925 : Balik Kampung (Episod 2) - Jalan-Jalan Johor Premiun Outlet (JPO)

Alang-alang dah sampai ke Johor tempoh hari, kita mampir sekejap di JPO. Aku pon belum pernah sampai lagi ke JPO tu, malahan ke premium-premium outlet yang lain. Aku pernah sampai ke Mitsui Premium Outlet sahaja pada tahun lepas, itupon cume sekali walaupon Mitsui Premium Outlet ni tidak la berapa jauh dari tempat aku bertapa ni. Pada masa itu aku ke Mitsui sebab survey kasut Sketchers, dan takda lah kami nak shopping sangat pon di sana.

Sebenarnya tiada apa yang aku nak cari di JPO itu, cuma ikut orang sahaja. Orang kata, kalau dah sampai JPO kalau tak shopping rugi sebab harga murah-murah. Tak paham aku, kalau sehelai baju sampai RM200++, tang mana yang murahnye tu. Kata barangan Coach murah, RM3,000++ untuk satu beg tu murah ke? Bukan standard aku nak pakai barangan berjenama yang mahal-mahal ni. Aku ni berbelanja seadanya sahaja, tak mampu nak pakai yang mewah-mewah. Lagi satu aku tengok, beg-beg Coach tu harap mahal je lebih, tapi buruk. Kalau orang bagi free kat aku pon, belum tentu aku akan pakai, hahaha (ada sapa berani?)


   

 
Permandangan sekitar JPO. Cuaca sangat panas hari itu. Nak sejuk 
kene masuk ke dalam kedai.

Sahabat kata nak beli kasut sukan, nak masuk ke Nike, tapi beratur panjang gile di tengah panas, terus kensel kalau sekadar nak tengok-tengok kat dalam Nike tu. Tak tahu pulak apa promotion yang Nike tengah jalankan sampai orang sanggup beratur panjang tengah panas. Kemudian kami masuk pulak ke Adidas, ada promotion jugak tapi pelanggan takde lah sehebat Nike. Belek-belek kasut punya lama, tapi sahabat tak beli plak. Penat aku meracun, hahaha.

Akhirnya sahabat dan keluarganya telah memborong sakan di Adidas. Rupa-rupanya ada promotion tersembunyi plak di Adidas, promotion diskaun atas pembelian. Lagi banyak membeli dan membelah, lagi banyak diskaun yang diperolehi. Oleh yang demikian, kasut yang telah didiskaun menjadi RM279 mendapat harga yang lebih murah, menjadi lebih kurang RM100 sahaja. Borong-punya borong, sampai tiga pasang kasut sahabat dan keluarga beli, siap ditambah dengan beli beg dan stokin lagi tu. Aku hanya tengok sahaja sebab, memang tiada niat nak beli kasut.

Aku pulak dalam tak nak membeli tu, terbeli juga barangan Tefal berjumlah RM160.00 sahaja. Hehehe...

Cadangannya selepas ni nak pi usha Genting plak. Kalau ada promotion murah-murah, boleh lah amik kasut sepasang.

You Might Also Like

8 comments

  1. bestnya dpt menjamu mata tengok barang2 berjenama n mahal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. klu ada duit untuk membeli lagi best

      Delete
  2. johor saya blum pernah pergi lagi seumur hidup saya . uish orang kalau suka barang branded 500 dikatanya murah haha . ukur baju dibadan sendirilah . kalau saya bawah 100 bru murah hahaha.. tengok quality product juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, ukur baju di badan sindiri. tapi saya lebih memandang sama ada cantik atau tidak, tak tgk jenama sgt pon.

      Delete
  3. Tak ingat bila last pergi johor. Lama juga tak pergi JPO ni hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. johor tu kampung saya, tapi JPO tu first time sampai

      Delete
  4. Pernah singgah kat JPO ni time tu dengan gang office tak membeli pun setakat beli air setabak jer....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mau habis gaji sebulan kalau ikutkan hati shopping kat sana kan..

      Delete