861 : Weekend Gateway - Port Dickson, Negeri Sembilan (Episod Akhir)
... sambungannya
18 November 2018 (Ahad)
Hari kedua, kami masih lagi di Port Dickson. Kami bersarapan pagi di hotel sahaja memandangkan harga hotel yang dibayar datang sekali dengan sarapan pagi. Kami turun untuk bersarapan pagi lebih kurang pukul 8.00 pagi. Menu tidaklah mewah tetapi cukup untuk kami. Untuk round pertama aku telah amik sausage, potato gratin dan omelette. Kalau aku dapat peluang bersarapan pagi di hotel, sudah tentu western breakfast menjadi pilihan aku. Untuk round kedua pula, aku telah mengambil mee kari dan round ketiga aku mengambil bread pudding dan buah-buahan. Alhamdulillah, kenyang makan pagi itu.
Selepas bersarapan, kami mengambil keputusan untuk lepak-lepak di tepi pantai sambil menikmati permandangan indah dan angin sepoi-sepoi kadang kala kencang di situ. Ada juga aktiviti laut yang telah dijalankan pagi tu. Ada beberapa kumpulan pengunjung yang telah menaiki banana boat pagi itu yang ditarik oleh sebuah jet ski hingga ke tengah laut. Aku tertarik dengan seorang nelayan pantai yang mencari rezeki di persisir pantai pagi itu. Nampaknya ada juga rezeki nelayan itu pagi itu. Beberapa perangkap yang dipasangnya mendatang kan hasil, walaupon tidak seberapa. Tak tahulah apa yang dia dapat, nampak dari jauh macam ketam. Apabila matahari telah meninggi dan tidak lagi memberikan vitamin D,kami kembali ke bilik.
Nelayan pantai sedang mencari rezeki. Jika rezeki kita
diberkatiNya, sedikit pon sudah mencukupi.
Tiada aktiviti lain yang dilakukan selepas itu. Kami check-out lebih kurang pukul 12.00 tengahari dan terus balik ke Cyberjaya.
Aku kebelakangan ni memang memerlukan percutian macam ni. Dah penat dan bosan dah hari-hari mengadap pejabat dengan kerja-kerja yang tidak juga habis. Dah makin tua ni nampaknya makin tidak semangat untuk meneruskan kerja yang membebankan kepala dan otak. Ingat nak pencan awal sahaja dan wat keje kampung, tapi kampung pon takde, camne tuh...
0 comments