1053 : Catatan Perjalanan - Tbilisi, Georgia (Episod 8) : The Chronicle of Georgia dan Mtskheta the Old Capital
... Episod sebelumnya (Episod Akhir)
First of all, sebelum aku sambung cerita aku, aku ingin mengucapkan ucapan,
kepada semua rakyat Malaysia
____________________________________________________
Hari ketujuh dan kami telah kembali dari Armenia ke Georgia semula. Aktiviti untuk hari ini diteruskan. Kami telah bersetuju untuk menggunakan perkhidmatan seorang pemandu Bolt yang kami temui semasa kami mula-mula tiba di Tbilisi tempoh hari. Kami menggunakan perkhidmatan pemandu itu yang bernama Arasthun untuk menziarahi tempat-tempat menarik lain disekitar Tbilisi. Harga yang telah kami persetujui adalah sebanyak GEL200 dari pagi sehingga ke petang.
Arasthun tiba di hotel kediaman kami tepat pada waktu yang dijanjikan iaitu pada pukul 10.00 pagi. Destinasi pertama yang akan kami kunjungi adalah The Chronicle of Georgia. The Chronicle of Georgia terletak lebih kurang 15km dari hotel kediaman dan perjalanan memakan masa lebih kurang 45 minit.
The Chronicle of Georgia (საქართველოს მატიანე / Sakartvelos Mat'iane) juga dikenali sebagai History Memorial of Georgia. Telah dibina pada tahun 1985 oleh seorang pengukir berbangsa Georgia bernama Zurab Tsereteli dan terletak atas di Keeni Hill berhampiran Tbilisi Sea. Monumen ini dikatakan masih belum siap sepenuhnya. Terdiri dari 16 buah tiang setinggi 30 hingga 35 meter dan diperbuat dari tembaga. Monumen ini memaparkan figura raja-raja dan permaisuri serta wira-wira dan juga kisah-kisah dari kehidupan Jesus Christ.
Sebahagian besar monumen ini adalah berkaitan dengan agama Kristian dan St. Nino, seorang tokoh wanita yang menyebarkan Kristian di Georgia. Georgia telah dijadikan sebuah negara Krisitan pada tahun 337M apabila Raja Mirian III mengisytiharkan Kristian sebagai agama rasmi negara.
Setelah meluangkan masa yang agak lama di sana, kami bergerak menuju ke destinasi kami yang seterusnya iaitu bandar Mtskheta. Bandar ini terletak kira-kira 20km dari The Chronicle of Georgia dan memakan masa lebih kurang 30 minit untuk sampai.
Bandar Mtskheta (მცხეთა) terletak di pertemuan antara dua sungai iaitu Sungai Kura dan Sungai Aragvi. Menurut penemuan arkeologi, bandar ini dikatakan antara bandar tertua yang masih didiami oleh manusia di dunia sejak antara abad kedua sebelum masihi dan pertama masihi. Menurut The Georgian Chronicles (Himpunan utama teks sejarah Georgia dari Zaman Pertengahan) pula, Mtskheta telah diasaskan oleh Mtskhetos, anak kepada Kartlos (Georgian Mythology). Mtskheta juga pernah menjadi pusat kepada Georgian Kingdom of Iberia dari tahun ke tiga sebelum masihi hingga tahun ke lima masihi. Bandar ini juga dikatakan pernah ditawan oleh Iskandar Zulkarnain. Bandar Mtskheta juga telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1994.
Sebuah bandar yang bersejarah dan cantik dan aktiviti utama kami di sini adalah membeli belah. Terdapat banyak kedai-kedai menjual cenderahati pelbagai jenis sepanjang jalan utama di situ. Bagi aku, kalau nak mencari cenderahati, lebih baik di sini kerana terdapat lebih banyak peniaga, oleh itu banyak pilihan dan boleh juga untuk tawar menawar.
Mostly peniaga di sini agak ramah dan mesra. Keramahan seorang pemilik kedai di sini menyebabkan kami memborong banyak cenderahati di kedainya sehingga kehabisan stok, menyebabkan kakak itu terpaksa mencari di kedai lain. Kerana kami memborong di kedainya, maka di'offer'nya kami Turkish Coffee sorang secawan. Akibat keramahan ini juga, tak tahu apa puncanya, kami telah menemui seorang rakan kami sedang lawan main dam/catur (aku pon tak ingat dah lawan ape) dengan tokey kedai. Akhirnya, tokey kedai kalah dan terpaksa memberi hadiah kepada kami berupa fridge magnet sorang satu.
Setelah menghabiskan beberapa ratus GEL dan berpuas hati dengan apa yang kami dapat, kami meminta diri untuk destinasi seterusnya. Di dalam perjalanan, Arasthun telah berhenti di sebuah tempat meletak kenderaan overlooking sebuah kubu di atas bukit bernama Bebris Tsikhe. Kubu ini telah dibina untuk melindungi Mtskheta dan Tbilisi dari musuh di utara. Salah satu menara di kubu ini telah dikatakan telah roboh dan dibina semula pada abad ke 18. Dari kejauhan kubu ini nampak menarik tetapi kami tidak dibawa ke sana untuk melihat lebih lanjut.
