850 : Weekend Gateway - Cherating, Pahang (Episod 1)

Weekend minggu lepas berpeluang juga aku untuk bercuti-cuti di sebuah destinasi tempatan, Cherating, Pahang. Sebenarnya, tahun lepas lagi aku dan sahabat telah merancang untuk bercuti di Terengganu dan Cherating, malangnya kita hanya merancang dan Allah yang menentukan. Aku telah dimasukkan ke hospital dan dibedah seminggu sebelum tarikh yang telah dirancang dengan baek itu Makanya, terpaksalah perancangan itu ditunda ke satu tarikh yang tidak dapat ditentukan lagi.

Weekend minggu lepas, company tempat sahabat bertugas telah melakukan retreat di Cherating, Pahang dan sahabat telah mengajak aku bersama. Awal minggu itu aku giat mencari penginapan untuk aku di sana, takkan nak bermalam sebilik bersama sahabat dan isteri pulak kan. Retreat sahabat akan dilakukan di The Legend Cherating Beach Resort dan aku cuba untuk mencari penginapan yang berhampiran dengan resort itu. Aku cuba untuk mencari penginapan yang murah tetapi kebanyakkan tempat di sana menawarkan harga yang mampu tengok sahaja bagi aku. Akhirnya aku berjaya mendapatkan penginapan untuk satu malam sahaja di Holiday Villa Beach Resort & Spa, Cherating pada harga RM170.00 beserta sarapan. Terletak bersebelahan sahaja dengan Legend, kalau jalan kaki ikut pantai dalam 5-10 minit sahaja.

Hari Jumaat itu, 27 Julai 2018, selepas solat Jumaat kami bertolak dari Kuala Lumpur menuju ke Cherating. Perjalanan kami santai dan tenang sahaja walaupon terpaksa menempuh kesesakan lalulintas di MRR2 untuk menuju ke Lebuhraya KL-Karak. Kami berhenti rehat sebentar di RnR Temerloh dan meneruskan perjalanan hingga ke Cherating dan kami tiba di sana lebih kurang pukul 6.30 petang. Hentian kami yang pertama adalah di Holiday Villa untuk check-in.Semasa check-in, aku dimaklumkan bahawa bilik aku telah diupgradekan dari standard room ke deluxe room. Huhu.. terima kasih Holiday Villa.

Permandangan Holiday Villa Beach Resort & Spa

Holiday Villa pada pandangan aku adalah sebuah resort yang agak berusia tetapi masih mengekalkan suasana resort yang simple tetapi tenang dan damai. Terbahagi kepada dua bahagian, satu bahagian untuk bilik-bilik biasa dan satu bahagian lagi penginapan berbentuk rumah-rumah chalet. Terdapat juga Eastern Pavillion yang aku rasa itu bahagian spa nye (aku tak masuk pon bahagian ni). Dan terdapat 2 buah kolam di Holiday Villa ini. Bilik yang aku dapat agak besar walaupon perabut dan dekonye yang old-skool, menghadap kolam mandi dengan 2 buah katil single dan lengkap dengan kemudahan seperti hotel dan resort lain. Selesa bilik yang aku dapat tuh. Worth for money.

Selesai proses check-in, aku dan sahabat round-round sekitar resort dan akhirnya kami lepak di tepi pantai yang tidak ramai orang itu. Rasa tenang sekali petang itu. 


Permandangan pantai di Holiday Villa Beach Resort & Spa 

Tatkala azan Maghrib sedang berkumandang, kami keluar untuk makan malam. Tak susah mencari makan di kawasan ini kerana terdapat banyak kedai-kedai makan di sepanjang Jalan Kuantan-Kemaman itu. Pilih sahaja yang mana berkenan. Kami telah singgah di Restoran MS. Kami singgah kerana restoran ni nampak besar, cantik dan ada ikan bakar, kerana kami memang nak makan ikan bakar. Menu makan malam kami malam itu adalah ikan siakap bakar, sotong celup tepung, sup ayam, kailan ikan masin dan telur dadar beserta nasi putih. Agak mahal jugak lah, 3 orang makan dalam RM73.00 dan agak sedap jugak makanan kat sini. 

Ikan Siakap Bakar di Restoran MS Cherating

Selesai makan kami menuju pula ke The Legend Cherating Beach Resort pula untuk sahabat melakukan check-in. Resort ini nampaknye lebih besar dan luas berbanding Holiday Villa. Sahabat dapat bilik di Villa C, sebuah bangunan yang terdapat 8 bilik semuanya menghadap laut. Biliknye lebih kurang besar dengan bilik aku di Holiday Villa, ada 2 katil single dan lengkap dengan kemudahan lain seperti hotel dan resort seumpamanya. 

Aku lepak sekejap kemudian aku meminta diri dan terus balik ke Holiday Villa kerana badan sudah terasa penat. Malam itu akun tak dapat tidur dengan lena, kerana terlalu banyak gangguan. Huhu. Bukan gangguan ape pon sebenarnya. Dalam pada aku baru nak melelapkan mata, ada pulak guest baru masuk bilik sebelah. Masuk-masuk boleh pulak mereka rearrange perabut dalam bilik tu. Buat pelan-pelan takpe lah, ini buat macam rumah sendiri plak. Bila mereka dah senyap, tiba-tiba ada pulak sekumpulan guest lain yang borak-borak membawang sambil gelak-gelak kat luar bilik tu. Kalau pelan-pelan takpe lah. Ini sampai aku yang dah terlelap pon bole terjaga. Ermmm....

Kemuncak kepada gangguan aku malam itu, lebih kurang pukul 3.30 pagi, tatkala aku sudah lena diulit intan, aku dikejutkan dengan dentuman yang amat kuat, terasa betul-betul dekat dengan bilik aku. Rupa-rupanya ribut petir malam tu dengan kilat sabung-menyabung dan guruh berdentam-dentum. Tak dapat tidor aku selepas itu. Tak tahu pada pukul berapa aku lena kembali.

Pantai Cherating

... bersambung

You Might Also Like

0 comments