920 : Facebook Group Suami Masak Apa Hari Ini?
Sejak-sejak PKP dulu, muncul dua Facebook Group yang agak viral di Malaysia. Di dahului dengan group Masak Apa Tak Jadi Hari ini. Tiba-tiba jer group ini menjadi viral dan sehingga kini, group itu telah mempunyai hampir 2 juta anggota. Banyak kali jugak aku menerima undangan untuk join group ni dari teman-teman FB, tapi aku rasa macam tak berminat saja untuk join. Sekadar tengok-tengok jer post yang ada dalam group tu yang kebanyakkannya adalah hasil masakan yang tidak menjadi. Kadang-kadang ada gak aku berfikiran jahat, bodoh sangat ker sampai jadi macam tu, tapi sekadar berfikir jer lah, tak sampai hati aku nak meninggalkan komen.
Logo Group Suami Masak Apa Hari Ini? (gambar google)
Kemudian, muncul pula satu lagi group yang dikatakan cuba mencabar kehebatan group Masak Apa Tak Jadi Hari Ini tu. Group Suami Masak Apa Hari Ni? mendapat sambutan hebat dari para suami dan bakal suami. Sehingga kini, group yang menyasarkan golongan suami dan bakal suami ini telah mengumpul seramai lebih 200,000 anggota, termasuklah aku. Hehehe.. Group ini memaparkan dan menyimpan koleksi kehebatan golongan lelaki di dapur. Oh ya, group ni hanya dibuka kepada golongan suami dan bakal suami sahaja, dan wanita dan isteri tidak dibenarkan. Oleh kerana peraturan ini, ramai isteri dan wanita di luar sana tidak berpuas hati dan marah kerana tidak dapat join sama sehingga timbul fitnah mengatanya bahawa ini group mempunyai niat jahat golongan suami. Hehehe.. sabor kak. Percayalah puan-puan sekelian, tiada yang jahatnya dalam group itu, semuanya mengenai masak memasak dan makanan sahaja. Janganlah berniat buruk, tak elok tu. Berdosa pada suami nanti.
Beberapa bulan lepas, group ni ada mengeluarkan apron exclusive khas untuk ahli-ahlinya. Pada masa itu aku ketinggalan keretapi, bila order dah tutup dan ahli-ahli yang membeli sudah dapat apron masing-masing baru aku tau adanya apron tu. Pada masa tu aku agak terkilan jugaklah, pasal terlepas peluang itu. Uhukss...
Tapi alhamdulillah, atas sambutan yang sangat hangat dan permintaan dari ahli yang sangat tinggi, jualan kali kedua pula dibuka pada 16 Jun 2020. Malam itu aku sudah bersedia dengan handphone dan tablet menunggu pukul 10.00 malam, menanti pintu kedai dibuka (beli secara online jer sebenarnya). Tepat pukul 10.00 malam, aku cuba membuat pembelian. Malangnya sistem sangkut disebabkan trafik yang tinggi. Ramai juga yang tersangkut nampaknya, termasuklah aku. Sehingga ke pukul 12.00 malam aku masih mencuba sehingga akhirnya aku berputus asa dan memutuskan untuk mencuba esok pagi sahaja. Tetapi percubaan terakhir aku berjaya, aku berjaya membuat tempahan tetapi tidak membuat pembayaran, kerana aku tak click button permbayaran secara online itu. Transaction aku masih pending. Takpe, esok pagi aku akan buat pembayaran.
Keesokan paginya, setibanya aku di pejabat, aku terus membuat pembayaran secara online. Transaksi aku berjaya, dan terus saja aku emelkan bukti pembayaran kepada pihak yang berkenaan. Sekarang, kita menunggu apron itu sampai. Tak sabar plak nak pakai masa masak kek nanti. Ahaks...
Pada 16 Julai 2020, genap sebulan menunggu, barang yang dinanti-nanti pon sampai. Alhamdulillah, semuanya sempurna. Tapi sehingga ke hari ini masih belum dirasmikan lagi.
Apron Ekslusif SMAHI
Tiba-tiba ada pulak sahabat yang jeles, katanya apasal tak belikan untuk dia sekali. Serba salah plak aku dibuatnya. Apa yang aku bole cakap cume tunggu kalau dia buka untuk sale lagi.
Pada 21 Julai 2020 aku menerima pesanan ringkas mengatakan barang aku akan dihantar hari ini oleh DHL. Konfius aku sekejap sebab aku takde pon beli apa-apa barang, yang ada pon barang masih lagi di China. Pikir punya pikir, barang yang hantar guna DHL ni adalah apron SMAHI. Apasal plak dia nak hantar lagi sebab aku dah dapat. Aku biarkan sahaja pertanyaan itu tanpa jawapan. Menjelang petang, barang itu sampai. Memang atas nama aku. Aku buka untuk memastikan barang apakah itu dan ternyata sepasang apron SMAHI lagi. Errmmm... Hadiah kot.
Sepasang lagi apron yang diterima. SMAHI bagi hadiah kat aku kot...
Aku cerita pada sahabat aku yang jeles tu pasal apron yang baru aku dapat. Dia kata dia nak. Aku kata nanti dulu, aku try nego dengan pihak SMAHI. Kalau boleh aku akan transfer duit pada mereka. Jadi, tak perlulah aku pulangkan...
6 comments
open lgi ke grup tu, rase macam nak join je...
ReplyDeleteTpi dh start keje cam biase hri minggu je la dapat masak..
masih open dan still aktif
Deleteharap2 bakal suami tu akan menjadi suami...hehehe jgn jd mcm bakal PM tu sampai ke tua. Cantik la apron tu. ada la pos 2 - 3 hasil masakan kat SMAHI tu masa PKP.
ReplyDeleteAbe doa2kan lah bakal suami tu cepat temu jodoh dan jadi suami, tak pon jadi PM. Hahaha.... ade gak dulu nampak abe nye post kat group SMAHI tu, skrg x post lg ke...
DeleteNak suruh Mr. A join grup ni jugaklah hahahaa... dia selalu jugak masak-masak untuk Mrs. A dan anak-anak hiks!
ReplyDeleteAhaks... bole mr a share resepi nanti
Delete