893 : Catatan Perjalanan - Seoul, Korea Selatan (Episod 2) : Dari KLIA2 Ke Incheon

Episod sebelumnya (Episod 1)

Jujur aku katakan bahawa Korea Selatan bukanlah destinasi yang tercatat di dalam wish list aku. Mungkin kerana aku menyampah lagi meluat melihatkan peminat-peminat tegar K-Pop dan rancangan-rancangan hiburan dari sana (especially Running Man), maka aku terus menghalang diri aku untuk terjebak dengan semua benda yang berunsurkan Korea itu. Tetapi, Allah itu Maha Adil, aku telah boleh menerima pengaruh-pengaruh Korea itu ke dalam diri aku sejak-sejak aku membooking tiket penerbangan ke Seoul, Korea Selatan. Aku mula mendengar muzik-muzik K-Pop dan mula melayan filem-filem negara itu walaupon tidak meminatinya. Filem Korea yang pertama aku tonton sampai habis adalah Train To Busan. Jangan ditanya samada aku kenal atau tidak arits-artis Korea, memang aku tak kenal, tengok macam sama jer muka diaorang especially artis-artis K-Pop tu. Terlebih mekap kot.

3 Oktober 2019 (Khamis)

Seawal pukul 3.00 pagi, aku sudah bangkit dari peraduan. Dengan mengantuk tetapi teruja aku mempersiapkan diri untuk perjalanan jauh hari ini. Barang-barang semua sudah aku siapkan dua tiga hari yang lepas, barang-barang penting semua sudah dimasukkan ke dalam beg. InsyaAllah, tiada apa yang tertinggal.

Tatkala orang masih dibuai mimpi, Abang Grab yang dibooking pagi itu tiba pada waktu yang dijanjikan, 4.00 pagi dan kami meneruskan perjalanan kami ke KLIA2. Kami tiba di KLIA2 lebih kurang pukul 4.30 pagi dan terus ke kaunter untuk check-in luggage. Semua urusan pagi itu dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Tidak dilupa oleh kami untuk mengambil pocket wifi yang telah dibooking di kaunter syarikat berkenaan di kawasan departure itu juga. Selesai urusan pagi itu dan kami telah disatukan dengan sahabat kami yang seorang lagi tu, kami lepak untuk minum pagi di salah sebuat restoran di sana. Tak ingat plak restoran yang mane, Paparich kot. Walau bagaimanapun, aku cuma minum sahaja, takde selera nak makan pagi-pagi buta macam tu.

Menunggu waktu boarding. Kasut baru tu dibeli khas untuk ke Korea

Lebih kurang pukul 6.15 pagi kami masuk ke balai berlepas. Semua urusan juga dipermudahkan di sini. Pukul 7.40 pagi , pesawat D7 504 berlepas meninggalkan KLIA2.

Beruntunglah kami bertiga kerana ditempatkan di zon senyap manakala seorang lagi sahabat kami telah memilih untuk duduk di bangku terakhir pesawat itu. Makanya, memang aman dan damai di sini, hanya kedengaran staf penerbangan sahaja yang lalu lalang di situ dan kadang kala kedengaran bunyi orang berdengkur. Walau bagaimanapun, walaupon tidak cukup tidor malam itu, aku masih tidak mampu untuk lena. Hanya tidor-tidor ayam sahaja. 

Tiba masa untuk makan, aku mendapat makanan yang aku order, Chef Hong's Korean Sweet and Spicy Chicken dengan air mineral. Sebab nak ke Korea, itu pasal lah aku memilih menu ini. Sahabat yang lain pula memilih Nasi Lemak Pak Nasser dan ape ntah yang sorang lagi tu makan. Seorang lagi sahabat yang kat belakang tu tak tau la dia makan ape. Hihihi...

Chef Hong's Korean Sweet and Spicy Chicken, sedap ayam dia tu.

Tujuh jam kemudian...

Kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon lebih kurang pukul 3.00 petang waktu tempatan. Hati mula berdebar-debar untuk bersemuka dengan pihak imigresen dan kastam Korea. Banyak sangat terbaca kes rakyat Malaysia yang disekat dari memasuki Korea atas sebab-sebab yang remeh-temeh dan dihantar pulang serta-merta. Aku berserah sahaja, kalau niat kita ke sana adalah baik, InsyaAllah dipermudahkan.

