1043 : Masak Sendiri Makan Sendiri (Episod 39) - Sup Ikan Merah

 Assalamualaikum

Kita berhenti sebentar dari bercerita mengenai pengembaraan ke Georgia. Kita menulis kisah yang ringan-ringan pula. Penat pula nak menulis panjang-panjang.

Dapur rumah dah lama tak berasap. Kalau tak digunakan, takut berkarat pula dapur tu nanti. Akhir-akhir ini lebih senang membeli sahaja makanan, samada dari luar atau melalui aplikasi online sahaja. Tak larat (a.k.a malas) nak memasak sendiri, walaupon tekak ini mengidam nak makan macam-macam..

Hari itu aku meneman seorang sahabat membeli barang dapur. Takde merancang untuk membeli apa-apa, sekadar menemankan beliau sahaja. Belek-belek, terpandang ikan-ikan merah yang segar bugar didagangkan di pasaraya itu. Teringat pula Sup Ikan Merah, dah lama tak makan, kalau buat sendiri mesti puas makan. Air liur mula meleleh. 

Aku nekad. Aku ambil seekor, timbang dan minta disiangkan. Beratnya 1kg lebih sikit. Harga RM26.00. Mahal juga kan. Ermmm...

Aku ambil pula bahan-bahan lain, bawang besar, bawang puith, halia, kentang, cili api dan bahan paling penting, sup bunjut Adabi.

Esoknya aku memulakan aktiviti memasak. Masak main campak-campak jer asalkan jadi dan ada rupa Sup Ikan Merah..

Inilah rupanya hasil titik peluh aku memasak tengahari itu.
Nasib baik ada rupa Sup Ikan Merah
Kalau ada daun sup dan bawang goreng mesti lagi sedah kan.
Lain kali lah, kalau rajin nak memasak lagi...

Alhamdulillah, ada rasa dan rupa sup walaupon daun sup pon tak letak. Sedap la bagi tekak aku. Makan pula dengan nasi panas. 

Next tiem nak masak apa pulak ye?


You Might Also Like

14 comments

  1. Takut berkarat tu mmg jarang guna tu hihii... Betul la tu tulis cerita travel kena selang selang kisah pendek baru tak penat nk menulis hihii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ni kalau tulis kisah pasal travel bole sampai seminggu, banyak betul nak cerita. kalau mood baik masa tu panjang la ceritanya...

      Delete
  2. Bokeh tahan masakan sup ikan merah ni.. dulu masa kecik mak selalu masak sup ikan merah ni.. ☺️👍🏻🤤

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadilah untuk makan sendiri. kalau masakan mak mmg lah yang terbaik..

      Delete
  3. Mak kata, kalau masak sup bubuh serai tak perlu masuk daun sup. Jadi kalau tak ada daun sup Kak Amie bubuh serai jew dalam sup...ada juga aromanya hihihii.

    ReplyDelete
  4. Aiiiih liat dr foto pun dah kliatan sedap nih bang 😍😍. Saya tak pandai kalau masak ikan. Suka, tp kalau nak ikan, memang beli lah 😂. Takut tak menjadi masak sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... saya klu nak buat ikan sambal ke ikan belado ke mmg fail, tp kalau sup ke kari ke kira bole la...

      Delete
  5. Orang pandai masak memang la... campak2 pun jadi. Cuba uncle yg campak2... Huh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau uncle rasanya terus campak kuali tu kot... hahaha

      Delete
  6. kalau dekat tu nak gak pi makan sekali....hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ade dekat2 cyberjaya bgtau la... mane tau de rezeki nak merasa..

      Delete
  7. W'salam afeezz,
    Ikan merah kalau masak sup or kari memang sedap.. Nampak hasil kejadian sup ikan merah afeezz menyelerakan.. Lately hujan petang membawa ke malam, sesuai sangat menu sup..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, masak kari pon sedap juga. sup panas makan masa hujan memang sedap...

      Delete