943 : Menuju Ke Arah Gaya Hidup Yang Lebih Sihat (Episod 9) - Tokyo Virtual Half Marathon & London Virtual Half Marathon

Dalam bulan Oktober tahun lepas, semasa aku sedang terlalu komited untuk menuju ke arah gaya hidup yang lebih sihat, aku ada register untuk dua virtual run. Sebelum ni aku tak pernah lagi mencuba virtual run, sekadar join fun run 5km tu banyak kali jugak lah. Tapi itu pon dah lama aku tinggalkan. Kali ini aku hendak mencuba virtual run pula.

Tokyo Half Virtual Marathon (gambar dari jomrun.com)

Aku telah mendaftar untuk Tokyo Virtual Half Marathon pada mula nya, sebab berkenan dekat dia punya finisher medal dan t-shirt. Lagi pon aku memang suka Tokyo, Jepun. Aku cume daftar untuk Fun Run 5km jer dulu, tak larat untuk lari lebih jauh. 5km itu pon aku berjalan jer selalunya. Larian ini bermula dari 14 Oktober 2020 hingga 15 November 2020. Disebabkan PKPB yang telah dikuatkuasakan, tempoh larian ini telah dipanjangkan sehingga ke 28 Februari 2021. Bayaran untuk larian ini adalah sebanyak RM38.90 termasuk postage dan entitlement yang akan dapat adalah finisher medal, dry-fit shirt dan e-certificates (hadiah-hadiah standard jer). Sehingga hari ini aku belum menamatkan larian ini. Tunggu lah dulu aku bina stamina untuk larian ini.

London Virtual Half Marathon (gambar dari jomrun.com)

Yang kedua pula aku telah register untuk London Virtual Half Marathon, juga sebab aku berkenan dekat finisher medal dia dan aku juga pernah sampai London, dan aku pon suka London, England. Sekali lagi aku register untuk Fun Run 5km sahaja, tak mampu nak buat jauh-jauh. Larian ini sepatutnya bermula pada 27 Oktober dan berakhir pada 28 November 2020 tetapi disebabkan PKPB ia telah dipanjangkan sehingga 28 Februari 2021. Untuk larian ini, bayaran sebanyak RM48.90 telah aku bayar termasuk postage, entitlement yang standard dan aku tambah engrave nama pada belakang finisher medal. Larian ini pon aku belum sempat buat lagi. 

Ada banyak lagi larian yang menarik perhatian aku yang ditawarkan oleh JomRun. Kita buat satu-satu dulu, jangan tamak, takut tak terbuat nanti. Untuk then, wish me luck...

You Might Also Like

8 comments

  1. Wah! Biarpun x menamatkan larian tetap buleh medal n sijil gak? Kalau gitu abe kie pun nak masuk la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh... mane bole abg kie, kene habiskan larian, submit rekod then baru bole dpt medal dan sijil tu...

      Delete
  2. Replies
    1. Hehehe... thanks, tp tak tau la bile nak mula balik ni

      Delete
  3. tahun lepas saya ada 2 3 VR juga yang join. pengalaman baru. seronok jugak rupanya! semoga berjaya larian tahun ni ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni pertama kali bg saya.. klu dah lepas dua ni mungkin akan smbg yg laen plak. Insyaallah

      Delete
  4. Good luck Afeez.
    Lari larilah jangan lari dari masalah sudah ngeh! ngeh ! ngeh!
    Mrs. A pun ada register JomRun tapi satu virtual run pun tak join lagi huhuhu.

    ReplyDelete