892 : Catatan Perjalanan - Seoul, Korea Selatan (Episod 1) : Persediaan Awal
Alhamdulillah, aku dan tiga orang sahabat berpeluang sekali untuk menimba pengalaman di bumi asing. Kali ini kami telah ke salah sebuah destinasi yang tidak asing dengan rakyat marhein negara kita iaitu Seoul, Korea Selatan. Kami telah berada di sana dari 3 hingga 9 Oktober 2019. Ini merupakan pengalaman indah buat kami dan ternyata Seoul memberikan pengalaman yang berlainan dari destinasi-destinasi lain yang pernah kami sampai.
Tiket Penerbangan
Tiket penerbangan untuk kami bertiga telah dibooking pada bulan November 2018 yang lepas semasa syarikat penerbangan Air Asia sedang membuat promosi besar-besaran. Dapatlah kami tiket berharga RM729.00 tidak termasuk makanan dan bagasi. Kemudian, seorang sahabat lain telah menyatakan hasratnya untuk turut serta dalam trip kami ini dan dia terus membooking tiket beliau. Makanya, untuk trip kali ini, kami akan ke Seoul secara berempat, selalunya bertiga sahaja.
Buku merah jangan lupa bawa, moga-moga belum tamat tempoh.
Buku merah aku masih valid sehingga Ogos 2020
Penginapan
Untuk penginapan, kami telah menggunakan perkhidmatan AirBnB sekali lagi. Beberapa bulan sebelum fly, kami telah melakukan survey harga di AirBnB dan juga perkhidmatan penginapan yang lain untuk penginapan yang mampu bayar oleh kami. Kebanyakkannya agak mahal bagi kami. Yang murah pula agak jauh dari pusat bandar dan rumahnya tidak berkenan di hati kami. Akhirnya kami telah bersetuju untuk menyewa sebuah rumah kecil tiang seribu, tiga bilik tidur, satu bilik mandi di kawasan Cheongpadong, lebih kurang 15 minit berjalan kaki ke Seoul Station, tetapi cuma kurang 5 minit berjalan kaki ke stesen metro yang terhampir iaitu Sookmyung Women's University Station. Harga untuk 7 hari 6 malam kami di sana adalah sebanyak RM1,996.00, tidak termasuk caj perkhidmatan yang dikenakan oleh pihak bank untuk transaksi luar negara.
Inilah rumah kecil tiang seribu kami di Seoul. Kecil tapi selesa.
Diapit oleh sebuah restauran dan salon rambut
Itinerari
Itinerari kami padat dengan aktiviti dan destinasi yang akan kami lawati. Bagi kami itinerari ini amat penting sebagai rujukan dan panduan arah ke mana destinasi yang akan ditujui agar masa yang amat berharga di sana tidak dibazirkan tidak tentu hala. Di dalam itinerari tersebut juga ada tercatat kos pengangkutan awam, kos untuk tiket-tiket masuk ke pusat-pusat wisata dan juga cara untuk ke satu-satu destinasi. Memandangkan kami akan menggunakan kenderaan awam, maka maklumat-maklumat seperti stesen metro dan nombor bas amatlah penting.
Untuk kunjungan kami ke kawasan wisata terkenal di Korea, tiket-tiket masuk kebanyakkannya kami beli di Malaysia untuk mendapatkan harga yang lebih murah. Kesemua tiket-tiket tersebut kami beli dari klook. Tiket perkhidmatan keretapi AREX pergi balik dari Incheon International Airport ke pusat bandar Seoul berjumlah RM38.00 sahaja. Memandangkan ada baucer yang diberikan oleh klook, makanya harga tiket AREX itu, kami hanya bayar sebanyak RM30.50 sahaja seorang. Tiket masuk ke Lotte World juga kami beli pada harga RM108.00 seorang. Tiket masuk ke Korean Folk Village pula pada harga RM44.00 dan tiket ke NSeoul Tower beserta Hello Kitty Island berharga RM38.00 seorang. Kami juga telah membuat tempahan tiket keretapi ITX ke Stesen Gapyong untuk ke Pulau Nami dengan harga KRW5,900 sehala dan perlu dibayar menggunakan kad kredit dan setelah mendapat bil kredit kad itu, KRW5,900 itu berharga RM21.20.
Matawang Korea Selatan (Won)
Matawang Korea Selatan, Won juga perlu ditukarkan. Kata orang kalau ditukar di Korea sana, kita akan dapat sikit. Tak pasti pula akan kebenaran ini. Walau apa pon kata orang, aku lebih senang tukar sahaja di Malaysia. Kadar tukaran asing untuk Ringgit Malaysia berbanding Won Korea Selatan sepanjang pemerhatian aku sebelum fly ke Korea adalah di antara RM3.45 hingga RM3.70 berbanding KRW1,000. Aku membuat pertukaran sebanyak dua kali iaitu KRW300,000 untuk pertukaran pertama dan KRW300,000 lagi untuk pertukaran kedua. Makanya aku hanya membawa sebanyak KRW600,000 iaitu lebih kurang RM2,100.00. Banyak gak tu kan... Ermm...
Tiket ITX yang dibooking untuk ke Nami Island.
Matawang Korea Selatan (Won)
Matawang Korea Selatan, Won juga perlu ditukarkan. Kata orang kalau ditukar di Korea sana, kita akan dapat sikit. Tak pasti pula akan kebenaran ini. Walau apa pon kata orang, aku lebih senang tukar sahaja di Malaysia. Kadar tukaran asing untuk Ringgit Malaysia berbanding Won Korea Selatan sepanjang pemerhatian aku sebelum fly ke Korea adalah di antara RM3.45 hingga RM3.70 berbanding KRW1,000. Aku membuat pertukaran sebanyak dua kali iaitu KRW300,000 untuk pertukaran pertama dan KRW300,000 lagi untuk pertukaran kedua. Makanya aku hanya membawa sebanyak KRW600,000 iaitu lebih kurang RM2,100.00. Banyak gak tu kan... Ermm...
