736 : Tertunai Sudah Tanggungjawab

Time-time macam ni ramai yang sibuk wat e-filing. Esok sudah dateline dia. Aku pon sibuk gak, sib baek semuanya dipermudahkan. Tiada masalah dengan sistem atau ape-ape jua masalah. Ini merupakan tahun pertama aku wat secara e-filing. Tahun lepas aku wat secara manual sahaja memandangkan tahun lepas adalah tahun pertama aku membayar cukai pendapatan ini. 

Tahun lepas pon takde masalah walaupon first time dan wat secara manual. Pengiraan aku betul dan potongan PCB tiap-tiap bulan sudah terlebih bayar. Makanya, beberapa minggu selepas menghantar borang tu, aku dapatlah cek dari LHDN bernilai RM100++, pulangan pembayaran yang terlebih itu.

Tahun ni aku wat secara e-filing. Memula tu aku wat secara manual gak, pasal takut termasuk salah jumlah. Setelah dicampur dan ditolak itu dan ini, makanya aku terpaksa membayar lagi sebanyak RM400++. Terkedu aku seketika melihat jumlah yang kene bayar itu. Kenapa banyak sangat, macam tak logik. Gaji pon takde la naek banyak mane pon. Isk.. Isk.. Isk.. terus aku bermuram durja dan tak lalu makan tengahari itu. Setelah mendapatkan pendapat seorang kakak yang lebih berpengalaman, beliau suruh aku masukkan jer nilai-nilai tu ke dalam sistem e-filing, pasal sistem akan tolong kirakan nanti. Aku pon menurut sahaja nasihat kakak itu. Bila sudah memasukkan semua data yang ada.... Aku hanya perlu membayar RM11.11 sahaja. Fuh... lega rasanya... 

Dan baru sebentar tadi aku membuat pembayaran secara atas talian sahaja. Sekarang ni dah senang... semuanya Online...

Selamat Membayar Cukai Pendapatan kepada semua.


#SalamSayang

You Might Also Like

1 comments

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete