590 : Mari Berhibur - Oz The Great And Powerful


Haha... Sekali lagi berpeluang untuk memonton sebuah filem terbaru di panggung bertajuk Oz The Great And Powerful bersama sahabat-sahabat tersayang. Telah menonton midnight pada Sabtu lepas setelah gagal mendapatkan seat yang terbaik untuk tayangan lebih awal. Sempat gak lah terlelap seketika semasa menonton. 

Filem ini mengisahkan bagaimana Oscar, seorang ahli silap mata yang kurang beretika telah sampai ke Magical Land of Oz setelah terperangkan di dalam puting beliung apabila dia cuba melarikan diri. Di Oz beliau telah berjumpa dengan Theodora, seorang Witch dan kemudiannya berkenalan pula dengan Evadora, kakak kepada Theodora. Oscar kemudiannya mendapat tahu bahawa beliau adalah The Great Wizard di dalam ramalan rakyat Oz yang datang untuk menyelamatkan Oz dari seorang Witch yang jahat. Oscar kemudiannya dihantar untuk memusnahkan Witch yang jahat itu yang bernama Glinda. Dapatkan Oscar menyelamatkan Oz dari dibelenggu Witch yang jahat itu walaupon Oscar tahu dia bukanlah seorang Wizard yang dimaksudkan? Saksikan di pawagam berhampiran anda.

Bagi aku filem ini biasa-biasa sahaja. Jalan cerita yang direct forward dan mudah difahami. Tidak berat dan diselit dengan adegan-adegan komedi yang melucukan. Banyak menggunakan visual efek yang amat menarik. Rating untuk filem ini boleh kiranya aku beri 3.5/5 bintang. 


~Salam Sayang~

You Might Also Like

4 comments

  1. takde kaitan ngan cite dulu2 tu ek.. apa ek tajuknya "wizard of OZ" dan "return to OZ"

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tau lah.. pasal cerita 'the wizard of oz' tu pon sy tak igt camner jalan ceritanya.. hehe

      Delete
    2. oh.. cite wizard of oz .. saya pun tak berapa ingat tapi cam suka tgk time kecik2 dulu, budak pompuan pakai kasut merah ... ada masa piz google .. :)

      Delete
    3. yerp... betullah tu. budak perempuan tu klu tak silap nama Dorothy dari Kansas. Tp konfius plak ngan cerita Alice in Wonderland

      Delete