591 : Sudah Sampai Masanya
Rasanya sudah sampai masa untuk aku mengambil langkah ini. Setelah sekian lama aku berfikir samada langkah ini adalah yang terbaik untukku atau tidak. Setakat berfikir sahaja tanpa mengambil apa-apa tindakan juga bukannya sesuatu yang bijak. Langkah pertama perlu diambil dan kemudian aku akan ikut perjalanan kisah seterusnya. Mencorakkannya mengikut cita rasa aku sendiri.
Ada banyak sebab kenapa aku perlu mengambil tindakan ini. Yang utama adalah kerana aku sudah menghabiskan masa selama 13 tahun di sini. Minda tak berkembang, hanya berlegar-legar di ruang yang sama sepanjang tempoh itu. Banyak pengalaman yang aku telah kutip di sini, penat lelah, suka duka semuanya aku telah rasa. Pengalaman yang banyak itu rasanya tidak berguna jika aku hanya di sini. Cukuplah khidmat yang aku telah curahkan untuk memajukan jabatan. Berilah peluang kepada kakitangan lain yang mempunyai pandangan dan pemikiran lebih baek dan lebih cekap dari aku untuk meneruskan perjuangan jabatan kecil ini.
Aku perlu keluar kerana aku tidak lagi setuju dengan kebanyakkan perkara yang berlaku di sini. Pentadbiran yang kadang-kadang aku tidak faham dan tidak tahu apa yang berlaku. Tanggungjawab dilepaskan kepada mereka yang tidak sepatutnya. Ketidaksefahaman dengan ketua juga antara satu sebab aku perlu mengundurkan diri. Kadang-kadang aku rasa seperti terpaksa untuk bersetuju dengan beliau walaupon aku ada pendapat lain yang boleh dipertimbangkan. Ini mungkin salah aku. Akan tetapi, aku rasa cukuplah aku di sini, berilah peluang kepada kakitangan lain yang lebih berkaliber daripada aku untuk memberikan pendapat-pendapat bernas yang boleh diterima oleh ketua.
Aku juga kecewa dengan pentadbiran atasan universiti ini terhadap jabatan kecil kami. Aku tak tahu salah siapa, tetapi pada bulan April 2013 nanti, kami akan dipindahkan ke satu premis yang baru. Ke sebuah premis yang sangatlah tidak sesuai ditempatkan jabatan kami. Main tangkap muat sahaja dan seperti melepaskan batuk ditangga. Banyak masalah yang dijangka timbul kemudian hari, dan terpaksa kami terima dan cube untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang serba tidak kena. Tak sanggup rasanya aku menanggung masalah itu.
Tetapi aku sebenarnya masih sayang untuk meninggalkan pejabat ini, berat rasa hari nak membuat permohonan itu. Ape-ape pon, biarlah aku tanggung sementara masalah yang bakal menjelma. Biarlah aku kongsi dulu pengalaman dan pendapat aku dahulu ditempat baru itu. Aku rasa, khidmat aku masih diperlukan di sini.
~Salam Sayang~
6 comments
hijrah ke arah ke baikkan.. insyaallah.. Hijrah itu pengorbanan...
ReplyDeletehijrah itu pengorbanan
Deletehijrah itu perjuangan...
insyaAllah.. mungkin lepas pindah ke opis baru akan rethink permohonan hijrah itu
Salam anakanda,
ReplyDeleteKalau nak pindah tu ke mana?
Buatlah yg terbaik...
Moga bahagia.
waalaikumsalam mama ju
Deletepindah opis ni kat area sini jugak, tp tempat dia tak best la berbanding dengan tempat yang skrg ni.
permohonan pertukaran jabatan tu insyaAllah kalau dapat nak ke fakulti
As salam dekk afezz
ReplyDeleteHijrah itu satu penambahbaikan ...selamat berusaha dan selamat berjaya.
waalaikumsalam...
DeleteinsyaAllah.. harap semuanya baik-baik belaka