848 : Selamat Hari Raya Idul Fitri 1439H/2018M, Mohon Maaf Lahir dan Batin (Episod Akhir)

... sambungannya

7 Syawal 1439 (21 Jun 2018)

Setelah enam hari bercuti sempena Hari Raya, aku mula bekerja pada hari ini. Di opis pon ramai yang sudah mula bekerja pada hari ini. Ada beberapa kerat jer yang masih bercuti. Kalau ikutkan hati, mau jer aku sambung cuti raya lagi dua hari.. hehehe..

Di pejabat hari ini ada jamuan hari raya. Tak tau la kenapa buat pada hari ini tatkala masih ramai lagi yang masih bercuti, nak jimat kos makanan kot. Actually, jamuan ni diadakan dengan arahan mantan boss, dia yang beria-ia nak buat pada hari ini walaupon beliau bukan lagi boss pada ketika itu. Menu pon dia yang tetapkan, so ikut selera dia lah (taste orang tua) dan semuanya makanan biasa masa raya. Walau apa-apa pon, kenyang makan pada hari itu dengan sate ayam dan daging, nasi impit, rendang, spegetti bolognese sekadar menyebutkan makanan utama sahaja. Alhamdulillah.

Kalau ade sate, kene amik sate dulu, 
kalau lambat mesti tak dapat.... kan

11 Syawal 1439 (23 Jun 2018)

Sedang seronok-seronok shopping di IOI City Mall aku mendapat pesanan dari seorang kawan, nak datang beraya di rumah katanya dan nak rasa kuih-kuih homemade dan kek buatan aku, hehehe. Nak tak hendak, petang itu aku pon bake lah satu kek marble untuk tetamu aku yang bakal datang. Dah ada request nak kek, aku pon buat lah, bahan-bahan pon masih ada. Alhamdulillah, menjadi kek aku. 

Juadah yang dihidangkan untuk tetamu-tetamu aku

Terima kasih semua kerana sudi datang teratak buruk hamba

Terima kasih kepada Kyle, Fred dan Zul kerana melawat ke teratak hamba. Terima kasih juga kepada Shah yang turut hadir bersama.

18 Syawal 1439 (30 Jun 2018)

Hari ini aku terpaksa bertugas di pejabat. Hari ini aku akan bertugas sempena Majlis Raikan Syawal UM yang julung-julung kali diadakan. Sambutan agak besar dan mewah. Jabatan aku berkerjasama dengan Fakulti Sains telah diamanah untuk menyediakan juadah ketupat nasi, ketupat palas dan lemang. 

Sejak semalam lagi kami telah bertungkus lumus untuk menyediakan gerai kami sempena majlis tersebut memandangkan ada pertandingan Gerai Tercantik. Masing-masing terutama kawan-kawan dari Fakulti Sains berkobar-kobar untuk menang pertandingan itu.

Aku sampai ke DTC sebelum pukul 9.00 pagi. Kawan-kawan dari Fakulti Sains juga telah tiba. Ketupat nasi dan ketupat palas aku tiba tidak lama selepas itu. Pada pukul 10.00 pagi, majlis pon bermula. Terlalu banyak hidangan yang disediakan sehingga aku tak mampu nak rasa semuanya memandangkan perut sudah tidak boleh terima lagi. Walau bagaimanapun aku sempat rasa sate, kambing bakar, rendang ayam dan kerang, mee rebus, murtabak, buah-buahan, kuih-muih dan ais krim. Banyak lagi yang tak mampu dah nak rasa pasal dah kenyang sangat.

Kemeriahan Majlis Raikan Syswal UM. 
Bergambar bersama Dato' VC

Sebelum majlis tamat, diumumkan pemenang kepada pertandingan Gerai Tercantik dan pemenangnya adalah Gerai No. 9, gerai PASUM dan Faulti Sains, gerai aku lah tuh. Huhuhu... target untuk menjadi juara Gerai Tercantik tercapai. Tahniah kepada semua yang telah bertungkus lumus menyumbang tenaga dan masa untuk menjayakan majlis ini. 

Gerai kami yang memenangi Anugerah Gerai Tersyantek

Majlis tamat pada pukul 4.00 petang. Juadah yang dihidangkan di gerai kami laku keras. Ketupat nasi habis, ketupat palas yang pertama habis dan lemang hanya tinggal sedikit sahaja. Nasib baiklah lemang beli sedikit kalau beli banyak rasanya mau rugi banyak. 

Pada malam itu, aku telah memenuhi undangan Rumah Terbuka seorang kawan di Kota Warisan. Lebih kurang pukul 8.30 malam, Kyle dan Fred datang jemput aku ngan Shah kat umah dan kami berempat menuju ke Kota Warisan dengan menaiki kereta Fred. Sesampai sahaja tetamu sudah ramai dan nak parking kereta pon susah, nasib baik dapat tempat. Aku hanya menjamu Nasi Kerabu, meehoon goreng dan kuih seri muka dan cara berlauk sahaja. Alhamdulillah.

Lepak-lepak selepas menjamu selera sambil membawang

Sebelum pulang tuan rumah sudi memberikan kami door gift berupa seutas jam tangan IceWatch. Terima kasih kepada yang sudi menjemput kami. 

19 Syawal 1439 (1 Julai 2018)

Hari ini aku ada jemputan ke rumah terbuka seorang sahabat baik aku, Zam di TTDI Jaya Shah Alam. Kami sampai pada pukul 12.00 tengahari dan merupakan jemputan yang pertama sampai. Di sana aku menjamu juadah yang dihidangkan, Nasi Hujan Panas beserta lauk-lauknya dan rendang daging, roti bageutte cicah kurma ayam dan kuih-kuih raya. Nasi Hujan Panas sangat sedap tapi malu nak tambah lagi... ahaks. 

Rumah terbuka cum birthday party sahabat aku.
Happy Birthday Zam, many happy return.

Apa-apa pun terima kasih kepada yang sudi menjemput.

XOXO :D

You Might Also Like

0 comments