Pocket Wifi
Kami juga telah mendapatkan perkhidmatan pocket wi-fi dari Roamingman.my berjumlah RM84.00 untuk sepanjang percutian kami. Memandangkan ada diskaun yang diberikan oleh pihak Roamingman, maka jumlah yang perlu dibayar oleh kami cuma RM74.00. Pocket wi-fi ini kami self-collect di KLIA2 sebelum penerbangan dan hanya akan aktif bila tiba di Korea. Tiada wang deposit yang diminta dan perkhidmatan wifi ini sangat memuaskan.
Makanan
Soal makan juga perlu diambil berat memandangkan makanan yang halal agak sukar diperolehi di sana dan harga yang agak mahal. Makanya kami membawa bekalan makanan kami sendiri. Dua kilo beras, dua buku roti, tiga peket meggi, dua tin sardin sederhana, dua tin tuna, pelbagai jenis biskut, pelbagai jenis jajan, makanan segera Brahim's dan Knorr adalah sebahagian darinya. Alhamdulillah, bekalan kami laku keras cuma tinggal sedikit sahaja yang berbaki dan kami tinggalkan sahaja di rumah itu untuk tetamu yang akan datang.
Add-On Flight Ticket
Kami juga telah membuat add-on kepada tiket penerbangan kami dengan menambah makanan dan bagasi. Makanan untuk pergi dan balik berharga RM30.00 dan kos bagasi berjumlah RM322.00, 25kg untuk penerbangan pergi dan 30kg untuk penerbangan balik yang dikongsi bersama. Pengalaman memberi pengajaran yang berguna, adalah lebih baik jika bagasi balik itu beli yang 40kg. Sebab 30kg itu tidak cukup untuk mambawa hasil-hasil tangkapan di sana yang banyak. Hahaha..
Dua bagasi yang didaftarkan. Berat kedua-duanya tidak melebihi 25kg
Makanan untuk flight pergi aku. Sedap jugak makanan ni,
tak cukup pulak rasanya makan sebungkus
Travel Insurance
Tidak dilupa untuk mendapatkan insuran perjalanan sebagai perlindungan sepanjang perjalanan kami di sana. Insuran ni kami ambil sendirian berhad. Aku telah mendapatkan perkhidmatan dari Etiqa 360 yang mana perlindungannya adalah yang terbaik yang dapat aku cari. Harga untuk perlindungan sepanjang aku di Korea adalah sebanyak RM48.70 yang mana aku beli secara online sahaja.
Kad T-Money
Untuk perjalanan kami di sana, kami akan menggunakan pengangkutan awam seperti metro dan bas. Oleh kerana itu, kad T-Money adalah diperlukan. Kad T-Money ni macam kad Touch 'N Go lah kalau kat Malaysia ni. Kad T-Money ni boleh didapatkan di Korea sana, tetapi kami berjaya mendapatkannya di Malaysia secara percuma sahaja. Apa yang perlu dilakukan adalah register secara percuma di laman web Korea Tourism Organization Malaysia dan carilah Discount Coupon. Jawab soal selidik yang disediakan dan selepas selesai kita akan dapat emel pengesahan. Discount Coupon Booklet beserta kad T-Money ini boleh diambil di Pejabat Korea Plaza, Menara Hap Seng, Jalan P. Ramlee KL. Kad yang dapat tu kosong ye, sampai di Korea sila top-up.
Pintu masuk Korea Plaza di Menara Hap Seng, Jalan P. Ramlee
Barang-barang yang dapat secara percuma di Korea Plaza
termasuk kad T-Money
Bajet
Untuk ke Korea ni, total perbelanjaan mengikut perancangan itinerari kami berjumlah hampir KRW670,000 lebih kurang RM2,400.00. Bukanlah satu jumlah yang boleh dikatakan kecil. Selalu terbaca ada traveller yang boleh ke Korea selama 4 hari 3 malam atau lebih dengan kos RM1,000.00 sahaja atau kurang. Ramai jer yang berebut-rebut nak tunjuk skill melancong dengan bajet yang sedikit. Tapi bagi aku, buat ape nak travel cheap kalau ko kene tidor tepi jalan atau di stesen keretapi atau bas dan ikat perut makan meggi jer. Kan.....
Siap semuanya, kita hanya menunggu masa untuk terbang sahaja.
Di KLIA2 pada pukul 6.25 pagi
6 comments
next time nk join affeez melancong. boleh ke?
ReplyDeletebole jer....
DeleteWishlit nk pergi korea lepas ni. Tapi dapat tiket flight ok juga tu. Kne bersabar setahun untuk pergi bercuti ni hehe bestnyaaa melanconggg
ReplyDeleteFollowed here #97
Hai Aiman. Beli tiket dulu pastu baru pikir yang lain2. Macam kami, tiket memang beli awal, ade kalanya setahun lebih awal, klu ade promosi lah...
DeleteSeronok dapat kawan-kawan traveller satu kepala.
ReplyDeleteAdoiii! fening urusannya sebab Mrs. A nih selalu follow kengkawan yang rajin uruskan bila dah kahwin pulak husband yang uruskan huhuhu...
Alhamdulillah ler kawan2 travel saya semua sekepala. Utk trip ni kebanyakkanya saya yg uruskan.. so, mmg ikut taste saya la... hahaha.. nak tak nak kene ikut gak...
Delete