847 : Selamat Hari Raya Idul Fitri 1439H/2018M, Mohon Maaf Lahir dan Batin (Episod 2)

... sambungannya

2 Syawal 1439 (16 Jun 2018)

Hari raya kedua, aku masih lagi di rumah kakak di Putra Perdana. Mengikut perancangannya, hari ini kami semua akan pulang ke kampung di Pontian, Johor. Sudah lama kami tak menjengah abang yang berada di kampung selepas ibu tiada. Kami akan bertolak dari Putra Perdana manakala abang dan adik akan bertolak dari rumah masing-masing. Dengarnya abang dan adik dah bergerak awal lagi.

Lebih kurang pukul 10.00 pagi kami bertolak denga dua buah kereta. Kami singgah sebentar di rumah kawan abang ipar aku di Nilai sekadar untuk berkunjung sempena hari raya. Di sana kami bersarapan pagi dengan hidangan mee goreng dari tuan rumah since kami memang tak sarapan pagi itu. Selepas pukul 12.00 tengahari kami meneruskan perjalanan kami.

Kenderaan banyak sehingga menyebabkan kesesakan di beberapa tempat sepanjang lebuhraya menuju ke Seremban. Aku berhenti sebentar di RnR Pagoh sekadar untuk membuang air dan meneruskan perjalanan. Aku sampai di kampung lebih kurang pukul 4.00 petang. Abang, kakak dan adik sudahpon sampai. Abang sulung dan kakak ipar aku nampaknya tiada di rumah. Tinggallah kami adik beradik di rumah kampung itu. Walau bagaimanapun, hidangan makanan raya dan makan tengahari telahpon disediakan oleh tuan rumah. 

Kami makan hidangan yang disediakan, ade ketupat, rendang, kuah kacang, lodeh dan macam-macam lagi. Ada dua jenis juadah yang asing bagi kami yang menyebabkan perbalahan kecil antara kami adik beradik. Satunya berbentuk empat segi, di dalamnya diperbuat dari beras dan dibalut dengan daun pisang manakala satu lagi berbentuk selinder, pulut dan dibalut dengan daun kelapa. Akhirnya kami sepakat yang pulut itu adalah burasak dan yang beras itu tak tahu ape mananya, ade plak yang pandai-pandai kata tempe. Akhirnya, bila kakak ipar aku balik, barulah kami tahu yang nasi itu burasak dan pulut itu adalah lepat. Hehehe...

Petang itu Pak Uda aku datang rumah. Dijemputnya untuk ke rumahnya yang ke dua. Tak jauh pun, sebelah rumah je. Hehehe... kami pon ramai-ramai beraya ke rumah Pak Uda yang kedua. Memandangkan kami dah kenyang, kami makan kuih je, tapi sempat gak lah adik aku mintak tapau sup daging untuk ayah makan malam nanti. Malam itu takde aktiviti apa-apa pon, masing-masing wat urusan masing-masing, borak-borak, makan lagi dan tidor. Malam tu tak boleh tidor aku dibuatnya sebab ada plak orang race motor kat jalan depan tu. Memekak betul pagi-pagi buta dok race. Tapi abang sulung aku memang dah warning pon, pasal tiap-tiap malam raya mesti ada race. Ceh...

3 Syawal 1439 (17 Jun 2018)

Hari ketiga di bulan Syawal. Kami bersarapan nasi lemak dengan sambal telur pagi itu hasil air tangan kakak ipar sulung. Program kami hari ini adalah untuk berkunjung ke rumah Mak Teh di JB. Lama juga rasanya tak jumpa Mak Teh dan Pak Teh. Dalam pukul 11.00 pagi, aku menumpang kereta kakak bergerak menuju JB. Jalan nampaknya ok pagi itu menuju JB. Kami sampai dahulu di rumah Mak Teh diikut dengan adik, abang dan abang sulung. Di rumah Mak Teh ada Mak Teh, Pak Teh, dan dua orang sepupu aku, Di rumah Mak Teh, kami dihidangkan nasi putih dengan lauk-lauk kampung yang menyelerakan. Aku yang sampai dulu terus makan sebelum yang lain sampai. Tak sangka, saudara-saudara Mak Teh yang aku tidak kenali juga turut hadir pada masa yang sama, membuatkan rumah Mak Teh penuh sampai tidak boleh dimasuki lagi. Sib baek lah aku dah makan dulu... hehehe...

Ingatkan Mak Teh hidangkan kerang bakar ke ape, 
rupa-rupanya kuih raya bentuk kerang daaa...

Kesemua adik-beradik aku, dapat bergambar semuanya di rumah Mak Teh

Selepas asar, kami meminta diri. Tak tahu lah bila perancangan ini berlaku, kami semua menuju pula ke rumah Pak Uda yang ketiga tak jauh dari rumah kampung. Memandangkan umah Pak Uda yang ketiga juga kecil, kami adik-beradik pon dah bole buat penuh rumah Pak Uda. Di rumah Pak Uda kami dihidang lagi dengan nasi dan lauk-lauk kampung. Jamah sahaja memandangkan perut sudah kenyang. Tuan rumah dah masak, takkan taknak makan pulak, kecik hati tuan rumah nanti, taknak dia jemput kiteorang pi rumah dia lagi nanti. 

Rumah Pak Uda yang ke tiga

4 Syawal 1439 (18 Jun 2018) 

Hari keempat di bulan Syawal dan hari terakhir beraya di Johor. Pagi-pagi lagi adik dan abang sudah bersiap-siap untuk pulang ke KL. Takut jalan jem katanya. Aku dan kakak pula akan bergerak lewat sedikit. Aku meninggalkan kampung lebih kurang pukul 10.30 pagi dan lebuhraya sudahpun jem macam lahanat menuju ke Ayer Keroh. Ade kemalangan katanya. Aku berhenti sebentar di Restoran Jejantas Air Keroh untuk membuang air dan mengisi minyak dan meneruskan perjalanan. Kenderaan banyak dan sesak dilebuhraya. Kesesakan di sana sini, panas betul hati aku. Walau bagaimanapun aku selamat sampai di Cyberjaya lebih kurang pukul 4.30 petang. 

Gambar semua adik-beradik sebelum balik ke KL 
(psstt... aku tak mandi lagi tuh)


... bersambung

You Might Also Like

0 comments