926 : Weekend Gateway : Camping At Hutlista 2, Ulu Yam

Cuti panjang sempena Hari Kebangsaan Malaysia yang ke 63 minggu lepas tidak aku sia-siakan dengan aktiviti tidak berfaedah. Seorang kawan telah meracun kawan-kawan yang lain untuk merancang satu program perkhemahan dan akhirnya, perancangan singkat itu telah berjaya mengumpulkan 11 orang kawan-kawan lain untuk turut serta dalam program perkhemahan tahun ini selama 2 hari 1 malam.  Lokasi perkhemahan kami tahun ini di Hutlista 2, Ulu Yam, Selangor yang tidak berapa jauh dari Kuala Lumpur. Tapi kalau dari tempat aku bermastautin ni perjalanannya mengambil masa lebih kurang satu jam bergantung kepada keadaan trafik hari itu.

Aku dan seorang sahabat memulakan perjalanan kami dari Cyberjaya terus ke tempat berkumpul iaitu di Stesen Minyak Petronas Bandar Baru Selayang Fasa 2. Kami memulakan perjalanan kami pada pukul 7.30 pagi dan tiba di tempat berkumpul lebih kurang pukul 8.30 pagi. Dua orang kawan lain telah pun sampai dan yang lain-lain masih dalam perjalanan. Kami bersarapan pagi terlebih dahulu di sebuah restoran makan berhampiran. Setelah selesai bersarapan pagi dan membeli bekalan untuk makan tengahari, lebih kurang pukul 10.00 pagi, kami semua sebanyak tiga buah kenderaan memulakan perjalanan ke Hutlista 2 yang lebih kurang 30 minit perjalanan sahaja.

Setibanya kami di destinasi, tapak perkhemahan masih lagi kosong, cuma ada sebuah sahaja khemah yang sedang didirikan oleh sekeluarga pengunjung lain. Jarak dari tempat meletakkan kenderaan dengan tapak perkhemahan lebih kurang 100 meter sahaja. Disebabkan itu banyak juga barang yang dibawa oleh kami dari beg pakaian, makanan, perkakasan perkhemahan, bantal, set toto dan ada juga kawan yang membawa tilam, perghh... Bayaran caj masuk yang dikenakan adalah sebanyak RM2 seorang dan RM20 untuk satu tapak khemah. Kemudahan tandas juga disediakan dengan bekalan air yang mencukupi tetapi tiada bekalan elektrik pada siang hari. Generator akan digunakan pada malam hari dan tidaklah takut untuk menggunakan tandas itu pada malam hari. Tahap kebersihan tandas biasa-biasa sahaja.

Setelah memilih lokasi yang sesuai, kami mendirikan khemah masing-masing. Sebanyak lima buah khemah didirikan termasuk satu tempat untuk kami duduk berkumpul, makan dan sebahainya. Setelah selesai segalanya termasuk sesi beramas mesra (hahaha... sebab lama tak jumpe), sebahagian dari kami terjun ke sungai dan sebahagiannya merehatkan diri di dalam khemah masing-masing.

Semua khemah telah siap didirikan

Ini adalah tempat kami akan bermalam pada malam ini.
Khemah celoreng belakang tu adalah khemah aku.

Bangunan belakang tu adalah dewan terbuka.
Tandas pon ada di situ. Tak jauh dari tapak khemah

Bak kata ketua kumpulan, ini merupakan perkhemahan budak tadika, makanya tiada aktiviti lasak serta masak memasak yang dilakukan. Untuk makan tengahari kami hari itu, kami hanya makan bekalan makanan yang ditapau sendiri. Ada yang membawa nasi lemak, mee goreng, bihun goreng, kuih-kuih dan sebagainya. Oleh kerana itu, banyak jugak makanan untuk tengahari itu.  Aktiviti lain membawa ke petang itu hanyalah berbual, makan, bermain games dan mandi sungai.

Sebahagian dari makanan yang dibawa oleh kawan-kawan

Menjelang lewat petang, seorang lagi kawan sampai membawa makan malam kami malam itu berupa ayam goreng KFC, whipped potatoes dan cheesy wedges. Disamping KFC, ada kawan yang menanak nasi, menyediakan ulam-ulaman dan sambal belacan. Ada juga rendang, tak tahu pulak siapa yang bawa. 

Aktiviti malam itu cuma bermain games dan berbual-bual kosong. Aku masuk tidor lebih kurang pukul 12.00 tengah malam. Ada kawan yang masih belum tidor dan masih lagi berbual-bual di luar. Malam itu aku tidak dapat tidor dengan lena, maklumlah, tak biasa tidor di atas tanah yang keras dan tidak rata. Suhu pon agak panas malam itu, terpaksa tidor dengan pintu khemah terbuka. Menjelang pagi baru terasa sejuknya.

Suasana malam

Keesokan paginya, kawan-kawan sudah menyediakan sarapan pagi berupa roti bakar, pancake dan minuman panas. Ada juga kawan yang membawa roti gardenia dan juga tuna dalam tin. Selesai bersarapan bersama, sebahagian dari kami turun ke sungai sekali lagi dan ada yang cuma merehatkan diri di khemah masing-masing. 

Memandangkan ramai pengunjung yang baru tiba pagi itu, agak sesak jugalah kawasan perkhemahan itu. Atas perasaan bertimbang-rasa, kami yang tak turun ke sungai ini segera berkemas dan menurunkan khemah masing-masing, walaupun belum lagi sampai waktu check-out kami. 

Lebih kurang pukul 11.00 pagi maka tamatlah kerkhemahan kami di sini selama 2 hari 1 malam. Walaupon singkat, ia tetap menyeronokkan. Kami singgah sebentar di sebuah restoran di Bandar Baru selayang untuk makan tengahari sebelum semuanya membawa diri balik ke haluan masing-masing.

Thank you guys. See you next camping program.

You Might Also Like

5 comments

  1. best juga dapat gather2 dengan kawan-kawan.

    ReplyDelete
  2. dah lama x camping. teringin gak nak buat lg cuma x tahu kwn2 nak join ke idok?

    ReplyDelete