulan Oktober 2026 ini, dua perpisahan yang tidak dapat dielakkan telah berlaku pada aku. Pertama dulu dan telah aku ceritakan mengenai motorsikal kesayangan aku yang telah aku jual kepada kakak aku. Kedua, satu-satunya kereta aku juga telah bertukar tangan walaupon masih tidak bertukar hak milik. Kereta itu juga telah bertukar tangan kepada kakak aku juga. Kali ini bukan aku jual tetapi hanya memberikan kepada kakak aku untuk digunakan memandangkan aku juga sudah tidak boleh memandu kereta.
Kereta itu dari jenis Honda City telah aku beli pada Disember 2009. Keadaannya masih lagi elok walaupon sudah tua. Banyak kenangan manis dah pahit sepanjang kami bersama. Seluruh negeri di Semenanjung Malaysia telah dijejaki dan pernah juga dipandu sehingga ke Krabi, Thailand.
Sejak aku membeli motorsikal Yamaha LC 135 aku pada Julai 2023, aku sudah jarang menggunakan kereta aku itu yang aku beri nama Abang WoTonG. Dan Abang WoTonG terus ditinggalkan semasa aku jatuh sakit sehingga ia tidak dapat dihidupkan lagi. Niat di hati memang ingin memberi kepada ahli keluarga lain yang mahu menggunakannya tetapi sehingga ke sudah tiada siapa yang sudi. Sedih juga melihat keadaannya sehingga ada juga terlintas di hati untuk menjualnya sahaja.
Tiba-tiba pada suatu hari, kakak aku menghantar pesanan ringkas bertanyakan tentang kereta itu dan memohon kebenaran untuk menggunakannya. Aku bersetuju dan memaklumkan keadaan kereta itu di mana ia perlu diperbaiki dan bersetuju untuk berkongsi jumlah pembayarannya. Pada 4 Oktober 2026 percubaan untuk 'jump start' enjinnya berjaya, bermakna enjinnya masih baik cuma baterinya yang sudah kong.
Keesokkann harinya kakak dan suaminya datang mengambil kereta itu dan dibawa untuk ditukar baterinya dan terus dibawa ke bengkel untuk pemeriksaan seterusnya. Dan sekarang ia telah mendapat tuan yang baru untuk memberikan khidmatnya selagi diperlukan.








10 comments
Salam dari Bumi Portugal..la ingatkan berpisah dengan siapa..rasa sakit tau berpisah..apa kan daya kan , tak apa nak ambil yang lebih kuat 4 roda tu..
ReplyDeleteSalam bumi Portugal. Tiada niat di hati untuk ambil yang baru. Cukup la ia satu dan selamanya.
DeleteTakpelah... rezeki kakak ni... tak banyak yg nak di buat tu... nampak macam hanya bateri dan servis basic je tu... kereta nampak elok dijaga....
ReplyDeleteAlhamdulillah masih ok keadaanya, sume perlu diperbaiki sedikit demi sedikit. Daripada tersadai sekurang2nya ada juga orang mengguna dan menjaga
DeleteBanyak juga jasa 'Abang WoTonG' ni ya, sampai ke Krabi pun sampai! Takpe, sekurang-kurangnya kereta ni dapat tuan baru dari kalangan ahli keluarga sendiri, jadi senang nak nampak khidmatnya bersambung lagi.
ReplyDeleteBanyak jasanya dari Johor sampai paling jauh ke Krabi. Kakak saya tu pon banyak tolong saya, jadi saya bagi je dia guna sekurang2nya dapat balas jasa baiknya
Deletemujurlah kakak masih sudi mengambil alih penjagaan kereta H tu. Semoga ia gembira dgn tuan baharunya..
ReplyDeletesemoag dia dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik dari tuan lamanya
DeleteAfeezz, kalau masih service loan kereta baiklah ditukar hakmilik. Mmg kita sayang adik beradik kita, tapi ammi dah pernah kena bila kita tolong ahli keluarga tapi in the end kita sendiri susah sebab guna nama kita.
ReplyDeletexpe kak, kereta tu dah lama habis bayar...
Delete