894 : Masak Sendiri Makan Sendiri (Episod 15) - Puding Karemel
Di suatu malam yang sepi dan dingin, tatkala ramai orang yang sedang sibuk untuk beradu, mood datang pula untuk membaking. Memang sudah bercadang pon untuk membuat Puding Karemel tu selepas melihat resepinya di dalam IG. Sebenarnya menang sudah lama nak cuba resepi ni, tapi moodnya tak datang-datang sampai ke sudah, malam-malam buat itu baru datang mood. Makanya teruslah buat. Bahan-bahannya pula memang sudah dibeli beberapa hari lepas.
Aku menggunakan resepi yang mudah sahaja menurut IG resepisheilarusly.my yang dishare dari IG resepiibu.my. Bahan-bahannya adalah gula, telur, susu cair, susu pekat, esen vanila, air, periuk atau kuali, sudip, loyang mengikut saiz kegemaran dan oven untuk membakar. Kalau nak kukus pon boleh. Memandangkan saya tiada pengukus, saya mengoven sahaja.
Untuk maklumat lebih lanjut untuk bahan dan cara membuatnya, silalah layari IG-IG yang aku sebutkan tadi ye...
Adunan yang telah sedia untuk dibakar di dalam ketuhar.
Sila gunakan teknik water bath. Kalau tak guna tak tau la jadi ke tak,
sebab aku tak penah try pon.
Adunan yang sudah siap dibakar. Nampak macam tak cantik jer kan..
Aku masukkan ke dalam peti sejuk semalaman sebelum diterbalikkan.
Adunan yang telah diterbalikkan. Haaa... baru lah nampak cantik
Tapi karemelnya nampak kurang jer. Next time kalau buat,
kena banyakkan lagi.
Puding yang telah dipotong dan sedia untuk dimakan.
Jemput tengok semua..
Disebabkan aku menggunakan loyang yang ayak besar, makanya puding aku jadi nipis jer. Walau bagaimanapun, Alhamdulillah menjadi dan rasanya ada. Keesokan harinya, aku bawa puding itu untuk dijamu bersama ayah dan keluarga kakakku.
0 comments