890 : Masak Sendiri Makan Sendiri (Episod 14) - Crunchy Brownies Cookies

Cuti panjang dua minggu lepas sempena Awal Muharram amat membosankan. Walaupon cuti panjang, tapi aku tiada apa-apa aktiviti yang dijalankan selain makan-tidor-makan-dan-tidor-semula. Oleh kerana tahap kebosanan telah sampai ke kepala, aku pon merajin kan diri untuk membuat sesuatu. Resepinya dishare oleh seorang rakan di facebook beliau. Nampak macam mudah. Semua bahan dah ada. Sebenarnya bahan-bahan yang dibeli itu kononnya nak buat churros, tapi diperam sahaja, churros nye tak jadi-jadi jugak. Akhirnya aku putuskan untuk membuat Crunchy Brownies Cookies sahaja.

Campak-campak bahan akhirnya jadi juga Crunchy Brownies Cookies aku tu. Walaupon tak sekata ketebalannya. Sebelah crunchy dan sebelah lagi chewwie gitu, nampak sangat tak pandai buat. Apa-apa pon rasanya tidak megecewakan dan kene plak dengan taste mak. 

Adunan yang sedia untuk dibakar. Kalau tgk video resepi tu, dia masuk dalam satu tray jer, 
tp bila aku masukkan dalam satu tray, jadi macam banyak sangat plak. 
Nak keluarkan pon dah tak bole. Jadinya, kita bakar jer.....

Nampak tak ketebalannya yang tidak sekata itu.

End product. Jemput tengok semua.

Seperti biasa, aku pon share lah kat IG ngan FB. Ramai pulak yang berkenan.

Gambar di IG dan FB. Presentation kene la A+. Tu pasal ramai yang mintak resepi.

Makanya, cuti panjang minggu ini sempena Hari Malaysia, aku buat lah sekali lagi dan siap beri tunjuk ajar kepada seseorang yang berkenan kat cookies itu. Alhamdulillah, menjadi. 

Kali kedua buat untuk kakak kesayangan

Ini untuk anak-anak buah. Diaorg tak makan kacang katanya. Rugi la...

End product. Lebih baik dari yang lepas.

Dan aku share sekali lagi kat IG ngan FB. Ramai plak yang mintak resepi. Aku pon share je lah. Benda baik kan baik kita kongsi bersama. Semoga ilmu sedikit itu dapat dimanfaatkan. Dapat gak aku pahala.


Resepinya, kalau berkenan boleh lah cuba ye. Terima kasih kepada yang sudi share.

You Might Also Like

4 comments

  1. Kalau masuk rancangan realiti Hero Oven pasti menang nih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... tak confident lg nak masuk ape2 pertandingan. Banyak lagi kene belajar...

      Delete
  2. Sedapnya....Brownies special ni - separa crunchy-chewie. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... sebab tak rata letaknya atas tray tu, sebelah nipis sebelah tebal, tu yg jadi macam tu...

      Delete