859 : Butuh Lebih Sering Liburan (Episod 8)
Tahun 2018 ni agak sedih kerana tidak dapat bercuti ke destinasi internasional. Memandangkan tahap kewangan yang agak merudum tahun ini, maka dengan berat hati, terpaksa aku lepaskan seketika aktiviti yang paling aku suka ni. Cuti-cuti Malaysia pon agak kurang, cuma berpeluang ke Cherating, Johor dan Port Dickson sahaja nampaknya sehingga akhir tahun ini. Apa-apa pun, aku redho dan pasrah dengan ketuntuan ini, uhuks.
Walau bagaimanapun, memandangkan syarikat penerbangan kegemaran rakyat marhaen Malaysia sedang menjalankan aktiviti promosi tambang murah secara besar-besaran, aku dan sahabat tidak mahu melepaskan peluang ini. Setiap peluang harus digunakan dengan sebaik-baiknya, walaupon pada masa ini poket dan bank akaun aku juga sudah hampir kekeringan. Itu belakang kira, yang penting kite book tiket dulu, then kita bole ikat perut seerat-eratnya.
Makanya, pada malam 13 November 2018 yang lepas, selepas pulang dari melawat orang sakit di Hospital Putrajaya, kami memulakan misi kami memburu tiket penerbangan murah ke destinasi idaman. Tarikh sudah ada, cuma nak tengok samada harga yang murah itu masih boleh didapatkan. Alhamdulillah, masih ada dan tanpa membuang masa kami terus membuang duit membooking tiket itu. Yes... berjaya selepas percubaan kedua. Jumlah kerugian malam itu, RM2,187.00 untuk harga tiket untuk tiga orang campur kos yang dikenakan kerana menggunakan kredit kad untuk melakukan transaksi (benci!!!).
Dan, jika tiada aral yang melintang di mana-mana, kami akan ke destinasi wish-list kami pada bulan Oktober 2019. InsyaAllah, semoga dipermudahkan segala urusan kami.
Terima kasih Air Asia kerana memberi peluang aku sekali lagi melihat negara orang sekali lagi. Muah ciked...
0 comments