Perjalanan kami bersambung melalui jalan berliku yang sunyi mendaki bukit ke Jvari Monastery (ჯვრის მონასტერი). Monastery ini terletak kira-kira 16km dari Mtskheta di atas Jvari Mount. Biara ini adalah sebuah Georgian Orthodox Monastery yang dibina sekitar abad ke enam. Biara ini juga telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1994.
Oleh kerana aku sudah kepenatan dan tidak larat rasanya nak mendaki bukit untuk ke biara itu, aku hanya lepak di kawasan parkir sahaja. Kawan-kawan lain semua mengambil peluang untuk naik. Bila tengok gambar-gambar yang cantik, rugi pula tak naik ke atas..
... bersambung (Episod 9)
























9 comments
Wow! Uncle memang senang tertarik dengan bangunan besar2 major structure macam tu... Rasa sangat majestic!
ReplyDeleteYe la...sebab tu diorang ramah... Sebab nak kan 'borong' tu.... hehehee
Di sana bangunan lama2 dia besar2 especially church yang lama. Nampak buatannya pon macam kukuh sebab tu bole bertahan ratusan tahun.
DeleteKadang2 sebab ramah la kite memborong kat kedai dia. kalau yg jenis tak ramah ni, nak masuk kedai pon mcm rasa ackward
Bagus Afeezz, catatan perjalanannya begitu sempurna. Orang muda macam Afeezz masih banyak tenaga untuk explore tempat tinggi. Memang rugilah sikit tak sampai ke atas untuk ambil gambar.
ReplyDeletetak sempurna sangat kak catatannya, banyak yang dah lupa. tulis apa yang ingat jer...
Deletesaya ni muda takde la muda pon, tapi tenaga dah tak semuda dulu. itu yang tak larat nak naik bukit tinggi2. kat sini pulak semua bende nak buat atas bukit... hahaha
Selamat menyambut Hari Kebangsaan Malaysia ke-69. Semoga Malaysia terus aman damai dan harmoni.
ReplyDeleteCantik permandangan dari bawah The Chronicle of Georgia ni. Jenuh juga ye nak naik tangga tu. Lutut kena bagus ni kalau nak kesini. Macam manalah orang dulu-dulu bina bangunan besar dan tegap. Ukiran pun bukan mudah.
Tbilisi Sea sekali pandang memang nampak macam laut seperti namanya. Rupanya bukan, tipah tertipu. Tapi cantik permandangan Tbilisi Sea tu dari aras tinggi.
Syok juga dapat mengopi kat kawasan open air ni. Ehh tak pasal-pasal nak kahwinkan dengan anak dia ekkk..Nak beli barang tu kena belek-belek jugakan. Kang terbeli yang ada lambang atau gambar bukan-bukan, dah rugi pula. Nak menyimpan memang taklah.
Cantiknya suasana dan permandangan di monastery tu. Betul-betul kena fit ni kalau nak kesini, banyak mendaki dan berjalan jauh.
Aduh, menyesal pulak kan tak naik atas tu.
Rasanya tinggi lagi tangga Batu Caves, tapi semput juga nak menyampai ke atas. banyak kali juga berhenti di tengah jalan. Nasib baik ada kawan2, bole la jugak berpaut. Binaan ni takda la lama mana, tapi ukirannya mmg memerlukan kesobaran nak buat.
DeleteTbilisi Sea tu mmg luas, kalau orang kata sea pon kita percaya. Bandar Tbilisi ni mmg jauh dari laut, kalau naik kereta rasanya amik masa 6-7 jam nak sampai ke bandar persisiran pantai di sana.
Sebenarnya tak paham pon apa pakcik tu cakap, kite cume nak sedapkan cerita je. di sana mmg banyak cafe2 yg open air. udara pon sejuk nyaman lagi best la kalau dpt lepak. disebabkan saya ni bukan kaki lepak cafe makan, takde la lepak sangat...
Monastery kebanyakkannya dibuat di kawasan tinggi, jadi permandangannya memang cantik, kene plak time tu nak sunset masa di Jvari.. Tu yg rasa rugi tak gagahkan diri naik ke atas, lagi satu sebab tak naik atas sebab masa tu angin kuat, terasa sejuk giler
Salam bertandang. Saya cukup adore dengan binaan bangunan yang klasik ini. Sejarah dan bangunan berpisah tiada. Selamat menyambut hari kebangsaan ke 69 walau dimana jua kita berada.
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi singgah, harap bole lah singgah selalu ye.
Deletekalau nak dibandingkan senibina bangunan lama lebih cantik dan berseni kalau nak dibandingkan dengan bangunan sekarang yg selalunya bentuk kotak2 jer. Pernah nampak dalam FB org buat perbandingan binaan dulu dan sekarang dari bangunan, tangga, tiang telefon sampai katil pon dia buat perbandingan
The Chronicle of Georgia ni sama macam di Persepolis tempat bersejarah di Iran.. Menarik untuk dikunjungi.. Aiii dapat offer dikahwinkan dgn anak tu... tak kan tak sahut hahaa.. boleh balik kg Georgia selalu hahahaa..
ReplyDelete