924 : Balik Kampung (Episod 1) : Berbudi Kepada Tanah


Cuti hujung minggu yang lepas tidak aku sia-siakan dengan aktiviti yang tidak bermanfaat. Alang-alang rakyat Malaysia bercuti pada 20 Ogos 2020 sempena Awal Muharram, aku telah mengambil Cuti Tahunan aku yang masih banyak berbaki itu pada hari Jumaat, 21 Ogos 2020. Ditambah dengan cuti rehat hujung minggu, makanya, pada akhir munggu lepas aku telah bercuti selama 4 hari. Dan aku telah pulang ke kampung, tapi bukan kampung aku sendiri, tetapi kampung seorang sahabat aku di Daerah Segamat, Johor Darul Taqzim.

Suasana kampung di petang itu.

Salah satu aktiviti yang tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan kampung adalah berkebun. Aku yang tinggal di kataraya ni memang tidaklah untuk berkebun memandangkan tiada tanah untuk berkebun. Cuma tanam-tanam dalam pasu tu adalah, tapi itupon ada yang dah mati. Rumah sahabat itu mempunyai sebidang tanah yang agak luas, dan dia dan keluarganya telah mengusahakan tanah tersebut dengan aktiviti berkebun itu. Aku datang untuk mengumpul hasil jer, hahaha...


 

Pokok-pokok ubi yang ditanam beberapa bulan lepas. 


Pokok-pokok ubi yang sudah besar dan sudah boleh mengutip hasilnya. 

Proses mencabut ubi. Bukan senang nak mendapatkan hasilnya.  
Memerlukan kudrat tenaga yang kuat. Ada pokok yang memerlukan tenaga
 tiga orang jejaka sado untuk mendapatkan hasilnya. 

Hasil yang lumayan.  Ini hasil baru empat batang pokok. 

Disamping memungut hasil ubi,  kami juga ada menanam pokok-pokok lain agar dapat mengutip hasilnya di kemudian hari.  Harap-harap menjadilah tanaman yang kami tanam itu,  insyaAllah. 

Ini anak pokok ciku yang aku semai di rumah dalam pasu. Dah lama bercambah tapi 
Aku tengok tumbesaran dia macam terbantut dan lambat membesar.  
Makanya aku bawak pulang ke kampung dan tanam atas tanah dengan harapan ia 
akan membesar bagai johan dan dapat memberikan hasil yang lumayan. 

Ini pulak pokok mata kucing yang juga aku semai dalam pasu. 
Dah lama juga aku semai pokok ni dan aku tengok tumbesaran dia pon macam 
tak sesuai dengan umurnya. Oleh kerana sahabat minta untuk tanam di kampungnya,  
aku bagi je lah. Harap dapat juga memberikan hasil yang lumayan kelak

Ni pula pokok keledek yang di tanam semula. Pokok keledek yang ada 
masih belum boleh dituai, Oleh kerana dah menjalar tanpa terkawal,  
kami cantas dan cuba tanam semula di batas yang baru. 

Kami juga ada menanam pokok nenas,  harap menjadi la kau nenas.  

Disamping itu ada juga pokok-pokok lain yang juga telah memberikan dan telah dapat dinikmati hasilnya bersama seperti pokok serai,  betik dan pokok mahkota dewa.  Pokok yang kami masih menunggu hasil pula adalah seperti jambu,  limau bali dan keledek. 


Pokok Mahkota Dewa yang lebat buahnya.  Orang kata banyak khasiatnya. 
Nantilah aku google apa khasiatnya. 

Antara buah kegemaran aku,  buah betik je.  Berbuah lebat tapi tiada yang 
ranum masa kami di sana.  Yang ada pon telah di makan burung

Hasil ubi yang dapat itu kita rebus dan makan bersama sambal ikan bilis. Sedap, lama dah rasanya tak makan macam ni.



Ubi rebus beserta sambal ikan bilis. Susah nak dapat makanan 
macam ni sekarang. Terutama di kata.

You Might Also Like

4 comments

  1. berbakti kpd tanah pasti akan ada hasilnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, tapi saya takde tanah plak nak berbakti

      Delete
  2. Banyaknya hasil ubi kayu tu.
    Kalau buat kerepek ubi pedas banyak dapat tu...
    Ubi rebus cicah sambal memang sedap

    ReplyDelete