878 : Masak Sendiri Makan Sendiri (Episod 10)
Hari minggu yang lepas, tatkala aku sendirian keseorangan dan kebosanan di rumah, aku pon bercadang la untuk menyediakan juadah untuk makan tengahari aku hari itu. Masalahnya, apa pon tiada di rumah, cuma ada bawang, bawang putih, kentang dan ikan bilis. Nak kuar beli barang dapur pon malas ketika itu, ditambah pula tahap kesihatan aku yang tak berapa nak elok.
Menggunakan bahan-bahan yang ada itu, aku pon terpikir nak wat jemput-jemput kentang sahaja. Maka bermula la misi aku membuat jemput-jemput itu. Memula, aku google lah resepi nak membuat jemput-jemput. Nampaknya macam mudah je, cume campak-campak sahaja, pastu gaulkan sampai sebati. Aku hanya menggunakan bawang, kentang, tepung gandum dan air. Kemudian aku campakkan sedikit ikan bilis, garam dan serbuk lada hitam, gaulkan sampai sebati.
Adunan jemput-jemput kentang sedia untuk dijemput ke dalam kuali
Kemudian, jemput-jemputkan adunan tadi ke dalam kuali dengan minyak yang telah panas dan gorengkan sahaja sampai kekuningan.
Jemput-jemput yang sedang digoreng
Bila sudah kekuningan dan rasa-rasanya dah masak, ambil dan toskan lebihan minyaknya. Kemudian hidangkan.
Seperti biasa, presentation mesti kene A+, baru lah nampak
menyelerakan walaupon tak berapa sedap rasanya.
Violla... Siap dah jemput-jemput kentang bersama bawang dan ikan bilis, bila makan dicicah bersama sos cili. Rasanya tidak mengecewakan. Jemput tengok semua...
0 comments