928 : Yang Lama Sudah Berganti Baharu - Honor Magicbook 14

Pada 4 September 2020 yang lepas, aku sudah memperolehi sebuah laptop yang baru hasil dari Program Kemudahan Pemilikan Komputer Melalui Kaedah Buy Your Own Device (BOYD) yang diperkenalkan di pejabat aku. Laptop ini bukan sahaja akan menggantikan PC buruk aku di kantor, malah turut menggantikan laptop lama aku di rumah yang sudah berusia kurang lebih 11 tahun. Laptop lama aku itu berjenama Sony Viao itu dibeli pada sekitar tahun 2009 di Mid Valley Megamall. Kata orang lama, alah membeli menang memakai, sepanjang aku menggunakan laptop itu, hanya sekali sahaja dia memberikan masalah serius kepada aku. Nasib baik masa itu masih di dalam tempoh warranty, maka aku terus hantar ke tempat aku membelinya untuk diperbaiki, dan alhamdulillah sampai sekarang masih berfungsi walaupon tidak dengan sempurna. Menggunakan sistem pengoperasian Windows Vista Home Edition, ia sudah lama obsolete dan tidak lagi boleh menerima apa-apa update dan patches yang sepatutnya. 

Untuk program ini, aku memang sudah memenuhi syarat-syarat dan kelayakkannya iaitu aku merupakan seorang kakitangan bukan akademik bertaraf tetap. Aku juga telah diperuntukkan kemudahan komputer dan komputer yang aku guna sudah berusia lebih dari lima tahun dan telah tamat tempoh warranty nya. Yang bestnya program ini adalah terma pemilikkanya di mana laptop ini akan menjadi milik staf setelah tempoh perkhidmatan staf genap 12 bulan dari tarikh permohonan diluluskan. Ini bermakna, laptop ini akan menjadi hak milik aku selepas 12 bulan dari tarikh permohonan diluluskan iaitu pada 28 Ogos 2021. Had tuntutan pula adalah sebanyak RM2,500.00 yang mana aku belum lagi membuat apa-apa tuntutan. Ada lagi beberapa syarat dan peraturan lain yang perlu dipatuhi dan juga spesifikasi peralatan yang bakal dibeli itu. 

HONOR Magicbook 14 (gambar google)

Laptop yang menjadi pilihan aku adalah Honor Magicbook 14. Menurut seorang sahabat yang pakar dalam bidang ini, laptop ini adalah laptop yang terkini di pasaran yang bukan sahaja menawarkan spesifikasi yang baik malah pada harga yang mampu milik. Di samping itu, ada juga hadiah-hadiah percuma menarik yang ditawarkan oleh pihak pengeluar.

Spesifikasi model yang aku beli boleh dilihat di laman web rasmi HONOR Malaysia.

Harga yang ditawarkan adalah RM2,999.00. 

Disamping itu, ada juga hadiah-hadiah percuma yang menarik yang ditawarkan untuk setiap pembelian. Hadiah-hadiah percuma tersebut berupa sebuah HONOR Bagpack, HONOR Bluetooth Mouse, TWS Bluetooth Mini Speaker dan Hardwear Fit Pro Band Original.

Bagi aku, apa yang membuat aku tertarik dengan laptop ini disamping specs nya adalah rekabentuknya yang moden dan minimalis serta ringan dan nipis cuma 1.38kg, mudah untuk di bawa ke pejabat setiap hari. Kameranya juga agak unik, tersorok antara button F6 dan F7 dan selamat dari ancaman penggodam yang ingin menggodam kamera laptop kita. Disamping itu, laptop ini dilengkapi dengan finger print power button sebagai ciri-ciri keselamatan. 

You Might Also Like

6 comments

  1. Selamat menggunakan laptop baharu ye. Sy tukar laptop tiga thn sekali. Yg tgh pakai ni dah genap sethn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ni dah 11 tahun baru nak tukar laptop. klu takde program kat opis tu mmg tak bertukar lah nampaknye

      Delete
  2. not bad scheme ni..at least topup duit sendiri pun sikit je kan.
    laptop ammi pun Sony Vaio gak..beli lagi lama dari Afeezz..tahun 2007. ntahlah masih boleh guna ke tidak sbb mcm tersadai tak digunakan pun. malas sungguh nak on lappy kalau kat rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah, nasib baek ada scheme ni, kene bayar sikit pon takpelah, dah tak larat nak guna pc kat opis ni, selow yg amat, mencabar kesabaran sungguh. yang best nye lepas setahun, laptop ni jadi milik kita..

      Delete
  3. Wah! mesti excited habis kan..kan..kan... almaklumlah benda baharu dapat.
    Oh! ini yang terkini ya Honor Magicbook 14, terima kasih share.
    Mrs. A ada plan nak beli untuk anak yang sulung tu
    Kira ringan yang ni takdelah berat nak bawa ke mana-mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... mmg seronok dapat yang baru. Yang ini boleh kira yang terbaru lah di pasaran. ringan dan nipis. harga pon berpatutan..

      Delete