860 : Weekend Gateway - Port Dickson, Negeri Sembilan (Episod Pertama)

Hujung minggu lepas, 17 November 2018, aku dan sahabat telah berkesempatan untuk bercuti-cuti Malaysia. Sekadar bercuti sahaja untuk melepaskan sedikit tekanan di benak yang telah sekian lama dibebani rutin kehidupan harian. Kami hanya ke Port Dickson sahaja kali ini dan tiada apa-apa perancangan yang dibuat, sekadar menempah hotel kediaman sahaja. Niat di hati nak bermalam di Grand Lexis, tapi bila melihat harga semalam yang hampir 1/4 dari gaji bulanan aku, maka niat itu terkubur begitu sahaja. Maybe lain kali, InsyaAllah.

Kami bertolak dari Cyberjaya lebih kurang pukul 9.00 pagi. Kami telah singgah sebentar di Restoran Jamek Cyberjaya untuk bersarapan pagi selepas itu kami terus ke IOI City Mall, Putrajaya untuk menonton wayang. Waktu tayangan kami pagi itu adalah pada pukul 10.50 pagi dan kami telah menonton filem terbaru di pawagam seluruh negara iaitu Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald. Memandangkan GSC sedang menjalankan promosi, maka kami dapat tiket berharga RM10 seorang sahaja. Huhu... Bagi aku, filem Fantastic Beasts yang pertama lebih best. Filem yang terbaru ni macam kurang je beast dia. Apa-apa pon enjoy.


Lebih kurang pukul 1.30 petang kami meneruskan perjalanan kami. Kami singgah pula di R&R Seremban untuk makan tengahari. Selesai makan kami meneruskan perjalanan dan kami tiba di destinasi kami, Corus Paradise Resort Port Dickson lebih kurang pukul 3.30 petang. Kami terus check-in dan masuk ke bilik masing-masing. Corus Paradise Resort sebuah hotel lama tetapi masih mengekalkan suasana penginapan hotel dengan baik. Malah bagi aku Corus Paradise masih lagi popular dikalangan pengunjung di Port Dickson ni. Kami mendapat bilik di tingkat lapan dengan permandangan pantai dan laut. Bilik dia basic sahaja, ada dua buah katil queen, tv, seterika, pengering rambut, cerik letrik dan toiletries. Juga diberi dua botol air minuman dan teh, kopi, gula dan creamer. Yang penting, bersih. Walau bagaimanapun, banyak yang perlu dilakukan oleh pihak pengurusan hotel untuk membaikpulih keadaan bilik kerana banyak kerosakan yang dapat dilihat. Cat dinding pon macam dah pudar dan ada juga bahagia yang telah berlumut. Apa-apa pon, selesa tidur di hotel ini. 

Baru sampai Corus Paradise Resort, Port Dickson

Ruang dalam Corus Paradise

Permandangan dari jendela bilik

Lebih kurang pukul 5.00 petang, kami telah bersedia untuk turun dan mandi kolam. Kolam hotel ni tidak lah berapa besar, tapi puas jugak la berendam sampai kecut segalanya. Lebih baik sekiranya pihak pengurusan hotel dapat menukar air kolam tu sebab nampaknya macam dah keruh. Hehehe... saya cadangkan jer. Selepas puas berendam di kolam itu, kami pergi pula berendam di pantai. Air laut di sini tidaklah berapa bersih seperti pantai-pantai di pantai timur sana, maka kami takdalah berendam lama sangat. Lagi pon aku tak berapa suka mandi air laut, lebih suka mandi sungai. Aku berendam ni pon sekadar nak buat ubat je. Lebih kurang pukul 6.30 kami naik semua ke bilik dan bersiap-siap untuk keluar makan,

Permandangan kolam renang hotel

Permandangan matahari terbenam

Selepas maghrib kami keluar untuk makan malam. Untuk makan malam, kami telah pergi ke King's Char Kuey Teow, Port Dickson. Katanya fofular dan dah viral, tapi aku tak tau plak. Agak ramai jugaklah pelanggan malam itu, siap dan live music lagi. Kami order Char Kuey Teow Special masing-masing. Masa menunggu agak lama. Selepas hampir setengah jam, barulah makanan kami sampai. Bagi aku, char kuey teow dia biasa-biasa sahaja, pasal aku pernah rasa yang lebih sedap daripada ini. Walau bagaimanapun, udang dia BESAR!!! dan dapat tiga ekor. Malangnya, aku tak bole makan udang, nanti kene allergic attack. Oleh itu, aku perlu berwaspada. Bila dah tua-tua ni, ade plak bende yang aku allergic. Masa menunggu makanan setengah jam, bila makan lima minit dah habis, tak berbaloi sungguh. 

King's Char Kuey Teow Special

Selesai makan, kami ke Pekan Port Dickson pula. Tujuan utama untuk ke McD dan membeli Happy Meal. Sebenarnya bukan nak makan sangat pon tapi nak dapatkan mainan yang ada bersama-sama hidangan Happy Meal itu. Hehehe... Ramai juga pelanggan McD pada malam itu. Oleh kerana drive-thru dan beratur panjang, kami cari pakir dan beratur di dalam. Tak sampai sepuluh minit, kami dapat apa yang kami cari. Then kami terus balik ke hotel kediaman kami.

Malam itu kami hanya lepak di bilik dan berbincang mengenai trip kami tahun hadapan. Berbincang mengenai perbelanjaan dan tempat-tempat menarik yang bakal kami lawati di sana nanti.

bersambung... 

You Might Also Like

0 comments