919 : Mari Menonton : Train To Busan: Peninsula
Ok, dah lama rasanya aku tak update ape-ape kat blog aku yang tak seberapa ni. Masalahnya, bukan malas, tapi aku sendiri sudah kekurangan idea dan cerita untuk ditulis menjadi kenangan. Tambahan pula, sejak-sejak PKPP ni, aku dah mula bertugas sepenuh masa di pejabat. Tiada lagi ‘work-from-home’. Kalau ade ‘work-from-home’ lagi, bole gak aku curi-curi masa untuk update ape-apa. Tambahan lagi kepada tambahan pula di atas, laptop aku kat rumah ni dah ada tanda-tanda nak jahanam. Dah lama benar laptop itu, sejak Jun 2009. Amik ko, dah 11 tahun, dah memang expired minta untuk diganti baru. Kata orang tua-tua, alah membeli menang memakai. Ahaks..
Tengahari tadi aku berpeluang untuk menonton sebuah filem terbaru yang ditayangkan di pawagam. Dah lama benar aku tak menonton wayang, sejak-sejak PKP diperkenalkan bulan Mac tempoh hari. Banyak filem-filem baru yang ditangguhkan tayangannya.
Poster filem
Filem yang aku tonton itu adalah sebuah filem Korea bertajuk Train to Busan: Peninsula. Filem ini adalah sambungan filem Train to Busan yang ditayangkan pada tahun 2016. Filem Train to Busan ini merupakan satu-satunya filem Korea yang telah aku tonton banyak kali, tapi aku tonton di Astro lah, bukan di panggung. Aku tonton di panggung hanya sekali, masa dia mula-mula keluar dulu.
Hero filem Train to Busan: Peninsula
Mana satu yang lebih hensem, yang ini kah atau yang dulu kah?
Walaupon ianya merupakan sambungan kepada filem Train to Busan, tetapi hero filem itu tiada dalam filem ini, kan kero dia dah jadi zombi dan dah terjun dari keretapi tu. Perempuan yang mengandung dengan anak hero tu yang terselamat pon takde dalam filem terbaru ni. Filem Train to Busan: Peninsula ini menceritakan tentang apa yang berlaku selepas empat tahun kejadian wabak penyakit misteri yang menyerang Korea Selatan. Semua rakyat telah di’evacuated’ dari Korea Selatan dan menjadi pelarian di negara-negara lain. Walau bagaimanapun, masih ada rakyat yang tertinggal dan survive dikalangan zombi.
Salah satu babak dalam filem ini
Bagaimanakah kumpulan ini boleh terus hidup di negara yang telah ditinggalkan? Apa pula yang terjadi kepada sekumpulan rakyat yang cuba masuk ke negara mereka kembali? Dapatkan mereka keluar? Nak tahu kisah selanjutnya, saksikanlah filem ini di pawagam-pawagam berhampiran anda. Oh ya, katanya ada orang Malaysia yang berlakon dalam filem ni. Malangnya aku tak kenal sapa tapi aku dapat rasa yang mana satu. Dan di akhir-akhir filem ni, ada sesuatu yang membanggakan aku sebagai seorang rakyat Malaysia. Nak apa, kene la tengok sendiri ye.
Bagi aku filem ni best dan menepati cite rasa aku. Tak rugi beli tiket dan tonton di pawagam.
Pawagam juga telah mengamalkan pejarakkan sosial. Rasa kekok gak mula-mula kene duduk jauh-jauh. Hehehe...
4 comments
nak tunggu keluar di Telegram n android box... maklum la di kelate x dok cinema.
ReplyDeletekene dtg KL lah klu nak tgk kat wayang... hehehe
DeleteBaca reviews memang menarik kisahnya ni.
ReplyDeleteMrs. A tunggu keluar Astro 1st/ Best jelah.
Nampak muka hero tu macam suka hero yang TTB Peninsula nih! muahahhaaa...
saya tak kenal pon hero tu sapa. saya bukan minat sangat korea ni. layan2 macam tu jer boleh lah..
Delete