1016 : KFC

Kejadian ni berlaku semalam. Entah tak tau lah kenapa macam bad luck sangat semalam.

Semalam sahabat kata nak makan KFC. Mungkin sebab dia tengok satu bucket ayam goreng KFC atas meja juri Final Maharaja Lawak Mega kelmarin, terus dia mengidam nak makan KFC. Makanya kami pon pergilah ke Alamanda, Putrajaya untuk mendapatkan ayam goreng KFC tersebut.

Gambar hiasan


Sesampai sahaja di Restoran KFC Alamanda, Putrajaya, barisan rakyat yang beratur sudah panjang. Adalah dalam 6 - 7 orang lagi dihadapan kami. Kaunter yang dibuka pula hanya satu. Kadang-kadang aku tak paham dengan sistem yang digunakan oleh kebanyakkan restoran makan segera sekarang ni, pelanggan yang beratur dah ramai, tapi kaunter yang dibuka hanya satu. Diaorang ni memang suka tengok orang beratur panjang ke? Lepas tu boleh pulak staf kaunter yang sorang tu masuk ke dapur amik ape ntah dan membiarkan kaunter kosong. 

Yang pelanggan pon satu perangai. Tengok menu punya lama, ko mengeja ke? Nak buat keputusan nak makan ape pon slow. KFC tu jual ayam jer. Lagi satu perangai, dah sampai kaunter baru terpikir-pikir nak makan apa, selama ko beratur ko pikir ape?

Dan lagi satu, KFC Alamanda ni memang tak kasi orang dine-in ke? Restoran lain aku tengok dah mula susun meja dan memaksimakan jumlah pelanggan walaupon masih mengikut SOP. KFC Alamanda ni masih ditakuk lama kah? Masih menjaga penjarakan sosial satu meja 2 orang jer? Dan sebesar-besar restoran KFC tu cuma menempatkan dalam 6 - 7 meja sahaja, itu pon semua dah occupied. Meja pula jangan cakap lah, tak berkemas langsung.

Melihatkan keadaan itu, kami pon blah mencari KFC lain.

Kami menuju pula ke KFC Presint 15 Putrajaya. Kawasan ni memang hazab kalau nak cari pakir, tapi kami husnuzon sahaja akan ade pakir untuk kami. Doa makan dibaca. Alhamdulillah, dapat pakir dekat sangat dengan KFC Presint 15 Putrajaya itu. 

Belum sempat kami menolak pintu untuk masuk, seorang pekerja di situ memaklumkan kepada seorang pelanggan lain yang ayam sudah habis. Aku pon macam 'WHAT!!!". Belum pukul 7.00 petang ayam dah habis? Menu korang jual ayam jer kot, takkan ayam boleh abis. Nasib baik lah mood aku masih baik masa tu, kalau tidak mahu je aku suruh pekerja tu pergi beli ayam kat pasaraya Mydin berhampiran, tak pon tutup sahaja kedai kalau ayam dah habis.

Aku pernah bekerja di sebuah fast food restaurant di KL suatu masa dahulu. Pada masa itu, istilah 'Habis' atau 'Tak Ada' tiada dalam pekerjaan kami. Kalau sesuatu barang itu sudah kehabisan, manager bertugas dengan apa cara sekali pon perlu mengadakannya. Pernah suatu ketika dahulu semasa aku bekerja di restoran itu, ada pelanggan order Tuna Sandwich. Memandangkan tuna sudah habis dan kami kitchen staff malas nak buat yang lain, kami pon kelentong cashier mengatakan tuna tu mengambil masa 2 jam untuk disediakan. Masa itu sudah pukul 9.00 malam kalau tak silap dan restoran akan ditutup pada pukul 10.00 malam. Cashier tu terkejut beruk mendengar tuna tu perlu 2 jam untuk disediakan. Beberapa minit selepas itu, manager bertugas meluru masuk ke dapur dan mengarahkan kami menyediakan tuna itu dengan segera sambil membebel-bebel pasal penipuan tuna perlu masa 2 jam untuk disediakan tu. Hehehe...

Lagi satu kes, seorang manager bertugas yang lain telah mengajak aku untuk ke sebuah restoran lain yang berhampiran. Memandangkan roti bun untuk burger di restoran aku telah berkurangan dan stok tidak dapat dihantar dalam masa terdekat, kami terpaksa meminjam (atau membeli) roti bun burger dari restoran berhampiran itu. Agak banyak jugaklah kami bawa roti bun itu menaiki teksi balik ke restoran.

