785 : Catatan Perjalanan - Road Trip To Krabi 2016 (Episod Akhir) : Terkandas di Sempadan

... sambungannya

Lebih kurang pukul 5.00 petang, kami bergerak meninggalkan Krabi. Kami bergerak menuju ke pintu sempadan Bukit Kayu Hitam. Pada ketika itu kami memandu dengan santai sahaja sambil makan jagung bakar yang tembikai yang dibeli di Sa Morakot. Sebelum sampai di pekan Phatthalung, kami telah berhenti di sebuah stesen minyak untuk ke tandas. Kenderaan di hadapan meneruskan perjalanan walaupon kami telah memberi isyarat high-beam. Kami berharap agar kenderaan di hadapan akan menunggu kami di mana-mana setelah menyedari kami tidak lagi mengekori.

Setelah selesai urusan di tandas, kami meneruskan perjalanan. Kenderaan di hadapan kami tadi masih tidak kelihatan. Aku meneruskan pemanduan aku mengikut gerak hati. Kenderaan itu masih lagi tidak kelihatan. Akhirnya kami memasuki pekan Phatthalung. Agak sibuk pekan Phatthalung malam itu, tidak seperti Ao Nang. Kami masih tidak berjumpa dengan kenderaan kami yang satu lagi itu. Kami meneruskan perjalanan melepasi pekan Phatthalung dan pada masa ini kami menerima hakikat bahawa kami telah terpisah dengan kenderaan yang satu lagi itu. Kami berpatah balik setelah jalan yang kami lalui itu tidak lagi boleh dimasuki.

Sepatutnya kami ikut arah ke Hatyai bukannya ke Phatthalung. 
Tapi best gak sesat, dapat gak round-round di Phatthalung.. hahaha

Kami balik semula ke pekan Phatthalung dan berhenti di bahu jalan untuk menghubungi rakan di kenderaan yang satu lagi tu. Malangnya, satu-satunya telefon yang ada kemudahan internet telah pon mati kerana bateri telah kong. Aku pon tak perasan bila dia mati. Disebabkan telefon aku tu canggih sangat, semua usaha untuk mengecas baterinya gagal walaupon hanya untuk mendapatkan 1%. Guna car charger pon tak berjaya, guna usb cable pon sama, guna power bank pon nampaknya sia-sia. Nak jer rasanya aku masuk ke kedai sebelah tu untuk tumpang charge telefon. Kalau aku pandai cakap Siam mungkin aku dah pi kot.. Huhu sawadikap. 

Lebih kurang 1 jam setelah terpisah, rakan di kenderaan yang satu lagi tu menelefon. Mereka sedang menunggu kami di salah sebuah stesen minyak on-the-way ke Hatyai. Patut la kami tak jumpe mereka, mereka ke Hatyai manakala kami ke Phatthalung. Kami meneruskan perjalanan dan terus ke Hatyai dan akhirnya berjumpa juga mereka. Setelah berehat sebentar, kami meneruskan perjalanan.

Kami memandu dengan laju dan gila pada malam itu kerana mengejar waktu. 120km/j di jalan kampung dan cuba mencilok semua kenderaan yanga ada. Kami perlu berada di sempadan sebelum pukul 11.00 malam waktu tempatan. Alhamdulillah, kami selamat sampai di sempadan lebih kurang pukul 11.00 malam. Kami berhenti sebentar di sebuah kedai untuk membeli beras dan terus ke pintu sempadan. Telah banyak kenderaan yang beratur untuk masuk ke Malaysia pada malam itu. Lebih kurang setengah jam kemudian kami dimaklumkan bahawa pintu sempadan Malaysia telah ditutup. Kami dilencongkan dan masuk semula ke Thailand. Nampaknya malam itu kami terkandas di sempadan. Mahu tak mahu terpaksalah kami bermalam di pekan Dannok. 

Kami berjaya mendapatkan bilik di sebuah hotel murah lagi scary, Hotel TMT dengan harga RM53 semalam. Sebelum masuk ke bilik untuk berehat, kami makan malam dahulu di sebuah gerai di sana. 

Hotel penginapan kami malam itu, TMT Hotel yang scary berhampiran McD

14 Mac 2016

Kami check-out awal pagi itu dan terus mencari kedai untuk bersarapan pagi. Kami telah memilih sebuah restoran nasi kandar dan kami bersarapan roti canai dan roti telur sahaja pagi itu. Selesai sarapan lebih kurang pukul 9.30 pagi kami bergerak ke pintu sempadan. Sebelum itu kami singgah dahulu membeli sedikit jajan dan buah sekadar menghabiskan duit Siam yang masih berbaki untuk dibawa pulang.

Pagi di Dannok

Serabut tengok wayar-wayar letrik kat Siam ni..

Pintu Sempadan Sadao tidak sesibuk malam semalam. Kami melepas immigresen tanpa sebarang masalah. Jangan lupa selitkan RM1 di dalam pasport anda (tak tau lah seringgit tu untuk ape). Tetapi kami ditahan di kastam kerana kami tidak mempunyai satu dokumen yang sepatutnya kami dapatkan semasa memasuki Thailand. Dokumen mengenai membawa masuk kenderaan ke Thailand (masa masuk hari tu takde pon orang Siam check mende tu). Sebenarnya aku tak paham sangat aper orang Siam tu cakap. Dokumen ape pon aku tak pasti. Kami settle kat situ jugak, ada seorang lelaki (aku rasa orang Malaysia) meminta kami membayar RM30. Aku bayar jer since RM30 (kalau RM300 tu mau jugak bertekak). Akhirnya setelah menempuh sedikit masalah di sempadan, kami akhirnya sampai juga ke tanahair terchenta. Sebelum dilepaskan memasuki tanahair dari kastam dan imigresen Malaysia, sila bayar tol dahulu ye. Alhamdulillah, Malaysiaku masih aman.

Bye-bye Thailand. Nanti nak datang lagi bole? 


#SalamSayang

You Might Also Like

0 comments