Bunga-bunga orkid menghiasi lapangan terbang. 
Ingatkan plastik, rupanya tulen bang...

 Beratur menunggu train untuk ke bangunan utama 
lapangan terbang

Sampai sahaja di bahagian imigresen, barisan yang beratur sudah panjang. Nampaknya bukan flight kami sahaja yang tiba, rasanya ada tiga atau empat flight lain yang tiba dalam masa yang sama. Aku lihat, staf imigresen macam tak banyak soal, semuanya lepas dengan mudah. Sampai turn aku, pasport aku diserahkan kepada puan imigresen, check check check..., sila pandang ke kamera...., sila letakkan jari di panel..., dipulangkan pasport aku dan aku dilepaskan masuk ke Korea. Alhamdulillah, kami semua lepas dengan mudah. Welcome to Korea guys.

Kami ambil bagasi masing-masing. Kali ni, apalah nasib kami untuk lepas kawalan kastam pula. Tiada apa yang kami diisytiharkan. Hati masih berdebar-debar kerana kami ada membawa makanan bersama. Kalau tengokkan borang deklarasi tu macam tiada apa yang perlu diisytiharkan, siap kami confirm lagi ngan puan flight attendant. Sampai sahaja di bahagian kastam, aku menyerahkan borang deklarasi itu kepada encik pegawai yang bertugas. Sebelum sempat aku belok ke kanan untuk ke kaunter kastam (yang ada scanner beg tu), encik pegawai itu suruh aku jalan terus dan keluar. Wah... senangnya. Huhu... barulah sah kami dapat masuk ke Korea. Alhamdulillah.

Bagasi kenangan. Pertama dan terakhir kali digunakan.
Sampai jugak ko ke Korea

Balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon nampak gah dan besar. Lebih besar dan sibuk dari KLIA kita. Ke sana ke mari orang berpusu-pusu menarik bagasi menuju tujuan masing-masing. Kami duduk sebentar di kawasan rehat yang disediakan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang asing. Takut cultural shock plak nanti, hahaha. Salinan tempahan untuk keretapi AREX dikumpulkan untuk ditukarkan kepada tiket. Ada sahabat yang ke kedai serbaneka berhampiran untuk membeli air dan sedikit makanan, lapar katanya. Dan kami juga telah top-up kad T-Money kami di kedai yang sama. Masing-masing telah top-up sebanyak KRW50,000 untuk perjalanan kami sepanjang tempoh kami di Seoul. Harap-harap cukup kerana bajet yang kami kira sebelum ini berjumlah tidak sampai KRW40,000.

Kami menuju ke stesen keretapi untuk ke pusat bandar. Bertanya di Kaunter Informasi setelah kami agak hilang arah di situ. Puan kaunter itu menunjukkan arah ke mesin layan diri untuk menukarkan salinan booking itu ke tiket. Agak kasar layanan cik puan itu, tapi tak mengapalah, aku tengah happy, tak perlu nak bermuram durja pulak pasal cik puan itu. Salinan booking terus ditukarkan kepada tiket untuk waktu berlepas yang paling awal. Walaupon tiket itu telah dibayar, tetapi mesin itu meminta deposit pulak sebanyak KRW2,000 bagi keempat-empat tiket. Damn you machine... Deposit ni boleh dituntut kembali di Stesen Seoul. Cari jer Deposit Machine, masukkan tiket tu dan akan dapat balik wang deposit tersebut, KRW500 untuk satu tiket. Kalau tiket hilang, tak dapat lah deposit ye.

Kami menunggu train kami di stesen keretapi yang gah itu. Tidak lama menunggu, train pon sampai dan berlalu pergi. Teruja hati untuk melihat Korea buat kali pertama. Perjalanan dari Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon ke Stesen Seoul mengambil masa lebih kurang 1 jam.