So, agak berbezalah cara kerja dahulu dengan cara kerja sekarang. Sekarang ni kalau tengok, memanjang jer dah habis atau tak ada. Kadang-kadang tu, baru tengahari dah habis. Kalau mood aku tak baik masa tu, memang kene makilah pekerja itu.

Oleh kerana ayam dah habis di restoran itu dek kerana si manager yang bijak mengurus itu, kami menuju pula ke IOI City Mall. Malangnya, Restoran KFC IOI City Mall ditutup sebab kerja-kerja renovasi. Memang takde rezeki nak makan KFC hari itu.

Oleh kerana malas dah nak ke satu lagi KFC berhampiran yang kami tahu, kami decided untuk makan A&W sahaja. Katanya, A&W ada ayan goreng perasa baru, Cheesy Golden Egg. Ayam Goreng yang disaluti cheese dan telur masin. Penah tengok seorang youtuber review ayam goreng ni, katanya sedap, makanya aku order yang itu saja lah. Satu set regular RM19.90.


Gambar hiasan

Review aku mengenai A&W Cheesy Golden Egg - masin sehingga menutup selera nak habiskan 2 ketul ayam tu. Sekian.

You Might Also Like

16 comments

  1. mlm jumaat lps hujan lebat bebenor di Kelate. Abe Kie order ayam kepci di Tanah Merah. Kul 7pm order, 5 min pas tu rider call minta direction. 7.20 pm terus sampai kepci snack plate. Kalau ikut dlm apps, kul 7.45 pm abe kie minta benda tu tiba. Ni kira efisyen tul. lain kali buat delivery je la....biar mahal sikit janji x sakit hati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ada pengalaman buruk gak dengan KFC Delivery ni. Pernah beli online voucher dari KFC untuk tempahan secara online sahaja. Bila buat order secara online, tengok2 kawasan rumah saya tak termasuk dalam kawasan delivery KFC, kene guna foodpanda atau grabfood. Tapi bile order guna foodpanda dan grabfood, voucher tu tak valid plak. last choice, saya minta hantar ke pejabat seorang sahabat. Tengok2 yang datang buat delivery.. foodpanda

      Delete
  2. Jenuh juga kalau mengidam satu perkara ni. Saya tak boleh nak bersabarlah kalau macam ni dan akan pilih apa sahaja yang boleh dimakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya masa tu masih boleh bersabar lagi, itu sebab lah boleh jer ke dua tiga tempat yang lain. kalau tidak makan jer lah apa yang ade..

      Delete
  3. Fuh! Ayam punya pasal... agak panjang posting kali ni... hhehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... panjang cerita pasal tak puas hati dengan servis di restoran KFC tu, bukan cerita pasal ayam pon... hehehe

      Delete
  4. Part mikir memanjang sebelum order tu memang tak boleh nak elak. Habit. Saya tak kisah asalkan orang tu puas hati makan. Sambil tu boleh jugak mikir masa diorang tengah order. 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh blah kalau org masa nak order tu lah baru nak pikir nak makan ape. kalau takde yang berbaris panjang, takpe lah, ini kalau barisan dah panjang buat sakit hati orang belakang yang lama menunggu. berpada-padalah kalau nak berfikir panjang tu... menunggu itu satu penyiksaan, ape tah lg kalau menunggu makanan...

      Delete
  5. Beli seekor ayam, goreng dengan tepung bestari
    Puas makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. teringat tepung bistari kat umah tu. dapur pon dah lama tak berasap

      Delete
  6. Craving unsatisfied ya kesian dah takde rezeki.

    Paling jujur review tu heheheee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kesian saya kan. takde rezeki hari itu, atau pon bad luck...

      Delete
  7. Ayam punya pasal, jenuh kesana kesini. Sekarang sistem jujur, habis cakap habis gitu agaknya kot. sabar je lah. Tak ada rezeki ayam KFC, dapat ayam A&W pun okaylah. Tapi tak menepati citarasa pulak ek. Kuciwa betul kalau jadi macam ni kat saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah pasal kak, sampai sekrang tak dapat lagi KFC tu. nanti2 lah cube lagi, bole pergi guna voucher yg dapat dapat tuh

      Delete
  8. Kesian pulak Afeezz ke sana ke mari demi KFC. Dapat ayam A7W menutup selera pulak ye. Zaman remaja purba dulu Kak Amie suka double chicken burger A7W.
    Kak Amie suka makan di KFC, tapi makin lama saiznya makin kecil dan rasanya pun macam jauh lebih sedap yang dulu-dulu punya.... entahlah, perasaan Kak Amie sendiri kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak, saya pon perasan saiz ayam kfc makin lama makin kecil. menu a&w pon sekarang dah berbeza dengan dulu-dulu..

      Delete