1039 : Orang Berbudi Kita Berbahasa, Orang Memberi Kita Merasa - Rendang Daging Landak

 


Rendang Daging Landak 

Selasa lepas ada seorang sahabat singgah ke rumah, nak beri lauk katanya untuk makan malam. Kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan. Rendang Daging Landak katanya, hasil air tangan emaknya. Aku pon tak pernah rasa daging eksotik ni. Seram pulak rasanya nak makan sebab ini adalah kali pertama.Tapi kalau tak rasa sekarang, bila lagi kan. Kalau nak membelinya, tidak lah sebab dengar kata harganya agak mahal.

Harga daging landak per kilogram bervariasi, tetapi umumnya berkisar antara RM130 hingga RM210Beberapa penjual menawarkan daging landak dengan harga RM150 per kilogram. Ada juga yang menjualnya dengan harga RM180 per kilogram. Satu posting di X menyebut harga RM130 dan posting lain di Facebook menyebut harga RM210.  - AI Overview

Daging Landak ni agak padat dan kenyal tetapi tidak liat, maka tidak la sakit gigi masa makan dan tidak pula lenguh mulut mengunyah. Dagingnya juga tidak berbau. Rasanya tkdak sama dengan rasa daging ayam, lembu atau kambing. Dan aku suka daging landak. Kalau ada sesiapa nak buat kenduri daging landak, jangan lupa jemput saya... hehehe 

You Might Also Like

10 comments

  1. Rezeki jangan ditolak kan. Dapat juga merasa daging eksotik. Itulah tu, rasa seram nak mencuba tu memang ada sebab tak biasa kan. Setakat ni tak pernah lagi makan daging landak. Paling eksotik makan daging kancil. Sedap! Selain tu daging rusa pun sedap, itu tak kira eksotik dah kan. Boleh tahan juga ye harga daging landak tu.

    ReplyDelete
  2. Uncle teringin nak try landak ni.. lom ada peluang...

    ReplyDelete
  3. Daging landak, tak pernah makan..jumpa danging landak pun tak..blog ni nampak masakan daging landak..

    ReplyDelete
  4. wahhhh rezeki la ni dapat rasa daging landak...Taufik belum ada rezeki nak merasa lagi

    ReplyDelete
  5. Jaman kecik2 dulu selalulah makan daging landak ni
    Sebab landak liar bersepah kat kebun.

    ReplyDelete
  6. Saya belum pernah makan daging landak..dulu arwah bapa kata landak boleh makan daging, tapi tak pernah nampak landak yang sebenar..hanya nampak gambar ja..

    ReplyDelete
  7. Singah awal pagi..ada urusan di hospital..kalik blog sebelum keluar ke hospital..

    ReplyDelete
  8. nak makan landak ni jgn tgk masa ia disiang nanti tak lalu hahahaa.. beli daging yg dah siap potong ok.. sedap rendang landak....

    ReplyDelete
  9. Terimakasih bloglistkan blog PE ya

    ReplyDelete