784 : Catatan Perjalanan - Road Trip To Krabi 2016 (Episod 4) - Sa Morakot

... sambungannya

14 Mac 2016 (Isnin)

Hari ketiga dan hari terakhir kami di Ao Nang dan Krabi. Pagi itu kami nampak banyak kereta bernombor plate Malaysia di Ao Nang. Minggu cuti sekolah di Malaysia sudah bermula, makanya ramailah rakyat Malaysia yang melancong ke Krabi ni.  Pagi itu kami bersarapan di sebuah gerai halal yang lain yang menghidangkan nasi daging. Semuanya orang Malaysia makan di gerai ni, rasa macam kat Malaysia plak. Memandangkan kami agak kesiangan, nasi daging telah habis. Kami cuma dapat beberapa pinggan sahaja. Aku cuma dapat rasa member sebelah punya sahaja. Sedap dan pedas, pada sesiapa yang tak tahan pedas, lebih baik jangan makan, hehehe. Memandangkan nasi daging dah habis, aku cume makan nasi goreng dan ayam goreng sahaja (ayam goreng kat sana sedap-sedap belaka).

Nasi Daging (gambar dari google)

Selesai bersarapan, kami kembali semula ke tempat penginapan, kemas-kemas barang dan check-out dari hotel berkenaan. Destinasi kami hari ini adalah ke Sa Morakot atau Emerald Pool. Kami mengisi minyak dahulu sebanyak THB600 Ron95 (kat sini ade Ron91 ngan Ron95 dan dua jenis lagi aku tak tau ape) untuk perjalanan pulang kami. Minyak petrol di sini agak mahal berbanding di Malaysia. Syukurlah Malaysia masih aman.

Perjalanan ke Emerald Pool terasa jauh melalui jalan-jalan kampung dan ladang kelapa sawit. Kami tiba lebih kurang pukul 1.30 petang. Bayaran untuk pakir kenderaan dalam ladang kelapa sawit adalah sebanyak THB30 dan bayaran masuk ke Emerald Pool adalah sebanyak THB200 untuk pelancong asing (kalau berjaya menyamar jadi orang Siam, boleh lah bayar THB100 sahaja). Sebarang bentuk makanan dan minuman tidak dibenarkan di bawa masuk. Kalau sudah terbawa atau terbeli, sila gantung di tempat yang disediakan.

Welcome to Emerald Pool

Melepasi pintu masuk ke Emerald Pool, terdapat dua laluan yang boleh dilalui. Satu laluan sejauh 800m dan satu lagi sejauh 1,400m. Laluan 800m akan melalui denai-denai hutan manakala laluan 1,400m melalui laluan pejalanan kaki yang telah disediakan. Permandangan di laluan ini lebih cantik kerana kita bole lihat keindahan dan kejernihan air sungai yang bewarna hijau itu mengalir disepanjang laluan.

Jernihkan airnya...

Setibanya kami di sana ramai pengunjung yang telah sampai tapi keadaan tidak sesak. Katanya ada lagi kolam di bahagian atas, tapi kami tak pergi, kami hanya mandi di sini sahaja. Kolam itu agak dalam takat-takat leher aku (tinggi aku melebih 5 kaki ye). Airnya tak sejuk, mungkin sebab cuaca sangat panas sekarang ni. Panas bukan di Malaysia saja, di sini pon tahap hazab panasnye. Lebih kurang 1 jam kemudian, kami bergerak turun dan sambung mandi di bahagian bawah pulak.

Sebahagian pengunjung Emerald Pool pada petang itu

Permandangan di Emerald Pool. No Diving Please

Kejernihan airnya... 

Lebih kurang pukul 3.30 petang kami mula bersiap-siap untuk bergerak pulang. Kami mandi di bilik air yang disediakan dan makan di satu-satunya gerai muslim di situ. Kami order nasi putih, tomyam ayam, telur dadar dan kailan goreng. Servis di sini teramatlah slownye sebab tukang masak dia sorang jer dan customer dia punyalah ramai. Terpaksalah tunggu pasal dah takde pilihan lain. Lebih kurang satu jam jugaklah menunggu. Lepas makan, dua tiga orang sakit perut. Terpaksa membuang dulu sebelum bergerak balik.

Lebih kurang pukul 5.00 petang, kami bergerak meninggalkan Krabi.

... bersambung

You Might Also Like

0 comments