589 : Setelah Hampir Berkurun Lamanya ...
Setelah berkurun lama (agaknya lah) aku tak membeli buku, akhirnya pada hari ahad yang lepas-lepas aku telah membeli senaskah buku untuk dibaca. Jujur aku katakan yang aku ni tak suke membaca dan kedai-kedai buku adalah antara tempat yang aku akan cube jauhi, lalu sebelah pon taknak. Walaupon aku tak suke membaca, tahap pengetahuan am aku, bole aku katakan mencukupi sekadar untuk berbual-bual kosong. Aku lebih suke mencari ilmu dan pengetahuan dari sumber lain (yang boleh dipercayai) selain dari buku.
Berbalik kepada buku yang aku beli, setebal 557 mukasurat hasil penulisan Muhammad Alexander bertajuk Armagedon 2012 Bencana Akhir Zaman. Sepanjang yang telah aku baca, buku ini membawa kita lebih dekat mengenai hari kiamat dari perspektif Islam berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Juga dipersoalkan mengenai ramalam-ramalam hari kiamat yang telah diramalkan manusia seperti dalam tamadun Maya mengenai berlakunya kiamat pada tahun 2012. Buku ini telah diperkenalkan oleh seorang sahabat aku.
Aku baru sahaja membaca hingga ke mukasurat 50++ dan sedang berusaha gigih untuk mengkhatamkannya, memandangkan penggunaan bahasanya tidaklah seindah novel cinta. Agak membosankan (disokong oleh abang ipar aku yang juga telah membaca buku ini) pada aku walaupon aper yang dibincangkan adalah menarik.
Buku terakhir yang aku baca bertajuk Cinta ... Tiada Akhinya. Novel cinta nukilan Fauziah Ashari setebal 566 mukasurat itu hanya aku baca sehingga ke mukasurat 38 sahaja. Sehingga ke mukasurat 38, novel ini hanya membebel bende-bende yang tidak perlu (seperti pergi kerja, balik kerja, makan bersama, mandi bersama dan sebagainya) dan ini telah membosankan aku. Akhirnya aku berhenti. Mungkin novel cinta bukan jiwa aku.
~Salam Sayang~
4 comments
Salam dekk afezz
ReplyDeleteBacalah, dengarlah ayat2 suci Alquran, dialah pelengkap jiwa kita, tambahan mukjizat pula. Teman baik kita diakhirat sana.
waalaikumsalam kak shami
DeleteinsyaAllah.. Al-Quran sentiasa menjadi pegangan
salam..
ReplyDeletemembaca jambatan ilmu.. :) Manjer pun tak larat nak baca buku tebal2
waalaikumsalam manjer
Deletesy buku nipis hatta suratkhabar pon malas nak baca... hehehe