38th ENTRY
Lega sikit kepala bila 1/3 daripada MBS (Modified Budget System) dah siap dan dah hantar. Another 1/3 kena hantar bulan 12 nanti dan 1/3 lagi bulan 1. Sepanjang minggu lepas aku buat sorang-sorang benda ni. Each and every ayat aku buat, each and every figure aku kira. Takde saper pon yang tolong, takde saper pon yang bertanya khabar. Benda ni bukan untuk aku sorang, benda ni untuk jabatan, tapi.. aku sorang yang buat. Kalau bukan aku yang nak buat, siapa lagi? Orang lain??Mereka tuh nak buat satu minit mesyuarat pon macam tongkang pecah, bising ke sana dan ke mari. Tak tau aper yang mereka cari. Macam tak puas hati pon ada. Bukan sikit peruntukan yang dipohon, RM1 juta untuk tahun 2010, RM1.124 juta untuk tahun 2011. Aku rasa reason yang aku bagi tak cukup kuat, satu otak yang diperah, memang le takleh dapat yang terbaik dari semua kemungkinan. Satu otak hanya terarah kepada satu tujuan sahaja. Dan itu saja yang dapat aku buat.
Kalau tahun-tahun lepas, rasanya dah siap semua bahagian. Tahun ni disebabkan aku buat sorang-sorang, aku terpaksa buat satu persatu, mempergunakan semua kemudahan masa yang diberi. Kalau tahun-tahun lepas, boss yang bagi pendapat, boss yang bagi figure, boss yang buat kira-kira. Aku hanya membantu membuatkan kertas kerja dan menyusun ayat since dia tak berapa pandai nak buat ayat-ayat yang power. Dia percaya kat aku dalam menyusun kata-kata. Tahun ni, aku buat sendiri. Boss pon tak ambil cerita, tak bertanya khabar. Aku mengambil usaha sendiri memulakan. Duduk sendirian, tak pedulikan sekeliling, berapa banyak fail aku rujuk untuk mendapatkan yang terbaik. Empat hari aku bertungkus lumus.
Dua hari sebelum date line, boss datang seraya berkata, petang ni kita mula buat MBS. Tersentap rasa hati, dah nak date line baru nak mula. Bile nak siap kalau macma tuh? Dengan bangga aku menjawap, dah siap dah, nanti i bagi u, u tengoklah kalau u setuju atau tidak. Itu jer yang mampu aku katakan, aku hilang kata-kata Macam biasa, dia setuju jer tanpa sebarang pembetulan, tanpa sebarang pembetulan. 100% diterima.
0 comments