889 : Selamat Hari Raya Idul Adha 1440H/2019M

Assalamualaikum dan masih belum terlewat untuk aku mengucapkan ucapan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh umat Islam di Tanah Melayu ni. Mungkin masih ada yang masih berkorban di luar sana. Meriahlah raya tahun ni kalau macam tu. Tak macam aku, Raya Aidil Adha ni seumpama hari-hari biasa sahaja, cuma dapat cuti extra, itu yang best.

Menjelang Aidil Adha 1440H/2019M (10 Ogos 2019, Sabtu)

Perancangan sambutan Aidil Adha keluarga aku tahun ni akan disambut di kampung aku di Selayang Bharu. Adik beradik aku akan pulang ke kampung halaman kami pada esok hari iaitu pada Hari Raya itu sendiri. Semuanya duduk area KL Selangor, maka tak perlu menempuh jem untuk pulang ke kampung, macam mereka yang pulang ke Kelantan Terengganu tu. Juadah untuk hari raya akan dilakukan secara pot-luck sahaja. Kakak akan menyediakan rendang ayam dan nasi impit, adik akan memasak di rumah mertuanya dan akan dibawa ke Selayang manakala abang pula belum merancang apa-apa. Aku pula disuruh untuk membuat agar-agar pasal itu sahaja yang aku tau buat.. hahaha

Makanya, lebih kurang pukul 11.00 pagi aku memulakan projek agar-agar aku. Aku cuma buat Agar-Agar Santan Gula Merah sahaja seperti yang aku selalu buat tu. Alhamdulillah, menjadi dengan cantiknya walaupon pada taste aku agak kurang manis.

Agar-agar Santan Gula Merah aku pada hari itu. Alhamdulillah menjadi

Selepas itu aku dan seorang sahabat memulakan projek kedua untuk menyediakan Kek Sarang Semut pula. Kek ni aku pernah buat dua kali sebelum ni, yang mana yang kedua tu agak tidak menjadi walaupun rasanya sedap, mungkin sebab terlebih pukul pasal aku pakai mixer masa tu. Kali ni, aku buat semuanya secara manual. Diperam selama tiga jam setengah sebelum dimasukkan ke dalam oven. Alhamdulillah, kali ni menjadi. Kata orang sedap, aku tak rasa sebab sahabat ambil semuanya bawa pulang ke kampungnya. Jangan kecam, kek tu memang dia punya, semua bahan dia beli aku cume tolong buatkan walaupon ade sedikit kesilapan teknikal pada awalnya. Rugi secawan gula...

Selepas itu kami menyediakan makan tengahari pula sebab perut dah lapor. Makan tengahari agak mewah dibuat secara gotong royong sesama sabahat. Menu kami petang itu merupakan ikan kembung goreng, sayur kangkung goreng, sayur kobis masak lemak dan sambal totok. Alhamdulillah, kenyang perut suka hati.

Petang itu aku memulakan projek ketiga pula. Kali ni aku lakukan secara solo sahaja. Aku menyediakan Kek Oren. Pernah buat sebanyak dua kali sebelum ni yang mana yang pertama tu haram tak jadi, terpaksa dibuang semuanya pasal bantat pasal terlupa letak baking powder. Pastu di luarnya nampak cantik tetapi tak masak di dalam nye. Kali kedua aku buat amat menjadi dan gebu walaupon rasanya orennya agak kurang pada taste aku. Kek kali ini pula juga agak tidak menjadi, macam taknak naik jer walaupon aku guna tepung kek ditambah lagi dengan baking powder. Walau bagaimanapun rasanya sedap dan habis dibelasah oleh kami.
Kek Oren aku yang tak berapa nak jadi walaupon rasanya sedap

Malangnya, selepas aku mengeluarkan kek itu dari oven, aku rasa tidak sedap badan secara tiba-tiba. Tekak rasa loya-loya, perut rasa sebu, berangin dan rasa macam nak pengsan pon ada. Ini semua gara-gara aku memakan buah duku-langsat, ke buat dokong (konfius aku sekejap duku-langsat ke dokong) yang aku beli di pasar malam semalam. Aku pernah kene macam ni sebelum ni akibat makan buat yang sama, tetapi semalam macam terliur jer tengok buah tu, itu yang aku beli sekilo. Makanya, terbaring lah aku sepanjang malam itu dan kerap ke tandas kerana cirit-birit dan muntah-muntah....