Permandangan pertama Seoul di luar Stesen Seoul

Hari sudah beransur gelap tatkala kami tiba di Seoul Station walaupon baru pukul 6.00 petang. Suhu juga agak sejuk. Kami decided untuk berjalan kaki sahaja, disebabkan kami malas untuk mengambil metro yang hanya satu stesen sahaja untuk ke rumah penginapan yang telah dibooking oleh kami. Menurut tuan rumah, lebih kurang 10 minit sahaja berjalan kaki dari Seoul Station. Berjalanlah kami berempat menarik bagasi masing-masing sambil diperhatikan oleh masyarakat setempat. Hahaha... Terasa jauh pulak berjalan, akhirnya sampai juga kami di penginapan kami. Rumah itu memerlukan code number sahaja untuk masuk, maka tak perlulah tuan rumah hadir untuk menyerahkan kunci. Sepanjang aku di sini, aku tidak pernah bersua muka dengan tuan rumah, hanya berhubung menggunakan mail AirBnB sahaja. Aku pon tak pasti sama ada dia tu tuan atau puan.

Pintu hadapan rumah penginapan kami di Seoul

Rumahnya biasa dan kecil tetapi selesa untuk kami berempat. Tiga bilik tidur dan sebuah kamar mandi, dapur, ruang makan dan ruang tamu. Rumah dan tandasnya bersih semasa kami check-in dan cukup dengan kelengkapan dan kemudahan asas. Semua memilih bilik masing-masing, pasangan suami isteri di bilik pertama berkatil queen, isteri tanpa suami di bilik kedua yang juga berkatil queen dan aku yang forever alone di bilik ketiga berkatil single. Bilik-biliknya juga selesa cume aku dapat bantal lembek yang kurang selesa bagi aku untuk tidor (dah last day baru aku terjumpa bantal extra kat dalam kabinet di ruang tamu.. demn). Bila dah dapat bilik, kami merehatkan diri masing-masing.


Suasana di dalam rumah penginapan.

Malam itu, kami semua keluar untuk ke destinasi pertama kami di bumi Seoul. Kami menaiki metro dari Stesen Sookmyung Women's University ke Stesen Dongdaemun. Keluar dari stesen itu kami agak hilang arah. Tak tahu ke mana arah nak dituju ke Dongdaemun Market. Papan tanda arah pon takde. Applikasi Google Map juga tidak membantu untuk memandu arah. Jadinya, kami berjalan sahaja tanpa arah dan akhirnya telah membawa kami ke Cheonggyecheon Stream. Cheonggyecheon Stream ni memang ada dalam itinerari lawatan kami, memandangkan dah sampai sini, kami teruslah lepak-lepak di kawasan itu.

Permandangan sekitar Seoul. Tak tahu nama binaan ini apa.

Sisi gelap Seoul waktu malam yang ramai tak nampak



Permandangan sekitar Cheonggyecheon Stream waktu malam.
Kalau waktu siang mesti lebih cantik

Kamudian kami terus ke kawasan jualan berhampiran stream itu. Kami husnuzon jer mengatakan itulah Dongdaemun Market memandangkan banyak kedai-kedai menjual barang-barang di situ. Memandangkan hari dah hampir lewat malam, kebanyakkan kedai-kedai di situ telah ditutup. Kami sekadar membeli buah pisang (yang besar dan sedap dan banyak) pada harga KRW5,000 dan buah anggur (anggur yang pernah kami makan semasa di Kawaguchiko, Jepun) dengan harga KRW5,000 juga.

Sekitar Dongdaemun Market. Banyak kedai yang telah ditutup

Kami meneruskan perjalanan kami hingga ke Dongdaemun History & Culture Park. Di sini pon macam ade pasar malam dan produk yang dijual kebanyakkannya adalah baju-baju musim sejuk. Macam pasar bundle jer atau orang-orang sekarang sebut pre-loved. Aku pon tak tau ape tu pre-loved item.


Sekitar Dongdaemun History & Culture Park

Menghampiri pukul 11.00 malam kami menapak semula ke Stesen Dongdaemun untuk kembali ke rumah penginapan kami.

Susu Pisang, minuman wajib semasa di Korea


You Might Also Like

4 comments

  1. hanya mampu membaca n melihat. harap2 ada rejeki nak ke sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah abam.. satu hari nanti mesti bole pi, booking la tiket dulu. kalau dah booking tu, mesti jadi

      Delete
  2. masih merancang untuk pergi korea ni. bestnya la kalau dapat pergi sana ni.

    ReplyDelete