734 : Sakitnya Tuh Di Sini
Dah lama rasanya tidak sakit. Minggu lepas, Allah tarik sikit nikmat sihat aku, sakit kan aku. Mungkin dosa aku dah banyak sangat kot, jadi ditimpakan aku kesakitan, kan sakit itu penghapus dosa. Alhamdulillah, nikmat itu ditarik sekejap sahaja. Khamis lepas aku rasa tak sedap badan, tak sedap perut. Aku ingat rasa biasa-biasa jer, makanya aku biarkan, aku amik Cuti Kecemasan dan berehat di rumah sahaja.
Hari Jumaat, aku masih rasa tidak sihat, tak sedap rasa badan rasa perut. Aku decided untuk bercuti lagi hari ini dan berehat di rumah. Tetapi pagi-pagi lagi aku dah terima whatapps dari boss suruh aku wakilkan dia dalam meeting pagi dan petang itu pasal dia pon amik Cuti Kecemasan. Dengan berat hati dan kaki, aku pon melangkah ke opis dan masuk meeting pukul 11.00 pagi itu. Selepas solat Jumaat petang itu, aku rasa lain macam. Rasa macam nak pitam, tambahan pula cuaca sangat terik petang itu. Tak larat rasanya aku nak melangkah menuju tempat aku meletakkan kereta aku. Aku duduk sebentar di kaki lima jalan, tanpa memperdulikan orang lain yang lalu lalang. Bila aku rasa dah ok sikit, aku berjalan semula. Terasa jauh sangat aku berjalan. Aku gagahkan juga pasal kalau aku tergolek kat situ pasti takde saper nak tolong pasal dah takde orang. Aku kuatkan diri memandu balik ke opis. Sampai di opis, aku masuk pantry dan tergolek atas sofa. Tak larat sudah badan. Kakak-kakak yang melepak dalam pantry tu siap marahkan aku kerana aku datang ke opis walaupon tak sihat. Aku makan sedikit biskut untuk mengalas perut dan akhirnya aku tertidor. Meeting petang itu aku tak masuk. Dalam pukul 4.00 petang, aku pulang ke rumah. Singgah di klinik untuk mengambil ubat. Malam itu, aku mengalami muntah-muntah yang teruk. Hatta jika aku minum air kosong pon aku akan muntahkan air kosong itu kembali. Tak ingat, kali terakhir aku muntah hari itu pada pukul 5.00 pagi.
Hari Sabtu aku tak bermaya untuk berbuat ape-ape. Aku hanya terbaring sepanjang hari. Nak bangun dan berjalan pon aku tak larat. Aku tak sentuh makanan pon pada hari itu. Makan cume sesuap dua kerana tiada selera itu pon aku gagahkan jer. Alhamdulillah kakak aku datang pada hari itu. Macam-macam la dia masak untuk orang sakit ni, tapi orang sakit ni tak makan pon. Hari Ahad aku masih begitu tapi rasanya lebih baik dari semalam. Aku sudah boleh berjalan dan makan sedikit.
Malangnya, hari Isnin aku muntah-muntah kembali dari pagi sampai ke tengahari. Tengahari itu juga aku dibawa ke klinik. Seperti biasa aku tidak mampu untuk makan apa-apa walaupon semua makanan yang aku nampak sedap-sedap belaka. Hari Isnin itu, aku hanya terbaring sahaja untuk hari ketiga berturut-turut. Menjelang makan, aku dah rasa kebah sedikit.
Hari Selasa aku masih tidak pergi kerja. Badan sudah rasa ok, perut juga sudah rasa ok sedikit. Aku perlukan rehat hari ini secukupnya untuk mengembalikan tenaga. Boss sudah whatapps, esok aku kene datang kerja untuk wakilkan dia di dalam satu bengkel kerana beliau bercuti.
Hari Rabu hendak tak hendak aku terpaksa ke opis walaupon pagi itu aku masih terasa lemah. Mungkin badan dna perut ini sudah tidak boleh lagi mengikut cara lama dan perlukan lebih perhatian. Perut orang dah tua, macam tu lah. Dalam minggu ini memang aku terpaksa menjaga perut. Lambat makan sikit akan mula bergolak dan as a result aku akan muntah-muntah semua.
Alhamdulillah, selepas seminggu Allah menarik nikmat sihat aku, Dia pinjamkan semula nikmat itu kepada aku.
#SalamSayang
0 comments