Hari Raya Aidil Adha 1440H/2019M (11 Ogos 2019, Ahad)

Hujan turun dengan lepat malam itu membawa ke subuh. Alhamdulillah aku rasa ok sedikit pagi ini. Lebih kurang pukul 8.00 pagi, aku dan sahabat berjalan kaki menuju ke masjid berdekatan untuk bersolat sunat hari raya. Masjid dipenuhi dengan jemaah yang rata-ratanya warga asing yang mencari rezeki di sini. Usai solat, kami pulang ke rumah dan bersarapan ala kadar sahaja sebelum sahabat pulang ke kampung halamannya yang juga di Selayang. Aku pulang ke kampung pada pukul 11.30 pagi itu.

Suasana takbir raya sebelum solat sunat Aidil Adha

Aku sampai dahulu nampaknya. Ayah seperti biasa, nampak sihat walaupon keadaan dan minda tidak segagah dan sesihat dahulu. Tiada apa yang aku buat, hanya menunggukan saudara-saudara ku sampai. Akhirnya aku terlelap. Aku tersedar tatkala terdengar bunyi riuh rendah diluar. Dah sampai rupanya adik aku dan famili. Dan entah bila pula famili abang aku sampai, tak perasan pulak aku.

Adik aku datang membawa bersama ketupat palas, nasi impit, nasi beriyani, ayam masak merah, rendang daging, kuah kacang dan masak lodeh. Abang pula datang membawa mee kari. Katanya mee kari tapi tak macam mee kari pon, mee kari improvised katanya. Apa-apa pon semua makanan itu sangat sedap. Aku pula datang membawa agar-agar, kek oren, buah tembikai dan buah dulu-langsat yang menyebabkan aku sakit semalam tu.

Ketupat palas yang adik bawak

Mee kari yang abang bawak

Kakak dan famili pula sampai agak lewat kerana mereka singgah ke rumah ibu mertuanya. Kakak datang membawa bersama rendang ayam dan nasi impit serta dua jenis kek. Rendang ayam tersebut katanya agak special sebab itu adalah rendang ayam coklat. Sebab kakak termasuk coklat yang disangkakan kerisik. Makanya, rasanya agak pelik sikit la... hehehe...

Kek Oren kakak. Lebih kurang kek oren aku jer, tak naik gebus.. hahaha

Rendang Coklat. Spesial from kakak... hehehe

Juadah Hari Raya kami. Walaupun sorang bawak sikit
Jadinya penuh satu meja..

Sesudah itu, kami berbual kosong sampai ke malam...

Hari Kedua Aidil Adha 1440H/2019M (12 Ogos 2019, Isnin)

Hari ni cuti ganti sempena Hari Raya Aidil Adha. Makanya aku duduk rehat-rehat sahaja di rumah. Bestnya... 

You Might Also Like

8 comments

  1. Selamat hari raya Aidil Adha Afeezz.
    Alhamdulillah hari raya Aidil Adha yang penuh makna gittew...
    Cantik jer... kek Oren tu Mrs. A tengok.
    Kenapa takde gambar kek sarang semut?
    Kek sarang semut tu kalau banyak sarangnya maknanya menjadilah tu hahahaa...
    Alahai! camne tu coklat boleh disangka kerisik mujur tak banyak kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidil Adha Mrs. A
      Hehehe.. kek oren tu nampak cantik tapi x naik gebus, keras sikit tp habis gak orang makan..
      kek sarang semut plak tak smpt nak amik gambar pasal tuannya dan bawa balik umah. katanya sedap gak sampai sy pon tak dpt nak rasa
      kes coklat tu tak tau la aper kesahnye...

      Delete
  2. lama x dengar cerita. masih sihat dan gagah ke? masih di klinik kesihatan UM? terima kasih la sbb sudi follow blog abe kie tempohari. keep in touch, ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. lama gak tak dgr berita abam kie, dulu pakai nick laen kan. skrg sy dah keje tempat lain tp masih di UM. mintak transfer, dah boring 13 tahun dah kat situ

      Delete
  3. Salam Aidil Adha cikguzim. terime kasih sudi singgah sini

    ReplyDelete
  4. AVG antivirus is the highest point of the line antivirus for the confirmation of your automated contraptions. It is expected to keep you ensured and secure. It verifies your critical data and archives, out of the compass of software www.avg.com/retail
    . It analyzes the data set away in your PC paying little respect to whether you are away from your PC.

    ReplyDelete
  5. com primevideo mytv : It’s valid link to activate com amazon mytvin your smart tv, just you need to visit given link and enter prime video mytv activation code. Prime Video has a wide repertoire of movies and series that will vary depending on the geographic area from where the subscription to the service is made.

    ReplyDelete